Sepetang Bersama Blogger 2013 dah macam Red Karpet Artis tahuuu....
Sepetang Bersama Blogger 2013 dah macam Red Karpet Artis tahuuu….

Agak lewat jugak berbanding rakan-rakan yang hadir untuk aku melepaskan cacatan ni. Ini semua ekoran dok membelek je Facebok dari semalam. Kejap-kejap ade je update kat page DenaiHati tu. Tak dok diam.. ade je notification yang masuk ke henpon berbunyik. Kalau tak kat Facebook, kat WhatsApp.

Kak Kujie sedang menceritakan pengalaman beliau menjadi seorang blogger "mak-mak" hehehe...
Kak Kujie sedang menceritakan pengalaman beliau menjadi seorang blogger “mak-mak” hehehe…

Memang betul la kata Kak Kujie dalam Mini Forum Sepetang Bersama Blogger 2013 semalam… “Facebook ni membuatkan kita malas berblog”. Sebabnya, Facebook ni social media yang mudah. Taip sahaja URL Facebook, kemudian dari sana, dah boleh update berbagai.. daripada coretan peribadi, nota, TAGGING, muat-naik gambar dan sebagainya. Lepas tu, nak komen pon senang.. tak perlu nak isi form berbagai.

Ekoran dari fakta inilah yang banyak membuatkan blogger yang satu ketika dahulu sangat gah, kini tenggelam dek arus Facebook. Nampak kan? Sebenarnya aku sendiri hampir hanyut la jugak. Tapi motif dan matlamat sekarang ber-Facebook adalah untuk mengembangkan jaringan persahabatan dan NETWORK yang sedang aku bina. Membina penjenamaan sendiri bermula dari bawah bersama seorang lagi rakan kongsi.

Sesi Pendaftaran: AI MEDIA NETWORK. Foto kredit kepada AkuBioMed
Sesi Pendaftaran: AI MEDIA NETWORK. Foto kredit kepada AkuBioMed

Begitu banyak input yang aku dapat masa aku datang ke Majlis SBB2013 semalam. Aku rasa aku dah pon pecahkan kotak pemikiran yang selama ni mengongkong aku untuk bergaul di alam nyata. Bukanlah bermakna aku ni ada masalah sosial bergaul, tapi aku ni serupa macam Kak Jie, jarang mengikuti Event-Event untuk blogger. Rata-rata la aku tengok kebanyakkan dari mereka yang datang pon macam tu. Meskipon masih juga yang ada janggal dan malu-malu. Aku jugak tidak ketinggalan. Hampir nak menyorok bawak meja kau tahu…!!!

Foto Kreidit Kepada: MelastikBintang... dari kiri Kak Huda, Tuan Sani & Tuan Khir
Foto Kreidit Kepada: MelastikBintang… dari kiri Kak Huda, Tuan Sani & Tuan Khir

Perkongsian-perkongsian ilmu untuk rakan blogger yang hadir dihidangkan oleh Team DenaiHati bagi menjayakan program ni. Dari Mini Forum 1, Mini Forum 2 dan seterusnya ke kesah dan pengalaman Tuan Sani yang baru sahaja pulang dari Gaza. Terpanggil untuk aku memberi tumpuan mendengar cerita beliau sampai aku terlepas peluang untuk ambik gambar dia. Terkesima dengan kesah-kesah dan pengalaman beliau di sana.. Penceritaan yang digambarkan seolah-olah aku melihat apa yang dialami oleh rakyat Gaza.

Inilah dia antara barisan Official Blogger for Gaza, Malaysia
Inilah dia antara barisan Official Blogger for Gaza, Malaysia. Kredit Foto: Shakiddo

Perkara yang paling aku terkesima adalah, aku dilantik sebagai Official Blogger for Gaza begitu juga dengan beberapa teman blogger yang lain. Visi dan Misi agenda ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Malaysia dari sudut pandangan Blogger yang telus dan tulus tanpa sebarang pengaruh terhadap kesah-kesah yang sedang dialami oleh rakyat Gaza ketika ini. Aku cukup terharu dengan pemilihan ni. Rasa bertuah untuk dapat bersama berjuang walaupon dengan cara penulisan.

Selain daripada itu, aku di sini ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya mungkin ada diantara anda yang terselisih tak sempat aku nak tegur. Perasaan segan, malu dan respek kepada kamu yang lebih hebat dari aku memang begitu kuat.. memang tidak dapat aku ketepikan ketika di majlis semalam. Dalam pada tu, aku juga nak memohon maaf sebab tak tunggu waktu sesi fotografi dan beramah mesra di akhir majlis atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.

Namun sebelum aku habiskan catatan pada hari ni.. ini ade sedikit ole-ole kenangan kita semua semasa berada di Sepetang Bersama Blogger 20013 anjuran DenaiHati Network.

Brader yang pakai cap tu same datang lewat dengan aku.. hahahaha...
Brader yang pakai cap tu same datang lewat dengan aku.. hahahaha…
Antara blogger terawal dari Seberang yang aku jumpa. Bang Iwan dan Bang Dadan
Antara blogger terawal dari Seberang yang aku jumpa. Bang Iwan dan Dadan
Ni la dia abang blogger kita, AkuBiomed... tenung ape tu bang???
Ni la dia abang blogger kita, AkuBiomed… tenung ape tu bang???
Aman Firdaus - Founder of AMANZ.MY.. lepas ni harap jangan ade yang tak kenal dah.. hahaha...
Aman Firdaus – Founder of AMANZ.MY.. lepas ni harap jangan ade yang tak kenal dah.. hahaha…
Ini lah masalah dia, kalau orang GEEK jumpa flash.. (gambar kecil, adalah gambar ke dua)
Ini lah masalah dia, kalau bagi Aman Firdaus pegang flash untuk wireless mode.. (gambar kecil, adalah gambar ke dua)
Maafkan saya... anda berada dalam CANDID AI-MEDIA NETWORK
Maafkan saya… anda berada dalam CANDID AI-MEDIA NETWORK
Sesi Mini Forum Pertama SBB2013 yang di pengerusi oleh AbangEnsem
Sesi Mini Forum Pertama SBB2013 yang di pengerusi oleh AbangEnsem
Sesi Mini Forum Kedua terdiri daripada Yuyu Zulaikha, BroFramestone, Ikhwan Nazri dan Bang Iwan
Sesi Mini Forum Kedua terdiri daripada Yuyu Zulaikha, BroFramestone, Ikhwan Nazri dan Bang Iwan
Apalah yang dibisikkan oleh tuan Hj. Amir Hassan ni agaknye.
Apalah yang dibisikkan oleh tuan Hj. Amir Hassan ni agaknye.
Wakil MEDIA daripada RTM tutut membuat liputan SBB2013
Wakil MEDIA daripada RTM tutut membuat liputan SBB2013
Saya semeja dengan Abang KRUEL dan jugak Kak LoveyKatz
Saya semeja dengan Abang KRUEL dan jugak Kak LoveyKatz
MrKayMy ni dia nampak aku pengang kamera.. cepat-cepat dia berhenti mengunyah. hahahaha!
MrKayMy ni dia nampak aku pengang kamera.. cepat-cepat dia berhenti mengunyah. hahahaha!
Sukar untuk ku gambarkan dengan perkataan. Keadaan terkini Teratakarmo/Saudara Jejai
Sukar untukku gambarkan dengan perkataan. Keadaan terkini Teratakarmo/Saudara Jejai
Tahniah kepada Bang Iwan sebab tersenarai antara hadiah peraduan Gadget Impian
Tahniah kepada Bang Iwan sebab tersenarai antara hadiah peraduan Gadget Impian
Dawaihati Dadan jugak tak ketinggalan menerima hadiah. Berbaloi terbang ke Malaysia
Dawaihati Dadan jugak tak ketinggalan menerima hadiah. Berbaloi terbang ke Malaysia
Karl Syafiq sebagai pengacara majlis. Memang sah-sah la jadi smooth!
Karl Syafiq sebagai pengacara majlis. Memang sah-sah terasa betul-betul macam kat RED-CARPET for Blogger!
Hasil kerja keras Puan Bee, orang kata dia slim sekarang ni... weeeiiiiweeiiitttt!!!!
Hasil kerja keras Puan Bee, orang kata dia slim sekarang ni… weeeiiiiweeiiitttt!!!!
Owhhh myy... Acik Jie kita dapat hadiah cabutan bertuah tu...
Owhhh myy… Acik Jie kita dapat hadiah cabutan bertuah tu… senyum meleret aihh~
Kompilasi Foto Sepetang Bersama Blogger 2013 - 1
Kompilasi Foto Sepetang Bersama Blogger 2013 – 1
Kompilasi Foto Sepetang Bersama Blogger 2013 - 2
Kompilasi Foto Sepetang Bersama Blogger 2013 – 2

NOTA: Di sini aku mengambil kesempatan, nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada DenaiHati Network sebab menjemput aku dan Ikram Baharum selaku wakil AI MEDIA NETWORK untuk turut sama memeriahkan majlis SBB2013 pada tahun ni. Jasa baik tuan memang tak boleh dilupakan.