Ada apa pada tahun… hari kehari… minggu ke minggu… bulan ke bulan… tahun ke tahun… Pejam celik pejam celik rupanya dah nak masuk 5 tahun dah saya dan isteri berkenalan. Tempoh perkenalan yang amat singkat… masih belum cukup pengalaman untuk berumah tangga. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk kedua manusia yang bergelar suami isteri.
2007 – Penghujung tahun yang merupakan tahun di mana saya mula mengenali Cik Adik saya. Masa ni… sekadar SMS… nak telepon segan. Maklumla… awak ni bukan pandai mengorat orang pon. SKEMA la katekan… Masa abis terbuang depan komputer jer.. Lagi pon.. masa ni baru jer berpindah ke Kuala Lumpur. Banyak perkara nak kene atur. Masa tu… saya kenal dia melalui sorang akak dari laman WEBKL. Kakak ni la yang perkenalkan saya dengan isteri saya sekarang ni. Dan Kakak ini lah juga merupakan kakak ipaq.
Rasa berkenan dalam hati untuk jadikan Cik Adik lebih daripada sekadar kawan. Saya bertekad nak pergi berjumpa dengan keluarga dia sendiri kat Gurun, Kedah. Masa tu ambik cuti dua hari. Pergi dengan bakal kakak ipaq yang kenalkan saya dengan Cik Adik… dan tentu sekali bersama tuan empunya badan tu… Saya pergi merisik sorang diri okeyyy… Bukan niat nak membelakangkan keluarga… saya pergi sebab niat ikhlas.. nak berjumpa dan berbincang. Soal urusan pertunangan itu akan diuruskan oleh Mak dan Abah kat kampung.
Cerita saya pergi merisik… masih lagi tersimpan di:
2008 – Setelah berkawan dalam 6 bulan.. tak cerita banyak dah.. terus jer bagi tau abah nak bertunang. Abah macam tak percaya. Manakan tak… saya anak bongsu. Abah pikir nak merisik la.. nak beradat semua la.. dia cakap sanggup ke? “Abah… bab merisik… Man dah pergi merisik sendiri dah…”. Abah jadi terkujat… biar betiikkkk… Macam ye ye jer abah tanye… “Dah habis pikir dah ke?”. Dengan lantang dan yakin… “Pasal dah abis pikir la… Man bagi tau abah ni..” Masa tu… 6 November 2008, maka termetrai la perjanjian antara dua orang yang nak kawin ni….
2009 – Tempoh bertunang agak lama… saya tetapkan setahun sebab nak kumpul duit. Masa tu badan dari gemuk terus kurus kering. Time nak kawin baru nak kumpul duit. Kire ok la jugak tu daripada kawin… buat pinjaman.. lagi better sebelum kawin ikat dulu perut. Memang sepanjang tahun 2009 badan jadi mat lempeng.. memang jimat habis masa ni. Sebulan mau tak mau.. mesti simpan RM550.00. Dah la gaji kecik. Tapi bukan alasan la semua tu. Akhirnya… pada 7Eleven2009, kami berdua selamat diijabkabulkan…
2010 – Tahun ni adalah tahun yang agak kalut… selang setahun semua perkara di atas ni berlaku… tahun 2010 pulak adalah tahun kelahiran Amirul. Herm… Kawin pada November 2009… dan Amirul lahir pada 8 Okt 2010…. GENAP 9 BULAN selepas kawin… wowowowow…. Memang tahun 2010 ni agak mencabar bagi kami yang baru saja bergelar pasangan suami isteri. Baru nak manje.. manje… kene kongsi plak kasih dengan anak. REZEKI… jangan merungutttt~
2011 – Sekarang ni dah tahun 2011. Alhamdulillah… selepas kelahiran Amirul… itu la, orang kata rezeki anak.. saya dapat bekerja ditempat baru. Dapat luangkan masa hari cuti dengan Amirul.. Cuma tak sempat nak hantar isteri pergi kerja dengan balik kerja jer. Kalau Cik Adik kerja pagi.. saya sempat hantar.. tapi waktu balik.. dia kene balik sendiri. Kalau dia kerja petang pulak.. waktu baliknya pulak akan saya jemput. Begitulah ceritanya…
NOTA: Dah lima tahun dah rupanya kan sayang…??? Bulan depan bulan JUN. Bulan di mana lamaran saya diterima oleh Cik Adik.
Amenze
25/09/2015 @ 8:43 pm
Yes, David, I do remember you and your canirg heart. What a pleasant blast from the past! I offer calls and meditations and online classes as I feel guided to share. If you sign up on my mailing list on the right, then you’ll be in with the in crowd and know all about the next call before it happens.Also, please feel free to email me directly via the contact page and tell me about your life and journey in the past decade. Eileen
matjoe
25/05/2011 @ 2:46 pm
mode jiwang jab. tahniah dah punya anak yg comel
Mohd Nizam Bin Sazali
23/05/2011 @ 5:34 pm
askum bang, saya dah letak link abang kat blog saya, baru nak berjinak wat blog nie leh abang link kan blog saya http://izamsblog.blogspot.com/
nasslimdiet2
22/05/2011 @ 5:59 pm
tahniah bro. moga kekal ke akhir hayat
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:41 am
terima kasih.. amin ya rabbal a’lamin.
mijie
21/05/2011 @ 5:11 pm
aku nak ckp merisik sendiri tu sama mcm aku, minta nak tunang then tarikh 06 november? hahaha beza sehari aku sambut birthday
apa2 pun aku suka dgn entri ini, semoga terus berbahagia
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:41 am
kekeke.. hari tu kita dah sembang panjang eh pasal ni. lalalala… nanti leh ngeteh plak sambung sembang.. haha
ps… tak leh citer ngan orang bujang.. nanti jamban umah depa tersumbat depa salahkan kita plak haha
wazy
21/05/2011 @ 2:22 pm
Menariik kisah bro ni
Memang betul kata orang,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian,
Apa-apa pun saya doakan bro dan isteri kekal sehingga ke akhir hayat disamping anak tercinta serta menjadi keluarga yang bahagia
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:40 am
amin.. terima kasih atas doa anda…
muhammad fakhruddin
21/05/2011 @ 8:55 am
Saya teringat cerita fasi-fasi saya masa Minggu Penulis Remaja dulu. Deme cerita bila dah dapat royalti buku/ novel atau duit hadiah masing-masing, terus beritahu mak bapak
“Sudah sampai masanya anak mak ini cari menantu”
p/s:kena tulis novel la macam ini kalau nak kahwin cepat 😉
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:38 am
hahaha… tak perlu tulis novel kot kalau nak carik isteri… “carila wanita dan bukan perempuan..” satu perumpamaan dan nasihat yang sangat susah untuk seorang lelaki terima.. tapi itulah kenyataan 😀
shaharil
21/05/2011 @ 12:12 am
Semoga hubungan yang dibina ini kekal sampai ke syurga.Insya-Allah.
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:30 am
amin… insyaallah.. terima kasih!
Cikgu Hairul
20/05/2011 @ 10:38 pm
5 tahun satu masa yang nampak lama tapi kejap. Bolehla kata 5 tahun yang penuh cabaran.
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:29 am
pejam celik pejam celik.. rasa macam baru semalam jer angkat nikah bro. haha
Ali ridha
20/05/2011 @ 11:27 am
susah dan senang.bro tetap tabah menghadapi ujian
yang melanda.sekarang dah dapat kerjakan.
Muhamad Azman Ishak
23/05/2011 @ 11:29 am
alhamdulillah.. kebanyakkan ni cuma permulaan.. banyak lagi ujian nak kene hadapi.. dari segi ujian kewangan.. kasih sayang.. anak.. dsb.. semua kene tuntut kesabaran.. tapi tu lah kita manusia.. cakap jer kengkadang pandai.. haha.. buatnya tu yang liat.
PageRank blog dan CommentLuv | Denaihati
19/05/2011 @ 1:43 pm
[…] No Comments (all links are dofollow) Unregisterd Users (only registered users are dofollow)Pesanan AzmanIshak : salah satu cara lagi nak naikkan PR adalah dengan berkomen di blog yang mempunyai CommentLUV dan […]
Eizil
18/05/2011 @ 7:15 pm
Tahniah bro, semoga perhubungan ini akan kekal abadi selama-lamanya… rupa-rupanya jarak ko kawen ngan aku tak jauh… cuma waktu tuh belum berkenalan lagi 😀
Muhamad Azman Ishak
18/05/2011 @ 10:51 pm
amin… berkat doa mu…
p/s: hang kawin 2009 gak eh? bulan berapa?
Eizil
24/05/2011 @ 10:24 am
bulan 12… 😀 lambat sket dari ang… hehehe…