Alhamdulillah… akhirnya berjaya sampai jugak kat Hot Spring Sungkai. Seminggu sebelum tu dah overhaul kereta.. rabak jugak la. Abis dalam RM3K. Boleh dikatakan banyak komponen-komponen kat enjin dah pun ditukar baru. Termasuk juga sistem brake dan sebagainya. Risau jugak kalau kereta terbiar buruk terbelah dua. Beli bukannya murah… semua tu pakai duit. Kalau tak hargai tak tau la.
Berkat usaha Cik Adik tersayang, melayakkan diri untuk tercalon pergi hari keluarga terakhir PPUM 2011. Lepas ni PPUM tak buat dah hari keluarga luar dari kawasan Lembah Klang. Jadi rugi jugak la kalau tak pergi tahun ni. Sebenarnya… giliran kami untuk pergi adalah tahun lepas… jadi tahun ni kebetulan ramai yang tak boleh pergi.. mungkin rezeki Amirul kot.
Seronok-beronok-ronok bercuti dengan keluarga. Sehari semalaman duduk dalam hutan ladang kelapa sawit dengan tadek perkhidmatan internet dan sebagainya… itu dah tak penting lagi… yang penting rasa seronok. Sekali sekala “really away from keyboard”. Signal 3G Telco di sana cuma ada GPRS kalau menggunakan Telco Budak Kuning. Nak online pon malas. Nak live blog lagi tak konfident. Risau nanti post berdouble.
Dimulakan acara dengan Treasure Hunt.. kami sekeluarga dapat nombor dua. Cik Adik rasa macam tak percaya.. sebab sampai kat check point.. nombor kami nombor 6. Dia kata tadek harapan nak menang.. heheehe.. gelakkan jer la.. padahal untuk sesi treasure hunt tu.. walau dapat nombor satu.. tapi jawapan diberi salah.. kire tak menang jugak. Itu lah rezeki namanya.
Pada sesi malam pulak ada sesi persembahan dari unit-unit Sumber Manusia PPUM. Owh seronok tak terkata. Makan melantak punye bukan main.. Cik Adik masuk persembahan tarian berkumpulan.. Punnn… rezeki jugak.. kumpulan dia jadi juara… Masing masing balik dengan senyum lebar. Kalau tak, sebelum ni dok mengadu sakit pinggang la.. lenguh lenguh la.. mau taknye.. kalau menari kene ikut tema Bollywood… Tema malam tu.. tema Bollywood. Tapi ni banyak more kepada Muslimah Boolywood… (sumpah tak paham mazhab mane tah).
Gambar: Kolam Air Suam – Amirul pantang lepa… laju jer nak pergi main air.
Gambar: Kolam air sejuk – yang sangat sejuk.
Gambar: Kolam ni la orang rebus telur.. kolam ni gak orang rendam kaki.. Yakkhhtuiii~
Gambar: Kolam air suam – Dari Kolam Air Suam.. pergi ke kolam air sejuk.. lepas tu.. patah balik ke air suam.
Gambar: Statue air mata air.. tapi ni air panas.. batu-batu tu… buatan jer.
Besoknye pada Hari Ahad adalah acara bebas. Tapi makan masih lagi di tanggung oleh pihak pengelola dari sarapan pagi sampai lah ke makan tengah hari. Lepas sarapan pagi jer.. terus bawak Amirul pergi kolam. Macam biasa.. Amirul pantang nampak air.. Kalau boleh.. satu Hot Spring dia nak berendam.
Nota: Seronoknye boleh berpeluang bercuti macam ni. Semoga dikurniakan rezeki.. nanti nak sampaikan diri ke Tanah Suci bersama keluarga.. amin~
killerz
25/01/2012 @ 11:40 am
bestnye cuti x aja aq
wazy
21/05/2011 @ 2:13 pm
Seronoknya amirul bercuti
hehe
yas
19/05/2011 @ 2:26 pm
tak penah sampai lagi kat sini…biasa dengo citer, tgk pd tempat nmpk cam menarik gak ni
zamfoto
18/05/2011 @ 9:39 am
tempat ni mmg best dan berbaloi, kalau nak enjoy pegi time weekdays, weekend confirm penuh
last time pegi wifi available kat chalet dan coffee house, so takde masalah nak online 🙂
mijie
17/05/2011 @ 3:23 pm
wohooo seronoknya bercuti, jeles aku…takper next week giliran aku update blog gi bercuti lak, hahaha
yusri
17/05/2011 @ 1:21 pm
dekat je dengan rumah pak mertua saya tu der..tapi saya sekali pun tak pernah g
muhammad fakhruddin
16/05/2011 @ 11:29 pm
Suka ayat yang last sekali
Nota: Seronoknye boleh berpeluang bercuti macam ni. Semoga dikurniakan rezeki.. nanti nak sampaikan diri ke Tanah Suci bersama keluarga.. amin~
Amin ^__________________^
Cikgu Hairul
16/05/2011 @ 10:17 pm
Walala.. seronok tu. Mahal tak bro kalau guna duit sendiri?
Muhamad Azman Ishak
16/05/2011 @ 11:07 pm
Salam dan selamat hari guru.. cikgu…
kalau pakai duit sendiri.. rasanya kita mampu kot..
tapi tak sure la berapa.
hafidz
16/05/2011 @ 6:02 pm
macam terbaek jer bro tempat ni 😉
Muhamad Azman Ishak
16/05/2011 @ 8:03 pm
menarik dan terbaek. yup… sangat setuju.
iza
16/05/2011 @ 4:49 pm
Assalam…
Bestnya ditaja…
Selalunya kami guna duit sendiri je sbb tak ada sesiapa nk taja…
Kalau tak, tak merasa la nak berseronok…
Muhamad Azman Ishak
16/05/2011 @ 8:03 pm
wsalam….
Kami pon kire separuh ditaja PPUM.. separuh duit sendiri.
tapi berbaloi la. kalau nak harapkan duit sendiri.. tak tau la zaman
bila boleh pergi.
Twit N View
16/05/2011 @ 12:48 pm
sukanya amirul, tapi lagi suka abah nyer si amirul tu kan…hehe
Muhamad Azman Ishak
16/05/2011 @ 8:02 pm
tu la pasal. memang seronok la. tahun ni mungkin kampeni tempat kijer baru aku plak nak adakan hari keluarga kot.. tengok jer.. kalau ade rezeki. insyaallah~