Satu ketika dahulu, kalau nkorang nak tahu, permainan TAG antara blogger sesama blogger adalah sangat popular. Aku tak tau lah blogger zaman sekarang ni tau ke idak permainan tu. Permainan ini bukan saya untuk memperkukuhkan backlink sesama blogger, malah memantapkan juga persahabatan yang sedia ada.

Kalau dulu, blogger suka ajukan soalan bukan-bukan, sampai berjela-jela orang yang kene TAG tu nak reply balik. Kemudian, sapa yang kene TAG tu, kene pulak TAG rakan yang berikutnya, disamping memasukkan kembali LINK orang yang pernah TAG beliau sebelum ni.

Disebabkan permainan pada kali ini, aku yang mulakan. Jadi aku tanak rosakkan keharmonian dengan permainan TAG soalan. Permainan kita pada hari ini adalah mudah. Anda ada BEG? Beg pergi kerja ke, beg yang selalu anda bawak ke… ada? Ok, APA ADA DALAM BEG ANDA?:

  1. Keluarkan segala isi perut dalam beg kesayangan anda tu.
  2. Susun atur elok-elok dalam susunan GRID yang paling kreatif
  3. Ceritakan nama-nama setiap satunya.
  4. Sapa yang kene TAG, selesaikan tugasan dan TAG 5 orang rakan anda yang lain.
Apa yang nkorang bawak hari-hari? Sila jujur ye... kalau tak jujur, maka tak best la permainan ni.
Apa yang nkorang bawak hari-hari? Sila jujur ye… kalau tak jujur, maka tak best la permainan ni.

Kalau ikutkan aku, ini lah beg yang aku bawak hari-hari untuk pergi ke tempat kerja. Kalau tak bawak beg, rasa bosan pulak. Lenggang Mak Limah je kurasakan. Baiklah, dari satu hingga 11. Jom aku terangkan:

  1. LowerPRO Bag
  2. Gaviscon Tablet (Ubat Multipurpose, gastrik, pedih uluhati dsb)
  3. Bisness Card – Ai MEDIA Network
  4. Power Bank
  5. Canon 60D + 85mm f1.8
  6. Mobile/Smartphone Multi-tripod
  7. Universal IR dSLR Remote
  8. Lighter
  9. Silicon Gell
  10. Extra memory card (8GB Class 10)
  11. Canon Lens – 50mm f1.8

Dengan ini saya nak TAG rakan-rakan saya yang berikut:

  1. Sham Hardy – Sebab beg dia pergi kerja bapak ar berat nak mampus weh
  2. Azman Ismail – Aku tak tau apa yang bangman bawak, leper memanjang beg kamera dia
  3. Cikgu Muktasim – Nak gak mengusha-ngusha beg Jurufoto Perkahwinan ni.
  4. Encik Mustafa – Boleh dikategorikan sebagai Blogger Tourism Malaysia.
  5. Tarmizi Shukri – Opkos la… cikgu kamera saya ni. Mesti nak tahu.

Kepada anda yang kene TAG kat atas, Sila tag 5 lagi rakan anda, dan jangan lupa link URL entri ni sebagai sources of TAG ok. Sambil-sambil nkorang tadek idea nak update blog kan. Jom kita main TAG! Sapa yang tak kene TAG, tapi nak mulakan idea TAG sebegini, pon boleh jugak. Sambil-sambil kita kenal, kita dapat backlink dari kawan-kawan. Ape lagi.. GERAK SEKARANG! Hahahaha…