Malam tadi, ku tak berapa nak lena tidur gara-gara Azhar batuk teruk ya amat. Batuk sampai merah-merah muka. Dah la kene selsema, dapat pulak batuk. Kengkadang dia batuk sampai tahap susah nak bernafas. Apa aku boleh buat, cuma tahankan jari dalam mulut dia supaya lidah tak tutup langit-lagit.
Sedangkan kita yang dah tua ni batuk pon kita rasa penat, ini kan pulak anak yang baru je berusia satu bulan. Alkesahnye bukan aku tak bawak pergi klinik. Dah merata klinik dan hospital aku bawak untuk dapatkan rawatan susulan. Tapi tu la masalahnye dengan klinik dan hospital kat Malaysia ni. Nyawa orang macam buat main-main je.
Tadi sejak awal pagi aku dah bawak Azhar pergi followup pulak kat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tapi, faham-faham saja la dengan procedure hospital. Nak kene saringan la… nak kene ambik nombor la… macam-macam lagi mende crap yang aku rasa bukan memudahkan orang yang sakit. Kalau orang sakit datang… bertambah sakit disebabkan pengurusan yang lembap.
Padahal masa register dah bagi tau ape simptom, apa masalah semua dah cerita. Itu satu hal la, belum kira kene bounce register kaunter a, dari kaunter a pergi ke b… kemudian masuk saringan bagai-bagai haram jadah lagi procedure hospital kat Malaysia ni. Bukan setakat hospital, aku tengok kat klinik pon sama la jugak nye.
Bila kita bawak ke wad kecemasan, dia kata kat wife aku… “puan… puan ni staffkan, kene bawak anak pergi kat staff health”. Ape lahanat aku tak tau. Lepas tu, satu kerja pulak nak bergegas bawak anak pergi ke staff health. Sampai kat sana, sekali lagi register dan menunggu.
Kalau nak ikut kira, memang aku rasa nak mencarut je kat orang yang jaga kaunter tu. Perkara macam ni pon boleh sambil lewa lagi. Ingat nyawa orang ni macam bola keranjang ke nak passing-passing. Lain la kalau anak sakit, tapi aku bawak pergi register kat kaunter ibu mengandung… memang sah salah aku la. Ini aku dah bawak kat kecemasan kot… masih kene tendang.
NOTA: Ikutkan hati, nak pawak pergi specialist kanak-kanak. Tapi tu la…. bayaran pon special jugak. Andai boleh ku ambik penyakitnya pindahkan kepada ku, dah lama aku buat macam tu. Semoga Amirul Azhar cepat sembuh. Amin….
akubiomed
29/12/2012 @ 7:30 pm
Boleh bawa anak kepada pakar kanak-kanak tidaklah tinggi bayarannya didalam lingkungan RM55. Kalau kes serius perlu rujuk hospital baru saya bawa.
halif
29/12/2012 @ 5:27 pm
Saya telah membaca post ini.
puanbee
28/12/2012 @ 8:26 pm
ai biasa baby besar mcm adik ni , doktor tk bagi ubat jugak .. dulu2 anak2 batuk semasa lepas pantang , memang doktor tk bg ubat ..sy bawak pg klinik swasta je la ..susah bawak pg hospital kerajaan .. banyak sgt step nya ..
Muhamad Azman Ishak
29/12/2012 @ 2:12 am
biasanya kita ni kalau dalam keadaan tension, sekurang-kurangnya kita terima advice yang baik dari doktor, itu dah kire pengubat kepada penyakit. tapi…. herm.. itu la citer dia!
zie fauzi
28/12/2012 @ 6:47 pm
Alahai..kesiannya..kecik2 dh kena batuk…. cuba guna petua2 lama…kt blog sy ada kongsi…. takpun try google..kalau x salah ada cara untuk legakan batuk terutama sekali kalau batuk berkahak..lupa la teknik tu org panggil apa…teknik yg tepuk belakang baby…kalau pergi specialist,diorg akan guna cara tu…
Muhamad Azman Ishak
29/12/2012 @ 2:13 am
ok… terima kasih atas info tu. saya cuba carik. TQ~
azman
28/12/2012 @ 4:47 pm
keranah biroraksi macam ni lah yang buat maleh nak ker hospital gov ni…..kalau ke specialist parah jugak tu.
Muhamad Azman Ishak
29/12/2012 @ 2:14 am
betul tu bang. kalau specialist.. standby duit la. mane nak cekau. gaji pon belum. hehehehe
sweetkurma
28/12/2012 @ 4:12 pm
aduiii kesiannya, baru sebulan dah kena batuk macam tu, betul tu kita yang dah tua ni pun tak tahan kalau batuk macam tu, ni kan pulak baby…moga baby azhar cepat sembuh, kalau dapat bagi minum air zam zam bagus tu, air zam zam sekarang ni pun dah banyak di jual
Muhamad Azman Ishak
28/12/2012 @ 4:47 pm
Terima kasih atas cadangan tu. insyaallah, malam ni pergi hospital balik. pi repeat checkup dan carik air zam-zam.
titan
28/12/2012 @ 3:51 pm
sabar wehh. doa banyak-banyak. marah tak selesai masalah. gi minum cendol dulu. kasi sejuk sikit hati tu..takpun letak hati tu dalam peti sejuk kejap.