Lepas ni Artwork Hujung Minggu akan jadi tajuk cerita aku untuk setiap hujung minggu dan mungkin akan membawa ke minggu berikutnya kalau aku tak kemas kini blog. Sekarang ni macam yang aku kata… aku tersangat-sangat la sebok. Idamkan saat macam mula-mula kerja dulu. Peace and Harmony…. sekarang pon peace jugak… cuma kekangan masa tu yang tak menahan.
Semalam sekali lagi aku teman Mama Amirul di Taska PPUM. Hari Sabtu… jalan lengang gila dilaka subuh sepie. Jadi aku ambik peluang tangkap beberapa keping gambar masa awal matahari mula nak terpacak sementara nak balik. Hari ni (hari Ahad) lagilah bapak boringnye…. tak pergi mana pon. Lepak kat rumah. Tidok jer dengan Amirul. Tapi… yang best, tadi lunch kat McDonalds.
Tak bleh blah… memang aku suke makan French Fries dicicah bersama-sama McFlury atau Sundae. Sedapnye… perghhh PANAS+SEJUK+MASIN+MANIS…. huuhuhu… pernah cube? Tak pernah? Sila buat sekarang.. nanti takut kempunan. Layan artwork semalam dulu. Gambar semua masih lemah penceritaannya. Kepada anda yang membaca dan melihat… aku mengalu-alukan komen membina. Terima kasih.
Nota: Cadangnya minggu ni nak ke rumah Kak Kujie untuk mandi air terjun. Tapi cansel. Mungkin Sabtu minggu depan kot… Harap tuan tanah ade la kat rumah ye!
akubiomed
02/11/2011 @ 10:56 am
As Salam, mencelah air terjun natural atau buatan? Tempat menarik ambil shot sambil mandi manda
Muhamad Azman Ishak
02/11/2011 @ 8:12 pm
wsalam… tak sure buatan atau natural. tapi dari jauh tengok dah tabley tahan mau terjun
wazy
02/11/2011 @ 10:46 am
Semua gambar tu cantik-cantik belaka bro,nasib baik xde button vote
Muhamad Azman Ishak
02/11/2011 @ 8:13 pm
hahaha thanks wazy. rajin hang singgah blog aku kan.
Muhamad Azman Ishak
27/10/2011 @ 12:30 am
ye betul.. kamera aku murah je derr… pasal tu tak berapa nak cantik.
adamfaiz
25/10/2011 @ 9:31 am
Rumah Kujie ada air terjun ke?… Tak jemput pun…. Man, gambar ke-4 tu aku suka…cantik!! (buta seni agaknya aku ni) 🙂
Muhamad Azman Ishak
27/10/2011 @ 12:28 am
rumah kak jie ade.. dekat je dengan umah dia.. rasanya perkataan jemput tak sesuai. sebab dia suri rumah. suami kerja jauh. jadi kalau hajat hati nak singgah dan ziarah dia.. mungkin itu lebih tepat. hehehe…
p/s: aku pon suke nombor 4. ye sekian sebab aku pon bute seni gak. haha!
mijie
24/10/2011 @ 6:35 am
Jumpa dan kt share ilmu ler
Muhamad Azman Ishak
25/10/2011 @ 9:47 am
cheh… cam ne nak share… kamera hang mahai dari aku dowh… mencik.. kau hina aku kan… kan??? saje la tu… taw la kamera aku murah.. tak cam hang *merajuk-berak cam sickchild*
mijie
23/10/2011 @ 11:54 pm
gmbar hang cantik2, gmbar ke 2 aku suka cuma macam tak berapa nak kena composition dia…jeles aku lense hang menarik
gambar2 lain semua ok dan cantik, jelas giler gambarnya…kita kn jumpa dah ni, bincang2 dan lepas tu kita bljr ambik gambar haha
ok ok dh tk tahu nak komen lagi, huhu
Muhamad Azman Ishak
24/10/2011 @ 12:10 am
erk.. gambar no2 yang pokok tu eh? rasanya aku bersetuju. tadek angle dah dari pokok ni… mungkin sebab mate sembab.. tidok dalam keter.. lepas tu bangun.. then capai kamera masa tu.. awal subuh keluar umah.
ps: hang kata nak kene jumpe? erk.. jumpe ape eh? bincang ape eh? sorry aku lost semetarr… nanti roger pls!
Kujie
23/10/2011 @ 10:40 pm
sekarang musim hujan………kawasan sini hari2 hujan
air tak cantik….macam teh tarik je
Muhamad Azman Ishak
24/10/2011 @ 12:10 am
alah ye ke??? owh kecewa gituuu…
Kujie
23/10/2011 @ 10:39 pm
ahad depan 29 kak jie ade kenduri sedara kat AU gak… adik beradik turun dari Kedah.
Muhamad Azman Ishak
24/10/2011 @ 12:11 am
29 blom gaji.. hahaha pls pls… nanti bley singgah umah. kak jie tak penah singgah umah pon kan?