EXIF: 8saat, f16, ISO 800 dan White Balance adalah manual.
EXIF: 8saat, f16, ISO 800 dan White Balance adalah manual. Lens: 14mm Samyang UWA f2.8 – Malas nak crop :p

Ini je la rutin aku pada hari cuti hujung minggu kalau Cik Adik ku kene bertugas di PPUM. Kalau dia kerja pagi, mungkin aku sekadar hantar dia bersama-sama dengan Amirul Azhar. Kemudian, aku dengan Amirul Amin akan balik ke rumah. Tapi, kalau dia bertugas sebelah petang… jawabnye aku dan anak beranak akan berkampung la cerita dia kat PPUM ni.

Kalau nak balik pon dah alang-alang sangat. Nanti membazir plak minyak kereta. Macam ni la rutin aku pada hujung minggu untuk dua tahun dari sekarang. Selepas dua tahun, Cik Adik akan kembali bertugas mengikut rutin normal office hour.

Catatan ni macam menjawab TAG si brader KID kita. Baru lepas menjenguk blog dia sekejap tadi. Bukan main sakan bergambar dengan anaknye. Hahaha… Seronok kan layan anak-anak ni. Tapi tang serabut perut kalau dia buat perangai guling-guling nakkan mainan bila pergi pasaraya. FFFffuuuu… boleh meroyan kejap menggigil tahan sabar.

NOTA: Malam ni masih lagi study beberapa chapter dalam Adobe Photoshop. Projek FREELANCE aku sekarang ni memerlukan ketelitian dalam mengedit gambar. Besok cuti.. yeay… Cik Adik pon tak kerja. Nak masak ape ye together-gether?