
Dalam dok demam, masih gagak nak taip entri. Waktu kala ni, anak-anak dah pun tidur. Jadi sementara idea dok mencurah umpama limpahan coklat di ladang gandum tu.. ada baiknya aku kongsikan kat sini pengalaman semasa aku kat Kuantan minggu lepas.
Bandar Kuantan adalah bandar yang asing untuk aku. Meskipun aku berasal dari Pahang, tapi tak semua pelusuk Pahang tu aku dah jelajah. Sila la gelak kalau aku katakan Taman Negara Pahang pon aku belum pernah jejakkan kaki kat sana. Tapi, dalam hati dah bercita-cita nak kumpul duit nak pergi Krabi. Hahahaha.. ape boleh buat passion mengatasi segala-galanya. Lagipun, aku mana pernah naik kapal terbang. Kesian kan? Gelak la tu T___T
Untuk siri jalan-jalan pada minggu lepas, sebenarnya aku temankan kekande aku. Dia mintak tolong drive ke Kuantan sebab nak tengok anak perempuan dia yang belajar kat IKIP Kuantan. Dah memang kebetulan pulak hari yang dia ajak tu, time aku dah gaji. Jadi kiranya plan up jadi je la.
Time nak pergi baru nak booking hotel. Ini satu masalah jugak. Nak carik budget hotel pada malam 31 tu memang hancur sama sekali. Apa yang tinggal cumalah hotel-hotel yang agak “class” dan “branded” gitu yang diiklankan diinternet. Paham sajalah bila dah time terdesak, kebetulan 1st Jun merupakan hari cuti umum, semua hotel pakat tekan harga. Baru sekejap je searching kat Agoda, jumpa hotel dalam RM200±, ingatkan dah mahal, carik yang lain dulu… bila patah balik, dah habis dibooking. Owh malang sungguh. Hotel yang tinggal cume hotel kebanggaan Kuantan :p
Tinggalkan kesah hotel, berbalik kepada jalan-jalan. Aku memang sebenarnya kalau boleh, nak jadikan rutin bulanan keluarga aku, keluar dari Kuala Lumpur sebulan sekali. Refresh balik minda, renew balik kasih sayang. Kadang-kala terperuk kat rumah tanpa pergi mana-mana boleh mendatangkan kebosanan. Jadi amik initiatif keluar dari rumah bersama keluarga.. dan lapangkan minda. Biar anak bermain sepuas-puasnya tanpa batasan.
Ok, idea aku dah tersumbat same macam tersumbatnya hidung pada malam ni. Jom kita pakat layan gambar je la. Demam-demam ni saje warmup jari. Kasik eksesais sikit untuk keluarkan peluh.












NOTA: Ok kot banyak ni? Tak larat dah nak upload gambar banyak sangat. Ade berita terkini.. ppsttt… ura-ura ada pengambaran untuk siri BloggerBoy? Betul ke? Tungguuuu
21/06/2013 @ 6:33 pm
bagus-bagus potonya,,,
Mus
13/06/2013 @ 12:51 pm
Saya telah membaca post ini.
13/06/2013 @ 12:49 pm
suka gambar rusa tu..
11/06/2013 @ 3:52 pm
Ni mesti ada gambar paparazzi yang hang tak tunjuk kat sini kan…kan…kan….
10/06/2013 @ 8:53 am
kalau pi dgn family mmg kena booking hotel buat perisiapan, lain kalai pergi sorang dua boleh kaw team nak lepak mana kalau hotel tak dak , kan..
tapi time tu mmg kena sgt dah peak session…kena sembelih lah…
08/06/2013 @ 11:33 pm
Jom gi Krabi hehehe……Had Nyai pon best 🙂
08/06/2013 @ 11:47 pm
amboih.. kemain orang tu ye kalau ajak ke sebelah sana :p hahaha.. larikk~
munir ardi
07/06/2013 @ 6:12 pm
Saya telah membaca post ini.
07/06/2013 @ 6:12 pm
senangnya bisa jala-jalan bersama keluarga apalagi ketempat seronok macam Zoo
08/06/2013 @ 11:49 pm
betul tu bang munir. puas melihat anak-anak gembira sambil berlari-lari 😀
07/06/2013 @ 4:09 pm
okay temankan sambil berehat…semoga cepat sembuh..
08/06/2013 @ 11:51 pm
alhamdulillah.. dah semakin beransur sembuh 😀
07/06/2013 @ 10:53 am
Bro Titan suka umpan orang terdesak. 🙂
titan
07/06/2013 @ 6:23 am
Saya telah membaca post ini.
07/06/2013 @ 6:22 am
peh, rajin hang menembak.