Gambar tabung duit
Ini lah tabungnye.. duit dah kering.. bulan ni topup balik.

Sebenarnya bukan duit tabung anak. Tapi duit aku.. anak aku yang masukkan dalam tabung. Lepas balik kerja… semua lebihan syiling dalam poket akibat di POW oleh Amirul Amin kalau ku singgah ke stesen minyak, akan aku suruh si Amirul Amin masukkan ke dalam tabung. Minggu lepas tabung tu dah penuh sangat-sangat. Jadi aku bukak la penutup bawah dia.. pergi tukaq kat kedai.

Kalau time pagi, agak layan sarapan sambil tengok matahari terbit
Kalau time pagi, agak layan sarapan sambil tengok matahari terbit

Nak dijadikan cerita.. duit syiling tak sempat nak dikira.. kedai mintak tangguh sampai la hari Isnin (31/12/2012). Kedai tu… kedai kebiasaan aku sarapan setiap pagi. Jadi dengan tokey kedai memang agak rapat dan boleh lebih-kurang. Kalau aku datang je untuk sarapan.. baru letak punggung, roti kosong bersama teh tarik dah terhidang. Regular customer la katakan.

Jadi disebabkan tak sempat nak kira duit tu pada Jumaat yang lepas, tokey kedai ni, mintak delay untuk bagi duit tu pada hari Isnin. Ok, tak pe la aku ok je. Jadi hari ni seawal pagi aku ke kedai tu untuk bersarapan macam selalu. Tup tup… Maksu (tokey kedai) tu bagi duit kertas yang aku tukaq tu. Ada la dalam RM120 macam tu. Wah… tak sangka, banyak jugak.

Contoh kelulusan SSM
Secara sah, dibenarkan melakukan perniagaan.

Dengan duit ini la segalanya bermula sebagai titik permulaan untuk aku dalam dunia baru untuk tahun 2013. Ya… aku mendaftar nama syarikat aku sendiri untuk menjalankan perniagaan dalam talian dan perkhidmatan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Alhamdulillah, setelah sekian lama bercita-cita, maka hari ini (31/12/2012) tertubuhlah AI MEDIA NETWORK.



Lihat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam peta yang lebih besar

Hari ini merupakan hari terakhir promosi pendaftaran syarikat dengan harga bayaran RM60.00 selama tempoh lima tahun. Jadi agak rugi jika dilepaskan peluang macam ni. Seawal pagi, sesudah sarapan, aku selesaikan tugasan dipejabat. Telah kupastikan segala network dan komputer berjalan lancar, baru aku keluar menuju ke KLCentral mencari bangunan SSM. Agak lama jugak berurusan kat sana sebab orang terlampau ramai.

Satu perubahan yang drastik pada diri aku dan keluarga pada penghujung tahun 2012. Perancangan ku untuk masa hadapan supaya mempunyai perniagaan yang kukuh menjelang umurku 40 tahun. Hari ini adalah permulaannya.

Terima kasih untuk isteri tercinta kerana sentiasa memberi sokongan dalam segala lapangan yang aku ceburi. Catatan ini juga sebagai satu nota untuk diri aku jikalau berjaya kelak supaya beringat… yang kejayaan ku adalah berasal dari duit tabung. Supaya hidupku sentiasa besederhana dan tidak bongkak bila dah berjaya nanti. Amin…

Tak lupa juga untuk rakan-rakan yang sentiasa membantu. Jika hendak ku sebutkan nama satu-persatu, aku khuatiri akan ada yang tercicir. Terima kasih untuk kalian semua.

NOTA: Domain baru pon dah register… tunggu masa domain up, dan setting company profile.