Sebenarnya masa nak tulis entri ni aku dah lost habis nak kasik tajuk ape. Jadi untuk elakkan apa yang aku nak taip tu hilang, lantas aku tulis je karangan ni dulu. Dalam pada tu, aku rasa dah berat sangat bakul-bakul yang diberikan oleh jiran-jiran seberang terutama Kak Jie dengan Si Mijie. Kedua-dua in-title JIE ni sudah bahan aku kaw-makaw kat blog masing-masing.
Aku rasa mesti ramai jugak yang heran, termasuk jugak dok kata dalam hati (*apa yang aku cuma jangka ja*), pasai apa la dok pusing-pusing hangpa bercerita kesah kawan tu.. kawan ni. Pergi blog Mijie, cerita pasal aku…. pergi blog aku… aku dok gebang pasal kak Jie.. tawaf blog kak Jie plak, dua-dua kene tembak. Sebenarnya bukan ape, aku cuma rasa selesa dengan sempadan berkawan antara kami. Aku nak cerita pasal orang lain, aku tak berani… pasal aku blom cukup kenal sempadan berkawan dengan hangpa yang lain.
Kalau nak cerita macam mana kami kekalkan sempadan dan limit, serta batasan berkawan tu memang cukup susah. Tersentap berbagai… nak kaver tersentap tuuu…. semua ade seni tersendiri. Pokok pangkalnya ade daun dan juga akar. Akar kalau dah busuk, pokok pon nampak tak sihat. Hambik kau bahasa Sanskrit dah keluar kan. Ini lah masalahnya kalau dah lama tak membebel.
Dalam ku perhatikan pergaulan antara aku dan beberapa blogger rapat, ada jugak terbaca siulan dan kicauan soal JEMPUTAN dan UNDANGAN. Owh… aku nak habaq kat hangpa… Ini kira masalah kritikal dan tipikal dalam masyarakat kita yang serba moden ni. Nak mai rumah orang pon nak kene JEMPUTAN-kah? Rasanya dah kalau nak terlajak singgah mahupon saja nak datang bertandang ke rumah, tak perlu UNDANGAN berbagai pun. Dah jadi adat zaman-berzaman. Cuma di era sekarang ni kita kurang prektikkan je.
Kita semakin melupakan adat sebenarnya. Kita dok paku dalam kepala… “Brother ni haram tak pernah nak ajak aku datang rumah dia” atau “Asyik aku je datang rumah dia.. dia sekali pon tak jejak rumah aku”. Dalam konteks yang berbeza dua perkara di atas. Masalah utama, bukan tak mau ajak… hangpa nak mai.. habaq mai la. Rumah aku bukan rumah menteri yang mewajibkan nak kene buat temujanji berbagai atau perlukan undangan baru dibenarkan hadir. Tak perlu semua tu. Cuma kalau nak datang tu, habaq la siang-siang. Bukan ape, senang nak prepare ape yang patut.
Hangpa imagine la kan… suami isteri yang kedua-duanya keluar mencari rezeki mambantu sama sendiri untuk pendapatan keluarga…. Keluar pagi dan balik rumah sampai hampir lewat malam. Jadi boleh imagine lah kan macam mane SCENES 2012 tu mungkin hampir sama kat rumah mereka. Ye betuuuulll…. tak sempat chek nak kemaih rumah habaq hang. Lagi-lagi depa tadak BIBIK untuk membantu. Oleh itu, kalau kita faham dengan situasi sahabat kita macam ni, lebih elok la kita mai pada hari minggu… dan hubungi terlebih awal.
Kita habaq nak mai… tengok plak reaksi depa. Adakah mengalukan ataupon depa dok ada perkara lain (*alasan*). Sila jangan menaruh harapan untuk datang dan makan! Kebiasaannya… hangpa ni dok mai rumah orang… sambil berpikir… “Depa tak jemput mai.. sat lagi aku datang… jawabnya biskut kering sama kopi secawan la…” – YUP! Attitude Melayu. Kalau ade JEMPUTAN, maka mind-set makan mesti syok.
Apa yang aku boleh simpulkan la… rata-rata aku bertandang ke rumah rakan yang dah berumah tangga, tak pernah lagi aku makan biskut kering habaq hang. Paling koman depa mesti nak jamu sekurang-kurangnya bihun goreng.. meskipon bihun goreng kosong perencah telur. Ada inisiatif untuk hargai tetamu di situ, walaupon pada masa tu, depa kering Ya-Amat, tuhan saja yang tau. Seboleh mungkin nak jamu jugak tetamu depa dengan harapan tetamu yang datang tu boleh tampung perut sampai tiba di rumah mereka nanti. Itu dah jadi kebiasaannya.
Lainlah kalau kita bertandang rumah orang bujang. Aku bukanlah nak perlekehkan orang bujang. Idak la macam tu… hangpa sendiri yang dah kawin pon pernah alami zaman bujang. Jadi tak perlu estimate macam-macam. Additude macam ni yang dibawa oleh kebanyakkan orang bujang bila bertandang rumah rakan mereka yang dah kawin. Masih meletakkan dalam kepada soal JEMPUTAN, UNDANGAN dan MAKAN…. berterusan… sampaila minda mereka terbukak bila melangkah ke alam rumah tangga.
Eh kejappp weiii… aku sebenarnya nak cerita pasal kesah aku pi beraya rumah Kak Kujie… tapi pasai apa tah aku melalut sampai sini…. haku pon tak taw habaq hang. Dipendekkan cerita la… Kak Jie memang sangat WELCOMING tetamu yang berhajat nak datang ke rumah dia. Macam aku cakap… kita datang dengan niat nak ziarah atau niat nak makan? Cer tanya dalam diri sendiri. Kalau niat nak ZIARAH, jangan estimate la lontong, lemang, nasi minyak semua tu… KALAU ADA!!! ITU BONUS LA!
Tu la.. bila aku dah start menulis soal sensitip macam ni.. aku punye tersentap memang panjang kot.. sampai muntah la baca. Aku sendiri pon malas nak check berapa banyak TYPO aku kat semua perenggan kat atas tu. Eh.. Eh… Macam biasa la.. di akhir rancangan.. Ada la santapan mata selepas mengharung semua perenggan kat atas. Jom layan gambar!
NOTA: Berkawan di dalam talian sampai ke luar talian… ape-ape pon yang aku boleh simpulkan, masing-masing dah arif dengan perangai dan ego sesama sendiri. Boleh bezakan, mana yang boleh dibuat gurau, mana yang perlu dijaga privacy.
NOTA2: Minggu ni adalah minggu yang padat. Memang aku mengharapkan sangat kedatangan hujung minggu untuk berehat.
Kak Long Mawar Merah
06/10/2012 @ 10:42 pm
Saya telah membaca post ini.
sb
17/09/2012 @ 3:28 pm
Menarik juga shoot tuan..selamat hari raya
donnyien
16/09/2012 @ 10:56 pm
beo mijie pun ada ~ gambar2 yang menarik untuk di kongsi..
kujie
14/09/2012 @ 9:27 pm
tudiaaa…. sakan depa beletiaq, sampai tercabut kebod rasanya.
hehehe… kak jie ni tersentap jugalah bila ada yg cakap ” tak ajak pun..” sebab kak jie bukan buat open house. Kak Jie tak mampu buat open house sbb benda tu kena prepair lengkap makan minum segala…. mcm kita kena setting secukupnya.
tapi kalau orang ckp…’kak jie, kami nak mai’…kena sediakan sekadar mampu kita waktu tu .
kak jie sebenarnya tak berapa nak sihat tapi bila org nak mai rumah, teruih charger power boleh pi merayau sampai ke Btg Kali cari daun kesom je nak buat laksa…hihihi
Apa-apa pun, terimakasih.
puanbee
14/09/2012 @ 9:46 am
8 perengan intro ye … peh tu citer sikit je tang rumah kakjie tu ..ish ish ish .. saya tak kisah boleh je gurau2 , tk boleg garu2
Eizil
14/09/2012 @ 2:19 am
Panjang celoteh abang kita sebelum sampai ke isi utama artikel ni, apapun segalanya celotehan itu ada benarnya, ada kesempatan nanti nak gak gi melawat rumah rakan-rakan blogger ni…
mijie
14/09/2012 @ 1:02 am
Aku nak komen tang gambar last je haha boleh sbb yg lain aku malas nak sentap2 haha
Amboi ckp sejuk mcm muka mak dia ja, habis tu muka aku tak sejuk? Hahaha
Apa2 pun semoga ukhuwah kita terus utuh insyaAllah
azman
14/09/2012 @ 12:49 am
Dalam kontek berkawan ni macam2 benda kita kena pelajari,yang kita kena jaga hati dan perasaan kawan,tapi kawan2 pun kena buat benda yg sama juga.Aku punya prinsip berkawan tu biar sedang2 jek,tidak terlalu baik sgt,tidak terlalu rengang sgt.Sedang2 jek.
mommyNana
14/09/2012 @ 12:13 am
Bestnye beraya umah kak jie. Hehe. Ade kolam…pergh. Ni kalo anak sulung tau, mmg dia ajak gi. Hmm betul gak tu. Rata2 org ni Melayu bile mai umh, bab makan, mesti menu kene best. Sgtlah xsuke nk nyusahkan tuan umah. Dia jamu apa pun, kt santap la seikhlasnya. Niat kene betui la kan. Bajet tuan umah tu kt mana tau, cukup2 je tau. Malu kdg nk jmput org mai umh. Adui… Ada yg xpaham sbnrnye…ke mls nk paham? Tah…