Terlebih dahulu saya selaku wakil dari pihak AI MEDIA NETWORK, nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Ninetology, sebab memberi peluang kepada pihak kami untuk mencuba sendiri telefon pintar mereka Ninetology U9R1.
Untuk siri review ni, saya berkesempatan untuk membuat MACRO Photoshoot review tentang kekemasan penghasilan produk U9R1 ni. Kalau nak buat review mengenai software atau spesifikasi, saya yakin, dah terlampau ramai sangat yang buat review pasal tu.
Review spesifikasi ringkas mengenai produk Ninetology U9R1 ni anda boleh semak pada catatan saya yang lepas. [Klik di sini untuk membaca]. Nak tengok macam mana komponen-komponen U9R1 apabila diambil dengan menggunakan EXTENSION TUBE dan dSLR? Jom layan gambar kat bawah.
Secara keseluruhan dan secara peribadinya, Ninetology U9R1 adalah sebuat smartphone yang mampu milik. Harga dipasaran adalah RM799.00. Penggunaan aplikasi yang kurang LAGGING berbanding smartphone Android yang lain. Mungkin juga kerana ianya baru atau masih tidak fully optimize dengan perisian yang lain.
Namun begitu, terdapat kelemahan kepada kamera, terutama masalah “PINK/RED TINT” dan juga shutter lag. Ia merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna aplikasi kamera smartphone ANDROID.
Kepada sesiapa yang inginkan pihak AI MEDIA NETWORK bersama crew membuat review dan liputan, anda boleh hubungi kami pada ruangan komen yang disediakan atau terus hantarkan email kepada ask[@]aimedia.my
Firdaus Azizi
04/01/2014 @ 4:33 pm
Pergh! Lawa betul gambar yang ditangkap dengan extension tube 😀
Memang terbaik!
hazman aka species1980
03/01/2014 @ 3:46 pm
GAMBAR MEMANG HEBAT BRO…. tapi apsal takde model telefon nie…. hik3x
Mus
31/12/2013 @ 11:37 am
bro.. nak request 1,
ajar cara guna extention tube.. 🙂
gambar atas tu smart habis..
Azman Ishak
02/01/2014 @ 10:50 pm
hahahaa jangan macam tu encik mus. malu saya dengan permintaan tersebut. kalau orang lain yang request, saya boleh tunjuk.. kalau anda, saya segan la… sebab ilmu kurang di dada.
wazy
29/12/2013 @ 5:11 pm
Wah….memang terbaiklah gambar-gambar ni
akubiomed
28/12/2013 @ 11:13 pm
Tu dia baq hang. Sampai habuk pun capture sekali. 🙂
titan
28/12/2013 @ 8:54 pm
pehh..detail betul gambarnya nih.
MK Kimi
28/12/2013 @ 8:16 pm
tu baru extension tube dah nmpak detail camtu…fuhh