AzmanIshak.Com

Amaran: Blog ini adalah blog orang dewasa je.

  • Home
  • Info
  • Peribadi
  • Galeri
    • Anak
    • BigPicture
    • Fotografi
  • Promosi
  • Tips
    • Info
    • Komputer & Informasi
    • Blog & Tutorial
  • Sitemap
  • Hubungi Saya
  • AIMEDIA
  • 19/04/2018
You are here: Home / Anak / FOTOBesar : Luangkan masa beharga.

FOTOBesar : Luangkan masa beharga.

17/09/2013 by Azman Ishak 25 Comments

Macam biasa, along... kalau dapat pergi taman, dia tak hirau dah abah dia.

Macam biasa, along… kalau dapat pergi taman, dia tak hirau dah abah dia.

Kelmarin, sekali lagi aku bawak Amirul Amin pergi ke Taman Tasik Perdana. Kali ni, aku bawak dia seawal pagi. Kebetulan pulak pada hari kelmarin tu, isteri kerja shift pagi. Agak bosan kami menunggu kat PPUM, jadi aku putuskan bawak along pergi main kat taman.

Apalah sangat dibuangkan masa untuk meneman anak kat taman setakat sejam dua tu. Cuba banyangkan, hampir penuh satu minggu kita bekerja. Pulang ke rumah agak lewat malam. Kadang-kadang, bila balik rumah, anak dengan isteri pon dah penat. Tambah pulak dengan kita stress kat tempat kerja. Langsung nak layan anak pon jadi bebal.

Orang nak panjatt... dia pon nak panjat jugak... mujur tak jatuh.

Orang nak panjatt… dia pon nak panjat jugak… mujur tak jatuh.

Sebab tu kalau boleh aku nak luangkan masa dengan along pada hari minggu. Nak bawak Azhar, dia agak kecik lagi. Orang kata belum dapat kaki. Tunggu la turn dia besok. Mau jadi team futsal dengan Along dia barangkali. Bila tengok anak-anak berlari kat taman, aku rasa satu kepuasan yang tuhan bagi. Tenang je…

Nak ku katakan aku ni bapak mithali tu, jauh panggang dari api la. Tapi, sapa yang tanak jadi bapak contoh untuk anak-anak. Kerja pagi petang siang malam. Rutin diwaktu pagi, selepas hantar isteri bekerja, hantar pulak anak ke taska. Kemudian baru aku masuk ofis. Balik pulak, jemput anak… kemudian, jemput isteri. Macam tu la kalau diringkaskan rutin aku seharian.

Sistem infotaintment dalam kereta yang menggunakan Samsung Galaxy Note 10.1

Sistem infotaintment dalam kereta yang menggunakan Samsung Galaxy Note 10.1

Tolak jalan jem, berhenti isi minyak, tunggu wife nak abis punch card… ada la jugak pukul 10 malam baru kami nak sampai rumah. Sebab pasal tu la, aku ni tak boleh nak joli-joli katak macam orang lain. Pada aku, aku rasa sangat bersalah bila tak hantar atau tak ambik wife ke tempat kerja atau dari tempat kerja.

Mungkin shift yang berbeza, ada kalanya aku sempat hantar, ada kalanya aku sempat ambik. Kadang-kadang, sempat hantar ke stesen LRT pon tak pe dah, aku rasa tertunai tanggungjawab aku. Walaupun tak 100% terlaksana. Memang aku akan rasa janggal kalau wife aku pergi dan balik kerja sendiri. Rasa macam hilang sense of family. Aku lebih selesa beramai-ramai dalam kereta, dan menuju pulang kerumah meskipun lewat malam.

Luangkan masa berharga dengan anak-anak.

Luangkan masa berharga dengan anak-anak.

Dipendekkan lagi ceritanya walaupun tiba-tiba saja idea aku mencurah-curah bak limpahan coklat di ladang gandum… walaupun rasa agak stress dengan keadaan jalan JEM, anak mengamuk dalam kereta… nak kene tunggu wife lagi, tapi di akhirnya… kami sekeluarga balik ke rumah bersama-sama. Naahhhhh puas.. Inilah nikmat untuk aku kerana keluarga ada disamping aku. Amin dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa.

NOTA: Semalam pergi keluar dengan BigBoss AI MEDIA. Boss approved aku untuk beli WACOM TABLET. PERRRRgggggghhhhh… hadiah kerja kuat. Terima Kasih Boss!

Panjat along.. jangan tak panjat.. kalau jatuh, panjat je lagi ok! Anak abah kuat kannnnn!

Panjat along.. jangan tak panjat.. kalau jatuh, panjat je lagi ok! Anak abah kuat kannnnn!

Panjatttt lagiii. Jatuh sekali, bukan beerti jatuh berulang kali!

Panjatttt lagiii. Jatuh sekali, bukan beerti jatuh berulang kali!

Hari ni abah bawak saya jalan-jalan pergi taman. Timer Kasey Abah!

Hari ni abah bawak saya jalan-jalan pergi taman. Timer Kasey Abah!

Pada zaman dahuluuu....

Pada zaman dahuluuu….

Along nak jadi Superman... abah, cepat tangkap gambar along!

Along nak jadi Superman… abah, cepat tangkap gambar along!

Ni dah sampai tahap tak iklas nak senyum dah ni.

Ni dah sampai tahap tak iklas nak senyum dah ni. – Popup flash fired.

Macam biasalah... kalau dah jadi model abah, mesti nak kene upah eskrimm

Macam biasalah… kalau dah jadi model abah, mesti nak kene upah eskrimm. Gigi pon dah nak rongak!

Muhammad Amirul Amin, abah sayangkan amirul, adik dan mama. Amin!

Muhammad Amirul Amin, abah sayangkan amirul, adik dan mama. Amin!

Wohooooo... ade gadget baru. Seriess jakun wehhh!

Wohooooo… ade gadget baru. Seriess jakun wehhh!

Link to this post!

Filed Under: Anak, BigPicture, Fotografi Tagged With: bapa contoh, Graphic Designer Tablet, Graphic Tablet, Luangkan masa bersama anak, sayangilah anak-anak, sayangilah isteri, sayangilah keluarga, tips panduan masa beharga, Wacom Pro Tablet, Wacom Tablet

About Azman Ishak

Seorang bapa kepada dua orang Amirul. Amirul Amin dan Amirul Azhar. Merupakan seorang yang suka kepada jenis-jenis bahasa pengaturcaraan kompleks. Sangat meminati bidang fotografi dan menjadikan blog ini sebagai platform untuk memperkembang dan menajamkan bakat yang sedia ada.

Comments

  1. longarif says

    27/11/2013 at 10:25 am

    cmna nk buat foto besar untuk tatapan dalam blog kita..

    Reply
    • Azman Ishak says

      27/11/2013 at 4:08 pm

      nak buat macam ni, kene edit kat themes. tapi kalau nak pakai themes fotobesar ni, boleh je dapatkan kat sini:- http://shop.aimedia.my

      Reply
  2. Ummi Hanie @ Nis Azmier says

    20/11/2013 at 11:53 am

    bapak dan suami mithali lah tu… do the best kan…

    puas tengok gambaq besaq 🙂

    Reply
  3. longarif says

    13/11/2013 at 2:29 pm

    sangat cantik gambar tu en.azman..nampak ceria je anak en.azman..kalau lah semua ayah di dunia ne mcm en.azman alangkah bertuahnya anak2..

    Reply
    • Muhamad Azman Ishak says

      13/11/2013 at 3:14 pm

      saya jugak bukan seorang yang baik. bukan juga bapa yang contoh. ada kalanya termarah anak… terherdik. kita juga ada buat salah dengan anak. cuma ego seorang bapak, akan berat nak mintak maaf dengan anaknya sendiri. apa yang dia boleh buat cuma perkara-perkara macam ni, untuk menunjukkan yang dia sayangkan anaknya.

      Reply
  4. zerous says

    27/09/2013 at 5:44 pm

    Serius macam anak saya yang 3 tahun, kalau dah jumpa taman permainan, terus lupa hal lain, main sampai x nak balik…huhuhu… jenuh memujuk
    zerous´s last blog post ..21 Tips To Make Your PC Powerful AgainMy Profile

    Reply
    • Muhamad Azman Ishak says

      20/10/2013 at 12:07 am

      anak bro umur 3 tahun? sebaya la dengan anak saya yang sulong tu bro.

      Reply
  5. sepol says

    26/09/2013 at 10:06 am

    puas hati bila tgk anak2 happt… sempoi gajet baru…
    sepol´s last blog post ..Orkid mama berbunga lagiMy Profile

    Reply
  6. wazy says

    21/09/2013 at 2:56 pm

    gambar nak jadi superman tu lawa la bro , ada gaya superhero abahnya
    wazy´s last blog post ..Tempahan Qurban Secara Online 2013My Profile

    Reply
    • Muhamad Azman Ishak says

      20/10/2013 at 12:08 am

      hahahaa itu puji ke perli? lol~

      Reply
  7. Mus says

    21/09/2013 at 9:00 am

    cepat anak tidur.. kepenatan ni
    Mus´s last blog post ..Kehijauan Sawah Padi Di Tengah Kota Sesuai Untuk FotografiMy Profile

    Reply
  8. blogger lelaki says

    19/09/2013 at 3:47 pm

    gambar dia dkt tepi pokok tu lawa bro
    blogger lelaki´s last blog post ..Menang Segmen Reblog Puterikasih.comMy Profile

    Reply
  9. Muktasim says

    18/09/2013 at 10:47 am

    geram tengok gambar saiz besar macam ni.. puas tengok.. ni yang rasa nak pakai template fotobesar gak.. 🙂
    Muktasim´s last blog post ..Keputusan rayuan IPTA 2013My Profile

    Reply
    • Mus says

      21/09/2013 at 9:00 am

      saya pun sama bro
      Mus´s last blog post ..Kehijauan Sawah Padi Di Tengah Kota Sesuai Untuk FotografiMy Profile

      Reply
  10. Hairul Azni says

    17/09/2013 at 12:42 pm

    Memang seronok bila dapat sesekali selit masa bersama anak..dalam sibuk2 pun kena selitkan jugak sekali dua..
    Hairul Azni´s last blog post ..Komisen Ke Duapuluh Satu Dari Program Job Di RumahMy Profile

    Reply
  11. Mohd Shubhi says

    17/09/2013 at 12:11 pm

    Itu semua kerja mulia sebenarnya…insyallah banyak ganjarannya dunia akhirat!
    Mohd Shubhi´s last blog post ..Haq dalam kehidupanMy Profile

    Reply
    • Muhamad Azman Ishak says

      20/10/2013 at 12:10 am

      terima kasih atas nasihat tuan! 😀

      Reply
  12. azman says

    17/09/2013 at 11:28 am

    Perghh terbaik 50mm nih 🙂
    azman´s last blog post ..Jom Shooping dengan LazadaMy Profile

    Reply
  13. Faizalpj says

    17/09/2013 at 12:51 am

    Bila bersama anak keluarga penat pun hilang
    Wah apa tu gadget baru
    Faizalpj´s last blog post ..Khidmat Bas Merah DihentikanMy Profile

    Reply
  14. Bahrain says

    17/09/2013 at 12:51 am

    comel tgk anaknya..
    Bahrain´s last blog post ..Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-KataMy Profile

    Reply
  15. akubiomed says

    17/09/2013 at 12:35 am

    Wah abang M.Nasir sudah ada gajet baru. 🙂
    akubiomed´s last blog post ..Masihkah ada buah durian untukku.My Profile

    Reply
    • Muhamad Azman Ishak says

      20/10/2013 at 12:10 am

      kah kah kah, tak abis2 dengan mnasir dia tu. lol~

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Arkib Artikel Terdahulu

SPONSOR!


Google PageRank Checker

Komen Terkini

  • iphone anda tidak dapat diaktifkan karena server aktivasi tidak dapat dijangkau - Raszain.com on Bagaimana menjejaki iPhone anda yang telah hilang.
  • Eratuku on Info : Fungsi “simpan dahulu dan baca kemudian” daripada Facebook
  • SheritaChief on Bagaimana menjejaki iPhone anda yang telah hilang.
  • Faisal Amirul on Bertanya khabar…
  • NAJWA on Kembara hari Sabtu – Kuala Lumpur ke KLIA

Pilihan Kategori

  • Anak (98)
  • BigPicture (76)
  • Blog & Tutorial (20)
  • Blogger (117)
  • Broadband (8)
  • Broadband (2)
  • Fotografi (153)
  • Hiburan (13)
  • Info (42)
  • Komputer & Informasi (35)
  • Live Posting (400)
  • Motivasi Diri (127)
  • PHP SQL (7)
  • Promosi (94)
  • Rawak (4)
  • Seni Rekaan & Grafik (9)
  • Tutorial (17)
  • Wordless Wednesday (25)

© 2018 · Hakcipta Terpelihara · AzmanIshak.com since May 2007 · Tajaan Theme oleh AI MEDIA NETWORK