WordPress: Jadikan blog anda mesra pelayar web telefon bimbit.

Salam ceria dan salam mesra kawan-kawan. Mungkin ada yang sudah maklum dan mungkin ada yang masih belum. Tepat pukul 11.00pm malam tadi, isteri saya telah dimasukkan ke dalam wad bersalin. Cuak gile mula-mula tu. Sebenarnya memang “False Alarm”. Tapi untuk keselamatan ibu dan baby, isteri saya terpaksa ditahan di wad selama semalaman. Ekoran tak boleh nak tidur sebab susah hati, hari ni saya nak berkongsi sedikit tips untuk anda mengenai WordPress Template Mobile Edition.

Untuk pengetahuan semua, template asal adalah bernama Carrington Mobile. Saya tidak mengubah apa-apa kredit di dalamnya kecuali memodifikasi kesesuaian image mengikut skala Pelayar Web Telefon Bimbit dalam paparan potret. Sebelum modifikasi, anda akan dapati template ini agak pelik jika digunakan pada telefon bimbit di mana imej yang dipaparkan adalah separuh dan besar gedabak. Ini mencacatkan mood pembaca anda.

Anda tak perlu buat apa-apa yang mengserabutkan kepala dalam tutorial pada kali ni. Saya cuma nak membebel panjang sebab mata tak boleh nak tidur. Risau kat isteri dengan baby dalam kandungan punya pasal yang sekarang ni ada kat ward. Jadi saya hadiahkan kepada kawan-kawan template Carrington Mobile Edition yang telah digodam CSS-nya.

Untuk itu anda memerlukan:-

  1. Carrington Mobile Template – Mesti di install dalam folder /themes/ WordPress anda.
  2. Plugin WordPress Mobile Edition – Upload saja dalam folder /plugins/ WordPress anda.

Ok… itu sahaja… Kemudian… kalau nak tau dah berjaya ke tidak, sila pergi ke Dashboard anda, seterusnya ke bahagian Appearance –> Themes –> View saja template Carrington Mobile tu. Jangan lupe re-tweet beramai-ramai sekiranya anda berjaya tanpa error.

  • Sumber Carrington Mobile yang masih belum dimodifikasi adalah di sini.

Antara yang menarik dalam Carrington Mobile Template:-

Keseluruhan paparan utama blog anda dipaparkan dengan kadar paling ringkas.

Mempunyai paparan muka utama yang lengkap dengan PAGE anda serta kotak carian.

Post/entri tunggal anda yang kemas dengan imej yang mengikut skala potret.

Template ini juga berintegrasi dengan butang Tweet Meme dan Related Post Plugin

Mempunyai kotak komen yang tidak akan berlaku CRASH kepada pelayar mobile anda.

Macam mana? Menarik bukan? Cuma ada juga kelemahan yang saya jumpa ialah, sekiranya anda menggunakan iPhone atau seantero dengannya… apabila skreen mobile anda di-LANDSKAP-kan… imej tersebut akan jadi penyek. Harap maklum. Owh… dan lagi satu… template ini saya cuma modifikasi kepada imej yang perletakkannya adalah ditengah-tengah  iaitu menggunakan HTML tag aligncenter.

Tapi… sekiranya kamu nak buat modifikasi kepada semua jenis perletakkan imej, kamu boleh login ke Dashboard –> Appearence –> Editor –> kemudian pilih Carrington Mobile. Seterusnya carik perkataan:-

.alignleft { atau .alignright {

dan tambah

width: 100%; <– mengikut kesesuaian dan kepakaran kamu
height: 60%; <– mengikut kesesuaian dan kepakaran kamu

sebelum tanda }

Horay… sudah siap… Selamat mencuba kawan-kawan. Masa kamu baca entri ni… saya mungkin sedang menemani isteri saya di Wad Bersalin Hospital Universiti. Apa yang kamu tengah pikir??? Belum bersalin lagi la… baru “False Alarm” hehehe kan dah bagi tau kat atas… haaa… cuba semak balik… (konfem ada yang semak)

Nota: Teruja, takut, seram, risau, gabra, panik, rasa nak meloncat-loncat semua ada neh. Doakan Cik Adik ku dan baby dalam keadaan selamat. Terima kasih semua…. *amin~*

Nota2: Saya suka baca blog anda menggunakan RSS Feed pada telefon bimbit. Tapi masalahnya ada diantara anda yang buat Half Feed RSS… jadi mood nak terus berkomen menjadi terbantut. Maafkan saya…:wek:




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: WordPress: Jadikan blog anda mesra pelayar web telefon bimbit.
Ditulis dibawah kategori: Blog & Tutorial

38 Responses to “WordPress: Jadikan blog anda mesra pelayar web telefon bimbit.”

  1. mijie 15. Jul, 2010 at 9:34 am #

    sy mesti cuba ini theme, hehehe dari dulu teringin nak buat ni, mana la tahu kot2 ada org nak surf blog sy guna phone, takder la nampak janggal sgt

    em pasal false alarm tu, sy 3 hari 3 malam tidor kat luar wad bersalin, menunggu isteri..huhuuhh

    malam ke 3 baru selemat bersalin…masa tu ngantuk, heppy penat semua ada, smoga bro tabahkan hati
    mijie entri terkini blog ..Demam yang tak sudah My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    buat jer bro.. .even kat blog kita jarang orang pakai mobile untuk browse.. tapi amat membantu kita masa kita cume ada tepon dan internet dalam tepon.. tujuan memudahkan kita view n reply comment :sengeh:

    [Reply]

  2. Kujie 15. Jul, 2010 at 11:09 am #

    guna plugin WordPress Mobile Pack – dah lama, tapi tak pandai nak setting
    semlm dah ikut plugin site
    mgkn tak sempurna lagi le kot…sbb tatau nak test
    dia boleh pilih theme apa..mesti kak jie pilih hijau.

    rss feed reader tu – rasanya blog kak jie dah lama guna full feed reader – jarang usik
    nanti kena check balik – sbb ramai yg boleh msk blog tu..hehehe

    bab debar tunggu isteri – memang mcm tu la keadaanya… kadang2 ulang alik 2-3 kali
    tapi belum masanya..kita berjaga2 je lah
    awal 2 minggu atau lewat 2 minggu tu adalah normal – due date yg doktor bagi tu pun anggaran saja…
    selagi baby ok, pergerakan ok..jgn risau
    tapi kalau baby tak gerak, diam saja..hibernasi kot…tu kena pergi hospital cepat
    beg2 peralatan baby jgn lupa pula…mcm kes kak jie nak lahirkan along
    hari2 usung sana sini, bila masa nk p bersalin betul…boleh teringgal

    dah 2 kali pernah ke PPUM melawat biras yg lahirkan anak kt sana…dah boleh faham keadaan kt situ

    jaga isteri dan anak baik2.
    Kujie entri terkini blog ..Motivasi Untuk Diri My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    mase dulu tu bukak blog kak jie dia tak jadik.
    tapi kemarin cuba dah menjadik… siap nampak
    themes hijau cenggitu… image pon cantik.
    cume kalau ade caption image je dia jadi berterabur skit.
    tapi kira dah ok dah.. bleh segera berkomen.

    P/S: teruja betoi baca komen kak jie semenjak 2 menjak ni.
    tadi baru abes pergi kelas penyusuan ibu.. hehehe
    ade suami taknak kongsi… hahaha ade ke patut. :lawak-gile:

    P/S2: PPUM belum lagi diiktiraf sebagai hospital mesra husben.
    owh nanges…. aku kene duduk kat luar masa baby nak keluar :tention:

    [Reply]

  3. Kujie 15. Jul, 2010 at 11:10 am #

    uik..panjang berjela la pu.la
    rasa mcm ada byk lagi nk tulis…hahahaha :lawak-gile:
    Kujie entri terkini blog ..Motivasi Untuk Diri My ComLuv Profile

    [Reply]

    denaihati Reply:

    Saya guna Wapple Architect mudah nak setting.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    banyak yang boleh di pakai.. tapi tak kesemuanya
    menjadi bro. :sengeh:

    [Reply]

  4. zaryl 15. Jul, 2010 at 3:27 pm #

    aku usha kat Google Analytics, tak ramai yg bukak blog aku guna hanphone. yg ada pn sorang je.. aku la tu :lawak:
    zaryl entri terkini blog ..Kisah Malang Seorang Saudara Dan Dilema Menjadi Penjamin Pinjaman Bank My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku ade la 2 3 orang bro. jadi lah. menjimatkan bandwidth
    kengkawan.. hehehe

    [Reply]

  5. apiih 15. Jul, 2010 at 3:29 pm #

    TQ for sharing bro..aku nk try guna jap…hehehehe..try n error sndiri..tq

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    nanti dah jadi jangan lupe bagi tau ok!!!

    [Reply]

  6. Luth Textile 15. Jul, 2010 at 6:18 pm #

    ok nak cuba.. sebelum ni masuk blog kak jie best pakai hp sbb dia support mobile
    Luth Textile entri terkini blog ..Hati terdetik bila sebut Shah Alam My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kekadang kat blog kak jie hari tu ade gak tak jadi.
    sekarang ni dah ok.. :sengeh:

    [Reply]

  7. ishak 15. Jul, 2010 at 11:18 pm #

    wah best gak….bro saya doakan baby dan isteri bro selamat…..selamat menjadi ayah…..!
    ishak entri terkini blog ..Top 20 senarai blog-web berbahasa inggeris paling popular 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    amin… thanks beb

    [Reply]

  8. mrnamie 15. Jul, 2010 at 11:30 pm #

    lawanya.. memacam plugin tuk self host ni.. tuk yg free user mcm blogspot bole pakai ke?
    mrnamie entri terkini blog ..Eh- layak ke kita My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    bile nak bertukar ni. zaman sekarang bukan macam zaman tahun
    1990 tu… domain n hosting mahal.. sekarang ni dah murah pon :sengeh:

    [Reply]

  9. Piratz 16. Jul, 2010 at 12:17 am #

    aku guna plugin wptouch.. tapi tak semua phone support la plak.. :(

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku pakai plugin ni.. semua support… *setakat ni lah*
    even touch screen atau batu-screen :lawak-gile:

    [Reply]

  10. juLia d buBbles 16. Jul, 2010 at 12:17 am #

    waahhh. best boleh tgk kat mobile. but am using blogspot -__-”

    owh anyway, goodluck to u & wifey! :D
    juLia d buBbles entri terkini blog ..Dansa by Sasha Bashir- Part II My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    nanti ade rezeki lebey bleh pakai WP-Selfhosting plak ye :kenyit:

    [Reply]

  11. wazy 16. Jul, 2010 at 12:19 am #

    Kena try jugak ni,thanks bro
    wazy entri terkini blog ..Tip Mendapatkan Idea Untuk Menulis Dalam Blog My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    try jangan tak try… :wek:

    [Reply]

  12. Anarm 16. Jul, 2010 at 8:48 am #

    theme aku nak wat camne bg bleh view kt hp dgn cantik? aku tanak tukar theme.. :cry:
    Anarm entri terkini blog ..Peraduan Copy dan Menang MP3 Player My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    weh… tak perlu tukar template kalau pakai plugin ni.
    dia akan tarik mobile template kalau blog ni detect
    reader pakai mobile. so nko still boleh kekalkan template
    sekarang ni. tadek masalah pon. :sengeh:

    [Reply]

  13. hanc 16. Jul, 2010 at 8:55 am #

    salam bro..
    Hanc dah menjadi penguna hp internt semenjak 2 menjak nie.. Dan blog yang pernah di lawat kat dalam hp nie blog nie >> ‘azmanishak.com, bro luth dan lain2′ padan la laju je buka blog bro ek.. Senang x leceh.. Bab tu hanc ngan blog bro x pernah lost. Walau pun brminggu x msuk blog bro.. :) klik je kat bookM. Kejab je.. Tapi ade sekali tu slow. Mungkin prblm internet kot..zzz

    *akak dah kuar wad ke??
    *insyaallah… moga akak selamat bersalin.
    *seperti pesanan orang lain jaga akak & anak ngan baik.
    *selamat menjadi ayah, papa, inak, baba, bapa,father,pang,yayah, adeeii ape lagi??
    *ok cukup dah pnjang. Thankx bro. N good luck!
    Wasalam…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wsalam hanc. aih.. terharu betoi la ade pembaca
    dan pengomen setia sejak sekian lama… mujur la tade
    adik lelaki.. hehehe kalau tak.. boleh dah ni :wek:

    terima kasih sekali lagi :kenyit:

    [Reply]

  14. adamfaiz 16. Jul, 2010 at 11:06 am #

    Tepon ape yang disupport ?(canggih tak BM aku?)…
    adamfaiz entri terkini blog ..Dulu &amp Sekarang – Duit Jajan My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    banyak sangat…

    Mobile browser:-
    2.0 MMP
    240×320
    400X240
    AvantGo
    BlackBerry
    Blazer
    Cellphone
    Danger
    DoCoMo
    Elaine/3.0
    EudoraWeb
    Googlebot-Mobile
    hiptop
    IEMobile
    KYOCERA/WX310K
    LG/U990
    MIDP-2.
    MMEF20
    MOT-V
    NetFront
    Newt
    Nintendo Wii
    Nitro
    Nokia
    Opera Mini
    Palm
    PlayStation Portable
    portalmmm
    Proxinet
    ProxiNet
    SHARP-TQ-GX10
    SHG-i900
    Small
    SonyEricsson
    Symbian OS
    SymbianOS
    TS21i-10
    UP.Browser
    UP.Link
    webOS
    Windows CE
    WinWAP
    YahooSeeker/M1A1-R2D2

    dan touch screen:-
    iPhone
    iPod
    Android
    BlackBerry9530
    LG-TU915 Obigo
    LGE VX
    webOS
    Nokia5800

    [Reply]

  15. zik 16. Jul, 2010 at 10:43 pm #

    wah smartnya… nak try gak nie…keh2..
    zik entri terkini blog ..Zikrihusainicom di googlecommy part 1 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    try jangan tak try. just in case blog hang nak dijadikan
    sebagai proposal blog untuk mintak kerja. amat bagus
    dalam sesi ngeteh dan tweetup. :sengeh:

    [Reply]

  16. Azuan 17. Jul, 2010 at 6:18 pm #

    Bagus gak ni.. sebelum ni aku tak ambil peduli pun pasal bende ni..hehe
    Azuan entri terkini blog ..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehe… ambik tau sikit-sikit jer beb.
    tak rugi kan kita belajar :kenyit:

    [Reply]

    Azuan Reply:

    a’ah bro.. kalu bab2 mencari ilmu ni tak de yang rugi pun..
    Azuan entri terkini blog ..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

  17. lowongan kerja 18. Jul, 2010 at 6:26 pm #

    waa canggih nya.. mesti dicoba ni.. :idea:
    lowongan kerja entri terkini blog ..Bali Mandira Beach Resort Hotel Jobs 2010-Purchasing- Engineer- Carpenter My ComLuv Profile

    [Reply]

  18. Ali ridha 31. Jul, 2010 at 11:30 am #

    Alamak!!! telfon aku langsung tiada sokongan.
    kena tunggu aku guna telfon len.hehehehe……..

    Ps ; bila agaknya CSL nk kuar model smartphone.
    Ali ridha entri terkini blog ..Baru makan Mee goreng kosong My ComLuv Profile

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. (Wordpress) Plugin Wajib Ada Dalam Blog Anda !! at YYNR.ORG - 31. Jul, 2010

    [...] WordPress Mobile Edition – Plugin ini akan memaparkan blog anda dalam edisi mobile sekiranya pembaca anda melayari anda menggunakan telefon bimbit.  [...]

    Pingback – Entri ini telah dicuri oleh si pemilik blog ini.

    Yang benar,
    AzmanIshak.Com

  2. Kaki Komplen Malaya » Inspirasi dari Mark Harris – menjadi penghias kulit Majalah The Expat keluaran Ogos 2010 - 07. Aug, 2010

    [...] WordPress: Jadikan blog anda mesra pelayar web telefon bimbit. [...]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.100

CommentLuv Diaktifkan