Peserta Jom Outing 3 - Semoga kita berjumpa lagi. Anda semua memang best!
Peserta Jom Outing 3 – Semoga kita berjumpa lagi. Anda semua memang best!

Alhamdulillah, akhirnya selesai la sudah segala penat lelah dari Team Ai Media Network dan Saudara Tarmizi Shukri untuk menjayakan projek Jom Outing di Taman Botani Putrajaya.

Di kesempatan ini, saya selaku wakil kepada Team AI MEDIA NETWORK ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya atas sambutan, fasiliti seperti dewan kuliah, kemudahan asas lain, input dan maklumat… dan bermacam-macam lagi la  yang diberikan kepada pihak kami. Kalau nak disenaraikan memang tak cukup satu blog post.

Beliau adalah Encik Zakaria. Perkongsian beliau dalam ilmu Botani dan fotografi boleh buatkan anda terkedu.
Beliau adalah Encik Zakaria. Perkongsian beliau dalam ilmu Botani dan fotografi boleh buatkan anda terkedu.

Terima kasih juga tak lupa kepada Tuan Kamaruzzaman, Cik Anita dari Perbadanan Putrajaya dan juga Encik Azlie. Dan yang paling tak lupa adalah Encik Zakaria selaku incharge besar Taman Botani Putrajaya. Beliau bukan sahaja pakar dalam botanical aspect, malah pakar dalam mengendalikan kamera. Nak ambil gambar pokok pon kene ada tekniknya.

Cikgu Tarmizi Shukri. Saya suka panggil dia cikgu. Walaupon dia bukan cikgu. Rasa lebih mesra cenggitu. Walaupon beliau lagi muda dari saya.
Cikgu Tarmizi Shukri. Saya suka panggil dia cikgu. Walaupon dia bukan cikgu. Rasa lebih mesra cenggitu. Walaupon beliau lagi muda dari saya.

Segala perkongsian yang kami terima dari Encik Zakaria, Saudara Tarmizi dan juga rakan-rakan yang lain sangat-sangat la terbaik. Kalau nak diceritakan, saya boleh kata… Rugi nkorang tak join. Hahahaha… Banyak juga ilmu fotografi yang saya timba kali ni daripada Encik Zakaria sendiri dan juga saudara Tarmizi Shukri secara langsung dan tak langsung.

Walaupon penat.. tapi masih mampu tersenyum bila di suruh berposing. Hehehehe...
Walaupon penat.. tapi masih mampu tersenyum bila di suruh berposing. Hehehehe…

Seterusnya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada warga kerja AI MEDIA NETWORK atas penglibatan anda semua dalam menjayakan projek ini. Kalau tak da nkorang semua… kita tak dapat capai impian kita. Anda semua memang terbaik.  Tak lupa juga terima kasih kepada hadirin-hadirat semua yang hadir. Segala kekurangan, saya dahulukan dengan memohon maaf kepada anda semua.

Cakap saja… mana gambar? Jom layan. Tiada caption.. anda bagi sendiri. Ada banyak gambar saya yang sangat ke laut. Saya terlampau teruja. Lebih-lebih lagi kita ada otai Photographer iaitu Encik Zakaria… saya terus jadi NOOB. Empty my cup so that other can pour a cup of hot tea for me 😀 Cheers~

Saya memang teruja nak dengat penerangan dari Encik Zakaria.. tapi dalam masa yang sama.. saya kena menyiapkan tugasa.
Saya memang teruja nak dengar penerangan dari Encik Zakaria.. tapi dalam masa yang sama.. saya kena menyiapkan tugasan.

 

Pada saya, Encik Zakaria bukan sahaja memberi input dalam botani, malah berkongsi ilmu macam seorang bapa  dengan anak-anak. Beliau tak lokek ilmu.
Pada saya, Encik Zakaria bukan sahaja memberi input dalam botani, malah berkongsi ilmu macam seorang bapa dengan anak-anak. Beliau tak lokek ilmu.

 

Nama model ini adalah Intan dan dia suka pegang payung. Maka ini adalah gambar Intan Payung yang sebenar. Kau ada? Hahahaha....
Nama model ini adalah Intan dan dia suka pegang payung. Maka ini adalah gambar Intan Payung yang sebenar. Kau ada? Hahahaha….

 

Kita takkan memahami seni seseorang kalau kita tak cuma memahami dan pelajari.
Kita takkan memahami seni seseorang kalau kita tak cuma memahami dan pelajari.

 

Saya tak ada gambar bunga. Ini aja yang ada.. itu pon sebab nak buat contoh composition. Tapi...... hahahaah compo ke laut.
Saya tak ada gambar bunga. Ini aja yang ada.. itu pon sebab nak buat contoh composition. Tapi…… hahahaah compo ke laut.

 

Ok lah.. ini gambar yang "pengelas". Semoga berjumpa lagi ok!
Ok lah.. ini gambar yang “pengelas”. Semoga berjumpa lagi ok!

Gambar yang ada kat dalam blog ni hanya sedikit sedutan dari koleksi peribadi. Kalau nak lebih, anda boleh dapat di: