Herpes zoster, biasanya dikenali sebagai kayap, adalah penyakit virus yang dicirikan oleh ruam kulit yang pedih dengan lepuh di kawasan yang terhad pada satu bahagian badan, biasanya di jalur. Jangkitan awal varicella zoster virus (VZV) daripada penyakit cacar air. Ianya biasa berlaku pada kanak-kanak dan orang muda.
Sebaik sahaja penyakit cacar air kelihatan sembuh, virus ini tidak dihapuskan dari badan tetapi boleh menyebabkan kayap. Ianya adalah kesinambungan dari cacar air tersebut. Ianya merupakan episod siri kesinambungan tetapi sangat berbeza selepas jangkitan awal. Herpes zoster bukan penyakit yang sama seperti herpes simplex walaupun persamaan nama (kedua-dua virus varicella zoster dan herpes simplex virus kepunyaan subfamili sama virus Alphaherpesvirinae).
Petikan dua perenggan di atas daripada sumber WIKIPEDIA. Sebenarnya, aku baru sahaja balik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mengesahkan jangkitan yang terkena pada Amirul. Aku yang sebelum ni pernah jugak ada pengalaman terkena kayap ni. Melepuh, miang, rimas satu badan… memang tak perlu nak cerita lagi macam mane. Lebih lebih lagi kalau jenis kayap tu adalah kayap ular.
Kayap ular adalah jenis kayap yang paling ditakuti lebih-lebih lagi oleh masyarakat kampung. Dipercayai kayap ular atas perbuatan dengki dan iri hati. Aku tak menafikan perkara ni mahupon mengiyakan. Tapi pengalaman terkena kayap ular adalah satu pengalaman yang agak mengerikan. Kulit menggelembung dan kemudian melepuh dan kelihatan seperti kanser kulit yang bernanah.
Kayap tu kelihatan seperti di atas, dan kemudian merebak melingkari badan. Kepercayaan masyarakat kampung… mereka kata, kalau bersambung boleh pendek umur. Memang masa tu aku rasa macam nak pendek umur dah, pasal, pada masa tu, dah peringkat bahaya… kayap tu dah merayap sekitar paru-paru dan jantung. Terasa menyucuk-nyucuk masa bernafas dan jugak masa batuk.
Itu masalah yang dihadapi pada dalaman badan, manakala pada luaran kulit.. kulit dah menggelupas dengan darah dan nanah… terkopek-kopek.. melekat pada tempat tidur. Mujur masa tu, aku dibenarkan cuti sakit selama dua minggu. Dan kemudian balik kampung. Berubat cara tradisional. Alhamdulillah… dengan izin Allah, sembuh. Kesan kayap tu ada sampai sekarang.
Jadi sekiranya terjadi pada anda ataupon anak-anak anda, apa yang perlu adalah, jangan panik. Dapatkan nasihat doktor dengan segera. Zaman sekarang dah canggih. Dah ade ubat untuk merawat Herpes Zoster. Cuma agak mahal. Kalau mampu berubat cara tradisional, aku sarankan ikut je cara tradisional. Masa aku terkena dulu pon, doktor yang mengesahkan penyakit aku tu, dia sarankan aku balik dan berubat di kampung. See?
NOTA: Cepatlah sembuh wahai Amirul. Kalau besok masih nampak tanda-tanda merebak… mungkin aku akan pulang ke Maran untuk dapatkan rawatan tradisional.
Farhana Jamil
20/05/2019 @ 8:19 am
Pengalaman saya sendiri.. Kena kayap, berubat doktor & traditional. Cara traditional, amik daun sireh cina, tumbuk dengan bedak Sejuk. Kemudian letak kat tempat kayap tu.. InshaALLAH cepat dia kering..
Farha Pengedar Shaklee Shah Alam
29/05/2018 @ 6:15 am
mitos je kan yang kepercayaan kampung tu
Kielat
28/11/2017 @ 7:59 pm
Haluskan daun pinang,lalu oleskan.
Tak sampai 7x insyaallah sembuh.
A rahmani
05/12/2013 @ 6:30 pm
salam, cubalah krim mutiara bumi dgn izinNya telah terbukti berkesan untuk kayap. disapu rasa sejuk, hilang/kurang gatal dan rasa pedih dlm 1@2hari sudah mulai kering. Utk mncuba hubungi Hj Man 0134389413. Harga murah je cuma RM 12.00 satu..tk
azman
30/03/2015 @ 7:41 pm
tolong bagitau ubat apa yg akan berkesan untuk ini… ??? ubat traditional blh dapat kat mna???
fuziah md. isa
22/07/2013 @ 10:40 am
Assalam. Saya mohon bantuan. Apakah cara rawatan traditional yg boleh menyembohkan penyakit herpes ini. Dimana saya boleh mendapatkan rawatan tersebut. Mohon sangat bantuan saudara.
Muhamad Azman Ishak
22/07/2013 @ 5:25 pm
Salam. Penyakit ni kalau pergi klinik pon dah boleh baik. Zaman saya dulu, kalau kene je.. orang kata nak berubat kampung.. sebenarnya, ubat kat klinik dah mujarab dah. cuma jangkamasa nak pulih memang lambat. nasihat saya, kalau awak terkena jangkitan ni.. cepat-cepat pergi hospital atau klinik. dapatkan ubat dia. sekiranya bertambah teruk, terus je ke hospital. jangan biarkan melarat.
puanbee
27/06/2012 @ 10:31 pm
Baru je tengok anak jiran kena benda alah ni , tp mak dia larutkan garam dalam air suam , dan basuh .,, dah ok ..
Tips Onlines
27/06/2012 @ 1:16 am
bahaya ni kena hati2lah pasni, agak2 kalau kena lambat ke sembuh?
search engine marketing
16/06/2012 @ 9:47 pm
salam. saya pernah kena kayap sekali masa dalam pantang anak kedua.kena kat lengan dan tangan.sakitnye hanya Allah saja yang Tahu. mula- mula gi jumpa dokto,makan ubat setiap 4jam skali,tp xberkesan. pastu gi berubat cara kg,kayap jadi kering, tapi masih sakit lg.lastnye gi jumpa dokto lg sekali,di klinik yg lebih bagus dan glemer gtu.dokto kata saya naik kayap sebab kurang antibodi,kurang mkn makanan berkhasiat (betul la kot sbb masa tu dalam pantang,memang pantang habisla).dokto juga kata biasanya orang tua yang selalu naik kayap sbb antibodi mereka lemah dan susah nak sembuh.dokto injek skali,pastu bg krim sapu,bg ubat tahan sakit. dan juga bagi tazkirah supaya saya tidak terlalu ketat berpantang hingga lupa nak makan makanan berkhasiat. alhamdulillah sembuh cepat dan sampai sekarang semuanya dah ok. nasihat saya, pergila jumpa dokto yang bagus sikit walaupun bayar mahal,asalkan cepat sembuh. dan pastikan antibodi kita kuat.
Ramzi
16/06/2012 @ 5:00 am
Herpes hampir mirip dengan cacar, kalau cacar hanya sekali seumur hidup tapi penyakit herpes bisa kambuh suatu saat nanti kalau kesehatan kita mulai menurun. Semoga lekas sembuh total..
Muhamad Azman Ishak
16/06/2012 @ 8:07 pm
alhamdulillah.. dah sembuh sudah. cuma tinggalkan parut dibadannye hehehe..
dzuandiey
14/06/2012 @ 11:39 pm
ooo..sini kayap ular tu dipanggil kayap selendang…memang orang cakap, kalau bersambung, pendek umur..bahaya betul…takut penyakit gini.
Muhamad Azman Ishak
16/06/2012 @ 8:06 pm
oo ade nama lain ye? baru tau. kayap selendang tu kat daerah mane ye orang panggil cam tu? ape pon.. orang kata sekarang ni pencemaran dah teruk sangat la. tengok ah, jerebu dah berapa hari tak clear-clear
azman
09/06/2012 @ 1:20 am
Aku tak tahu pulak kanak2 pun boleh terkena penyakit nih,elok juga usaha ikut cara kampung.
Muhamad Azman Ishak
09/06/2012 @ 1:28 am
insyaallah.. harap dah tak merebak lagi lepas makan ubat yang dapat dari PPUM. doktor tu sendiri cakap ubat ni dari type yang mahal. agak risau nak kasik ubat-ubatan kat anak. ape pon ikhtiar dulu.
p/s: saya pon baru tahu penyakit ni boleh serang kanak-kanak. kesian wooo… kene kuarantin kami satu keluarga.
dzuandiey
14/06/2012 @ 11:41 pm
kesian kat budak2..huishh
Kujie
08/06/2012 @ 9:49 pm
nak tau apa petua orang tua pasal ubat kayap ni
kena minta ubat dgn janda yang kawen dgn anak teruna…hahahaha
Muhamad Azman Ishak
08/06/2012 @ 9:51 pm
wahhh sampai tahap tu? owh woww.. hahaha.. mane nak carik janda tu? keh keh keh
p/s: janda tu janda baik ke janda berhias.. nak kene spesifik tu. hahaha~
emashima
24/01/2014 @ 8:58 pm
OMG!!!my husband kena kayap xkan nak surh dia cari janda kot….oh tidakkkkkk…
Azman Ishak
26/01/2014 @ 4:02 pm
ahahah mane datang petua tu. keh keh keh. carik ubat kat farmasi je. lol~
Herpes Zoster – berhati-hati, mungkin anda adalah seterusnya. | AzmanIshak.Com.
08/06/2012 @ 8:47 pm
[…] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; […]