Template ni masih lagi dalam proses uji pandu oleh aku sendiri. Mengambil masa bersengkang mata dalam 3hari 3 malam. Motif kewujudan adalah nak lawan Width Blog KNizam Artwork yang besar gedabak untuk papar gambar dia yang macam the-best tu.. haha… Secara keseluruhan.. aku rasa puas jugak la buat template sendiri macam ni.

Template ni bukan 100% aku hard codded.. Tapi pengubah-suaian dari template asal WordPress2011. Ada juga yang aku hard-coded contohnye: index.php, page.php, sidebar.php dan 2 3 file php yang lain. Idea tercetus untuk buat template ni bermula masa aku susun gambar Amirul Amin yang masa tu pakai baju warna biru merah. Aku saje susun secara collage. Nampak macam cantik plak. Lepas tu.. aku susun pulak dalam HTML. ERm… bila dah jadi HTML… alang-alang, aku pecahkan file kepada PHP untuk WordPress.

Oleh sebab demikian… template ni aku bagi nama Code: Amirul Amin. 😀 Sempena Amirul Amin budak bertuah yang cerdik dan bijak tu. Beberapa penerangan pasal template ni… aku dah list-down seperti dibawah.

Bahagian Header: Butang Social dan Menu Navigasi
Post Slider: jQuery akan load 5 Entri terkini bergantung kepada Navigation Page selected.
Fungsi: 8 Boxes - memanggil 8 post terkini secara tetap mengikut WP_PageNavi plugin.
Footer Widget: Untuk halaman utama yang kemas... widget ditempatkan di bahagian FOOTER
Post Title: Auto summary supaya kotak sama besar dan kemas.. text tak keluar
Entri Footer: A) Post Black-Quote. | B) About Author - korek data auto dari profile | C) Share this Post.

Ok lah… bapak panjang berjela.. penuh gambar jer. By the way… template ni still buggy. Tapi aku tak tau kat mana. Kalau sesapa jumpe masalah dia…. sila nyatakan kat ruangan komen ye. Untuk pengetahuan… template ini aku dah minimize abes supaya orang yang guna tak perlu sebok nak install plugin. So semua mende-alah dah ade.. tak perlu nkorang bazirkan space untuk plugin loading. Jimat masa la sikit…

Erkkk… nak download? Belum lagiiii… kalau dah selesai proses debugging… nanti aku kasik kat kawan-kawan. Cume mintak nanti kalau pakai… just jangan le buang kredit kat footer tu ye… aku akan tulis kredit paling halus sekali. 😀 Owh ye… untuk mengetahui fungsi selebihnye… nkorang boleh la belek-belek kat blog ni dulu ye. Terima kasih!

Nota – 1: Aku tau template aku buat ni burok… sape tak suke… pegi main jejauh.

Nota – 2: Sape jumpe bugs… aku kasik DUA POSEN!