
Masuk contest ke??? ….aahh… nak tau ke cerita macam mana saya terjebak dalam dunia blogger ni? Sebenarnya catatan saya pada kali ni bukanlah sekadar nak mengejar Contest SEO semata-mata. Tapi lebih kepada penceritaan peribadi yang membawa saya menjadi seorang penulis blog. Agak lama juga saya tak menerbitkan artikel-artikel berbentuk sebegini. Rindu rasanya zaman blogspot dulu-dulu. Zaman dimana bak kata orang bercakap sorang diri. Lepaskan segala emosi, tanpa perlu terikat mana-mana provokasi dan kontroversi.
Semuanya bermula apabila saya berhijrah ke Kuala Lumpur. Masa tu hobi adalah mengumpul semua jenis MP3. Lagu Rock Kapak dan juga lagu Inggeris. Dari satu laman web ke laman web saya meneroka mengumpul semua koleksi lagu-lagu yang saya minat. Sampailah satu ketika saya terjumpa sebuah website. Pada masa tu saya memang tidak mengetahui apa-apa pasal blog. Pantang ade URL di internet, saya akan labelkan ianya sebagai website.

Blog pertama yang saya menyangkanya adalah website adalah Blog seorang Jejaka Melayu iaitu AkuSape. Dari blog beliaulah saya mula mengenal apa itu Blogspot, apa itu WordPress dan sebagainya. Saya begitu tertarik konsep kemaskini yang beliau lakukan pada blognya (saya sangkakan dulu ianya adalah laman web). Tertarik nak tau macam mana dia boleh buat kemas-kini macam diari peribadi. Pandangan saya, konsep berblog adalah satu konsep kemas-kini laman web yang amat mengkagumkan. Dari sini mula lah timbulnya minat nak tahu.

Dari mula mendaftarkan diri dengan Blogspot, seterusnya beralih belajar mengenal WordPress.Com. URL blogspot saya adalah http://warirc2.blogspot.com. Lama-kelamaan saya tertarik dengan konsep kekemasan sistem WordPress.Org. Saya memasang webserver sendiri di komputer kemudian hoskannya menjadi Webserver peribadi yang boleh diakses oleh rakan-rakan. Komputer di on 24jam. Jangan tak percaya ya. Masa tu kalau tak silap URL saya adalah http://kreuger.co.cc

Dalam masa memahirkan diri dengan Blogspot ada beberapa antara rakan terawal yang saya kenal pada masa tu adalah:- Menteil, Zariel, CyberneticsMind, Bro Love (Razzi Rahman), Ryehanna, Just Khai, Marzuki Jalil (dilarang-melarang), Chempaka, Deennasour, dan ramai lagi yang anda boleh lihat di sini sebagai bukti. Saya buatkan setiap sorang tu ade satu Banner untuk menjadi kenang kenangan. Ada juga yang tak sempat nak buat. Kemudian berkenalan pula dengan blogger-blogger yang agak hebat seperti Kak Jie, KNizam dengan En. Megat.
Setelah agak mahir menguruskan server sendiri, saya dipelawa oleh Saudara Roszizul yang ingin menaja Hosting dan domain berbayar kepada saya. Bagai pucuk di cita, ulam pulak yang datang kan… dalam masa itu jugak saya belajar macam mana nak pindahkan database dari local server pindah ke Hosting yang ditaja. Semuanya atas hasil bertanya dengan rakan-rakan dan jugak hasil carian Pakcik Google.
Satu ketika dulu saya amat dikenali sebagai pengomen terpanjang yang tegar. Komen panjang berjela sampai boleh buat satu post adalah menjadi trademark saya. Tapi semakin usia dah meningkat ni, rasa otak dah macam tepu. Lagipon sekarang ni komitment terhadap dunia internet, blog dan sebagainya nak kena ada had. Dah tak boleh nak havoc macam dulu sangat.

Agak lama jugak menulis blog cara tradisional, seterusnya saya diperkenalkan dengan teknik Live Blogger dari Saudara KNizam. Beliaulah orang pertama yang saya kenal memulakan Live Blogger di Malaysia ni. Walaupon dinafikan, saya yakin dengan kenyataan saya bahawa dia adalah orang pertama buat teknik Live Blogging menggunakan telefon bimbit dan terus kepada Blog Beliau. Setiap hari mesti ada paling tidak 3 atau 4 kemas-kini yang akan dilakukan secara Live. boleh dapat anugerah Bapak Blogger neh haha~

Dalam dok ghairah belajar itu ini pasal wordpress, sikit-sikit berkenalan dengan seorang penulis yang rasanya ramai orang akan cakap dia ni EGO terlebih. Dah la tulis blog bahasa inggeris… lepas tu emo je memanjang. Kalau orang tak kenal memang cakap dia ni sombong nak mamposss… belagak la.. hahaha.. Sapa lagi kalau bukan Noktahitam. Kalau kamu nak tau… dia ni tulis jer ganas… muke je ganas.. tapi.. erkkk welll… ofkos dalam hati ade taman derr muahaha.
Gambar kredit kepada: JomPHP
Berkenalan dengan Noktahhitam dalam sekaligus merapatkan saya untuk berkenalan dengan Live4hire (Yam) dan juga Aeropama (Sham). Seterusnya Tekong (Nazri), IcedNyior (Fiona), Shamhardy dan ramai lagi blogger-blogger yang agak berkaliber. Masa berkumpul majlis Berbuka Puasa anjuran Negaraku.Net tahun lepas, saya ditemani oleh Roslan Nazri. Terasa diri amat keciknya la kalau nak dibandingkan dengan tetamu yang hadir dalam perhimpunan terbesar tu. Aih… kenangan betul la masa tu. Saya rindukan suasana tersebut.
Berbalik kepada cerita Noktahhitam atau dikenali dengan nama panggilan Eddie atau Edwin, dia lah orang yang mengajar saya perkara penting dalam WordPress Template iaitu MARGIN dan PADDING. Kalau tak paham dua perkara ni, maka susah lah nak godek template. Dari sikit demi sikit, saya memberanikan diri untuk membuat sebarang pengubahsuaian template yang saya rasakan berkenan. Kemudian, mula la timbul nak buat macam-macam projek daripada kelebihan WordPress.Org.

Sehingga sekarang ni saya sedang mengusaha sebuah blog Aggregator hasil sumbangan Saudara Denaihati. Masih lagi menuntut ilmu dengan Noktahhitam… Saya membuat pengubahsuaian sedikit demi sedikit terhadap blog Aggregator tersebut. Motif kewujudan Blog Aggregator KakiKomplen bukan setakan Blog PING, tapi ianya juga berfingsi untuk mengindeks mana-mana artikel rakan-rakan yang berdaftar secara automatik.

Disebabkan pengasasnya adalah Saudara DenaiHati jadi saya cuba kekalkan beberapa konsep dan mindset beliau iaitu Hidup Untuk Memberi. Apa yang ada pada kita adalah pinjaman semata-mata. Ianya bukanlah hak milik hakiki. Perkara dan nilai-nilai sebegini lah sebenarnya cuba saya terapkan dalam konsep kewujudan Blog Aggregator KakiKomplen.
Tiba-tiba rasa macam terkeluar topic. Tapi tak pa… saya tetap teruskan dengan ceramah saya pada kali ini. Kalau tanak baca terus je ke ruangan komen hehehe… Secara am konsep KakiKomplen yang cuba diselaraskan dengan Hidup Untuk Memberi adalah:-
Saya rasa cukup lah setakat ini saya bercerita menenai kesah kehidupan saya sebagai seorang blogger. Kalau nak di ikutkan memang tak cukup nak bercerita pada satu malam. Kalau anda belum tahu, catatan ini adalah bertujugan untuk melayakkan diri ke peringkat saringan pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger dari Saudara DenaiHati.
Semoga kita akan berjumpa lagi dalam siri yang akan datang pada 29/08/2010 ini untuk peringkat akhir. Kepada para peserta lain, saya doakan anda semua berjaya. Ayuh bersama-sama berusaha untuk bagi sokongan moral kepada Saudara Denaihati dengan turut serta dalam kontest kali ini. Hadiah adalah lumayan dan berbaloi-baloi. Mana tahu anda berpeluang untuk dapat duit raya pada kali ni kan? Cuba lah… jangan cepat mengalah.
Untuk terma dan syarat, anda boleh periksa di sini. Jadi tunggu apa lagi. Mula lah menulis. Manfaatkan kelebihan anda. Ini lah masanya untuk anda menonjolkan diri.
Nota: Dah siap pasal contest ni… jadi saya nak sambung pulak masukkan fungsi slider menggunakan teknik JQuery di KakiKomplen.Com. Ianya adalah untuk keselesaan anda pada masa akan datang. Semoga berjumpa lagi.
Nota2: Banyak komen dari rakan-rakan pada catatan yang lepas tak sempat saya nak balas. Jangan kecik hati ye. Saya dah baca semua komen anda tanpa langkau satu pun. Cuma sekarang ni saya tengah giat usahakan projek KakiKomplen tu. Maafkan saya.
Nota3: Konfem TYPO tak hengat dalam entri ni. Sila abaikan ye… tak sempat dah nak periksa
Pingback: Akhirnya saya berjaya mencipta template sendiri. @ Kaki Komplen Malaya
Pingback: Kaki Komplen Malaya » HIDUP SEORANG BLOGGER yang mempunyai jiran kurang akal.
Pingback: Kaki Komplen Malaya » Majlis Berbuka Puasa Blogger Malaysia 2010
Pingback: Kaki Komplen Malaya » SEO Hidup Seorang Blogger dan Misi cabaran 100 hari.
suka baca kisah blogger kita ni..
cayalah..
serba sedikit pun jadilah..
gudluck bro…
.-= syahrilhafiz entri terkini blog ..Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53 =-.
Best la baca entri ni.
Bermula dengan meneroka dunia blogs
Dan akhirnya berjaya menguasai dunia blogs :bagus:
.-= hafidz entri terkini blog ..Kord Gitar – The Times Tunjuk Perasaan =-.
Pingback: Hidup Seorang Blogger entri wajib 1 | Denaihati
Salam ziarah bulan ramadhan…bleh linkkan blog rejeks x kat sini ? http://rejeks.blogspot.com :bye:
panjangnya hikayat blogger dia.. aku nyer takde la panjang sangat hehe
.-= Syafrizal entri terkini blog ..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’ =-.
hui panjang tu sejarah penceritaan dia, pengalaman mematangkan pemikiran. Nak kena lebih belajar ni dari blogger2 senior
.-= akuvision entri terkini blog ..Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke – 53 =-.
kite sme je kot bro..aku msde blom main blog suke layan aku sape tu..klu x slp aku blog tu bnyk share yg benda2 edit gambar tu..huhuhu
.-= azizan4444 entri terkini blog ..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2 =-.
memang terbaikla bro. saya banyak di ajar mengenai coding WP ni dari yam. selalu gak lepak ngn dia bile turun kl. ilmu dia tang seo memang mantap. juz skang ni dia x aktif cam dulu.
banyak tol pengalaman bro sampai orang boleh bagiblog rilex2 sahaje. hehehehe. nice share bos!
wahhh
panjang lebar entri ni
good luck bro
.-= wazy entri terkini blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER =-.
banyak pengalamam bro nie… mantap2… :wtf:
.-= zik entri terkini blog ..Hidup seorang blogger =-.
bila agaknya nak buat buka puasa lagi?hehehe :sengeh:
artikel yg mantap bro.. fuh hebat dunia blogger ko eh.. hehehhee.. aku takleh masuk contest
.-= syahirul entri terkini blog ..Menunaikan hasrat ‘budak sakit’ bertemu blogger hebat =-.
Pingback: Kaki Komplen Malaya » Hidup seorang blogger dan cabarannya
Dasat la lu bro…gua instal wordpress pun men belasah je..ade la problem sane sini…rasa tak terdaya nak belajar…(tapi mahu)
.-= fawzan entri terkini blog ..The Best Gift I’ve Received- Now It’s For You!! =-.
aku kenal azman masa dia pakai brand kruger irc.. tp tak berapa sangat.. kenal gitu2 je. teringat masa dia baru pasang wordpress.org ni. semua pakat pelik. kaya gila. hahaha
nice bro. semoga berjaya
.-= luth entri terkini blog ..Ini bukan kes “cepat melatah” =-.
Salam bro…
Memang mantap… kalau komen pun dah boleh tinggalkan jejak sampai satu page… ini pulak entri kan..? celah gigi silap haribulan bersambung 5 – 6 episod lagi..
Tapi memang ‘suspek’ lah mcm kata apek.. lu kalau menghambur idea dari minda pegi keyboard memang no 1.
Anyway… good luck bro…
.-= zoul entri terkini blog ..Aku Terjumpa Orang Buang Bayi =-.
Pingback: Hidup seorang blogger dan cabarannya | Anarm.Net
huyoh! aku suka dengan ayat knizam bapak blogger :sengeh:
memang patut pun
.-= tmukmkd entri terkini blog ..Hidup Seorang Blogger- Sedut Dan Kongsi =-.
wish u good luck azman!..hope ur dream comes true..
waah..menaruk betul ceita ni..rasa diri pulaj yang berada dalam cerita ni
.-= ishak entri terkini blog ..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang =-.
pembetulan “menarik betul”
.-= ishak entri terkini blog ..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang =-.
best enty ni.. aku ngah cari idea lagi..
.-= Azuan entri terkini blog ..Nuffnang- Advertlets- Innity- dan Mangga Ads – Yang Mana Harus Dipilih =-.
Pingback: Peraturan asas FIFA untuk bolasepak! | TengkuAizat ^_^
kalau dulu ko tak komen kat entry aku macam tak lengkap je beb.. sebab ko je lah yang melengkapkan entry tu menjadi 840 perkataan.. haha… rindu zaman dulu2 ye tak.. habis masa kat blog jer… XD.. sekarang idakk lerr…
*aku baca sampai abes beb.. terharu pun ada.. haha..
.-= menteil entri terkini blog ..Aku Rindu =-.
eddie ego? ahahaha

abe eddie hanya ego pada orang yang ego juga
tak kedekut, best berkenalan dgn korang
.-= blowie entri terkini blog ..Peraturan asas bolasepak yang perlu kamu tahu =-.
satu entri mantap dari bro azman…dari mula sampai abis aku baca…serius aku admire kat ko…pandai bab coding semua…sampai ke kakikomplen…aku kena belajar gak…tgu aku balik kl nnt…erk…anak buah aku jgn lupa jaga tau…hehe
.-= mohdisa entri terkini blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER =-.
Pingback: Tweets that mention Contest: Hidup Seorang Blogger | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
kalau menang, duit tu boleh buat gaji pekerja kaunter kaki komplen!!! :lawak-gile: :lawak-gile:
.-= mrnamie entri terkini blog ..Hari Masjidil Aqsa sedunia =-.
salam..
pengalaman tu yang
mahal tu..tak dapat
di beli wang ringgit :sengeh:
.-= zulkbo entri terkini blog ..Hidup Seorang Blogger Permulaan Hidup =-.
Pingback: Contest: Hidup Seorang Blogger | BlogFeed
hoho, kenangan mula2 blogging memang best.
ramai org start dgn blogspot kemudian berpindah ke wordpress.
tapi aku mula dgn wordpress, lepas tu baru belajar guna blogspot
utk 1 blog yg dah tertimbus skang ni eheh.
good luck bro utk contest ni
.-= Amirez entri terkini blog ..Hidup Seorang Blogger =-.
Pingback: Kaki Komplen Malaya » Contest: Hidup Seorang Blogger
penceritaaan yang sangat hebat dan bila aku baca sampai habis aku rasa aku ni kecik je dalam dunia blogging, hanya berkawan dalam dunia maya tapi tidak pernah bersua muka secara realiti
kecik juga dunia aku ni
p/s: apa2 pun goodluck bro untuk contest ni
.-= mijie entri terkini blog ..Petua parking kereta di shopping complex =-.
teringat dulu bro penah beli barang dari aku dan penah design logo utk aku..ingat lagi tak bro? hehe
.-= x-po entri terkini blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN =-.