Pengacara Majlis Youth Collective. Sementara yang blur tu, si Sham Hardy yang tak boleh hidup tanpa internet
Pengacara Majlis Youth Collective. Sementara yang blur tu, si Sham Hardy yang tak boleh hidup tanpa internet

Hari ni aku ikut dunia Sham Hardy. Seawal pagi dia dah “culik” aku untuk teman dia pergi tangkap gambar event. Aku yang kebetulan pada hari ni, amat lapang dan tadak kerja, ikut je la. Dah orang sanggup ambik kita dan bawak kita kan. Apa salahnya kita belajar untuk kenal dunia orang jugak.

Wak Doyok melayan peminat
Wak Doyok melayan peminat

Pada awal pagi kami di Publika. Dah la malam kemarin siap melebam sampai ke pagi. Amoiiii, mengalahkan orang bujang. Jangan takut, acik dah siap-siap mintak permit kat MEM besar untuk keluar bersosial sekali sekala. lagipun, bukan pergi tempat tak senonoh.

Bacaan sajak dari peserta. Soal ku, "mereka ni ada persatuan penyajak jugak eh Sham?"
Bacaan sajak dari peserta. Soal ku, “mereka ni ada persatuan penyajak jugak eh Sham?”

Elok lepas Zohor, kami gerak pulak ke RUANG, yang bertempat di Subang Jaya. Di sana ada berlangsung acara anjuran iM4u bacaan sajak dan puisi mengenai keprihatinan Rakyat Malaysia amnya terhadap kejadian yang berlaku kepada Pesawat MH370. Turut hadir dalam acara ini, adalah penanyi RAPPER negara iaitu Altimet untuk memberi sokongan dengan menyampaikan lagu dan puisi.

Dari apa yang aku perhatikan, mereka sangat akrab antara penyajak-penyajak yang hadir. Seolah satu komuniti sama seperti blogger.
Dari apa yang aku perhatikan, mereka sangat akrab antara penyajak-penyajak yang hadir. Seolah satu komuniti sama seperti blogger.

Pada aku, ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup aku macam katak yang baru keluar dari bawah tempurung. Belajar pulak cara orang lain menjalankan kehidupan sosial mereka. Agak terkujat sebab aku tak pernah menghadiri majlis bacaan puisi atau sajak yang macam ni. Namun pada aku, ianya satu pengalaman yang sangat beharga.

Brader ni prektis dulu. Tuning siap-siap. Lepas ni nak perform.
Brader ni prektis dulu. Tuning siap-siap. Lepas ni nak perform.

Hari ini belajar satu lagi perkara dalam hidup, kita takkan kenal akal dan fikiran manusia yang lain selagi kita tidak berada pada kelompok mereka. Dalam dunia yang terbentang luas ni, ada bermacam-macam kehidupan selain “kehidupan di bawah tempurung kita”. Setelah keluar ke dunia orang, kini aku kembali ke tempurung aku balik, sambil memikirkan takjubnya pengalaman pada hari ni.

Hasil kata-kata semangat dan harapan untuk Pesawat MH370 agar kembali dengan selamat
Hasil karya seni kata-kata semangat dan harapan untuk Pesawat MH370 agar kembali dengan selamat
"Doa dan harapan"
“Doa dan harapan”
Model yang kene paksa. Lepas tu aku salah composition. Haduiihhh.. Sorry Sham!
Model yang kene paksa. Lepas tu aku salah composition. Haduiihhh.. Sorry Sham!
We are here! So lets Selfie-WeFie :p
We are here! So lets Selfie-WeFie :p
Brader Altimet yang rancak membawakan lagu "Syukur"
Brader Altimet yang rancak membawakan lagu “Syukur”
Amir Jahari dengan lagunya: Tanpamu
Amir Jahari dengan lagunya: Tanpamu
Sementara keadaan diluar, Penggiat seni sedang menyiapkan mural
Sementara keadaan diluar, Penggiat seni sedang menyiapkan mural

NOTA: Minggu depan apa plak eh? Rasa macam nak rehat la dulu. Boleh tak? Kekekeke… tapi kalau kene culik lagi sekali, aku tak jamin kat mana pulak lokasi yang aku akan terjah. Capai kamera dan JOM!