Sebenarnya aku masih lagi pasif macam sebelum-sebelum ni. Belum kutemui kekuatan nak menulis blog. Nak aktif macam dulu tu agak payah lah. Lagipon sekadar cerita dalam kain yang tak keterlaluan jer.. tak semua orang nak baca. Awak bukan artis pon yang orang sebok nak ambik tau kan. Ape pon.. kembali kepada fitrah berblog zaman dulu-dulu – “Aku menulis pasal…. aku punye pasallllaaa…”
Series best zaman blogspot. Aku nak blink-blink ke.. aku nak iklan penuh satu page ke.. aku nak maki hamun Internet selow macam lahanat ke… tu semua aku punye suka. Kau suke? Kau boleh baca dan kongsi sketsa hidup kau dengan aku. Kalau tak suke.. cepat-cepat carik site lain. Zaman tu bukan zaman mencarik popularity. Ketika tu…. aku dan rakan penulis lain cuba berhubung dan memahami karekter masing-masing melalui idea dan gaya penulisan.
Kadang-kadang apa yang kita cuba gambarkan terhadap seseorang melalui penulisan dia… ianya adalah jelas terbalik sama sekali. Kau sangka dia sombong… mengalahkan artis… padahal orang tu elok jer bertegur sapa bila berjumpa kat dunia luar. Inilah uniknya dunia blog satu ketika dulu. Lama kelamaan semakin pupus… dan semakin pupus keharmonian rumahtangga dalam berblog? *apakah? tadek kene mengena ok!*
Kalau zaman dulu…. kita kagum dengan blogger tu.. sampai nak komen kat blog dia pon segan… just bace jer… kalau di komen kang orang cakap – “Ni blogger baru tak pandai bagi salam ke?” Orang tak cakap cam tu… tapi keseganan kita yang membuatkan kita terasa macam tu sebab hormat atau RESPECT!. Sikap sentiasa hormat pada yang lebih terdahulu memang aku kagum gak la masa tu. Tapi sekarang… kau tengok la. Siap ade keluar statement: –
“Twitter adalah tempat di mana anda boleh menyampok cakap orang tua tanpa dapat pelempang.”
Tanpa belas ikhsan aku jawab dengan selambe:-
“Cubalah kat dunia luar kalau kau nak aku realisasikan pelempang itu.”
Peredaran dunia dan perubahan masa tak pernah nak tunggu sapa. Kalau kau lambat… kau lembap… kau malas… memang tercicir la jawabnya. Seperkenalan aku dalam dunia Blogger ni.. aku tak sangka pon yang pada hari ini aku telah mampu menghasilkan applikasi web aku sendiri dengan menggunakan code PHP. Mana nak percaya aku ni kini hampir bergelar seorang web progremmer.
Pengiktirafan yang aku berikan pada diri sendiri sebab tadek sapa nak tolong angkatkan bakul untuk aku. Usaha aku… berkat bantuan rakan-rakan yang tak pernah jemu la kasik semangat untuk aku terus maju. Pendek kata.. semuanya bermula dengan perasaan ingin tahu. Tak rugi belajar menulis blog.. tak rugi belajar godek-godek setting blog. Kalau blog ter-“DROP” table mySQL tu.. aku rasa dah berpuluh kali blog aku di-“RECYCLE” jadi blog baru. Mujur ade buat backup.
NOTA: Akhir kata… aku sebenarnya tak tau ape kemende aku merepek pagi ni.. nak cerita pasal gambar.. lepas tu kelaut!
kerja kosong
01/10/2011 @ 5:07 pm
Ya bro perlahan2x sahaja.. yang penting kumpul spirit baru dahulu bro..
wazy
25/09/2011 @ 3:57 pm
tak apa bro,nanti perlahan-lahan muncul la semangat berblog tu
megat
23/09/2011 @ 4:28 pm
yalah man, aku pun seolah-olah dah hilang mood nak menulis. keinginan masih tinggi, idea pun banyak tapi liat nak menulis.
mungkin salah satu perkara yang aku terbawak-bawak adalah lambakan blog yang wujud sekarang. bagi aku semakin tidak telus dan berkecamuk jadinya.
entahlah, biarkan mereka dengan cara mereka dan kita kekalkan cara kita. bukankah cara kita buatkan silaturrahim antara kita terjalin? hehe.
Kujie
23/09/2011 @ 12:05 pm
bukan senang nak mengekalkan prinsip dan cara kita yang tidak mengikut tren terkini.
blog kak jie blog peribadi – masih mencuba mengekalkan kisah peribadi dan paling mengelak kisah artis dan hiburan.
wandisini
23/09/2011 @ 11:43 am
suatu masa dulu pun. semasa menggunakan blogspot, aku pernah dapat hadiah berupa sebuah key-chain dari azman. contest apa ntah, aku lupa lak
mijie
23/09/2011 @ 11:07 am
azman ko sebenarnya nak berlagak site link blog ko banyak kan, cisss benci aku