Aku ni kalau nak bercerita pasal fotografi ni, sebenarnya aku cukup seriau. Ye lah kan, manakan tidak… sekarang semua maklumat di hujung jari. Kalau kau salah bagi fakta, sah sah kene tembak dengan orang lain. Walaupon orang tu tak mahir dalam sesatu bidang. Tak sampai seminit, dia boleh jadi pakar dengan bantuan internet. Macam MATRIX. Download je informasi yang dikehendaki.
Bila bercerita mengenai LOW KEY PHOTOGRAPHY, ianya dalam bahasa mudah adalah teknik penguasaan pencayaan dan pembayang. Sila abaikan segala script yang nkorang google, sebab ini adalah script aku reka sendiri dari kefahaman aku. Jika salah, mohon betulkan fakta beserta LINK yang sahih supaya kawan-kawan lain boleh mendapat input bermanfaat.
Malam ni sebenarnya aku ternampak saudara Potia kita tu, dok menayang water color bunchoh dia dalam latar belakang hitam. Aku pon rasa gian nak petik kamera malam ni. Jadi… terus saja aku capai speedlight, pinjam Spiderman anak aku… dan mulakan latihan menembak.
Istilah LOW KEY ini bukanlah bermaksud under expossed, sebaliknya ia adalah teknik pantulan cahaya dalam keadaan gelap. Untuk mendapatkan bahan bacaan yang lebih tepat dari penerangan merapu aku ni, aku sarankan nkorang semua klik pada pautan ni.
Nota: Gambar yang dipaparkan sekadar latihan aku. Ianya bukan contoh terbaik untuk LOW KE”Y. Semua gambar ni aku dah edit pakai lightroom. Sebabnya… sebab gambar ini sebenarnya atas meja komputer aku jer yang berlatarbelakang-kan screen LCD komputer.
akubiomed
05/05/2014 @ 1:43 pm
Perasan kalau cerita thriller mesti ada teknik low key untuk mengambarkan adengan suspen.
Neu
03/05/2014 @ 9:47 pm
menarik sekali teknik low key ni , guna apa-apa subjek atau benda terus nampak cool habis
Hairul Azni
03/05/2014 @ 1:50 pm
Nampak macam best je nak try..mainan anak2 banyak ni..hehe
Azman Ishak
04/05/2014 @ 2:51 am
hahaha cuba jangan tak cube. tapi nanti jangan berebut dengan anak plak ye.
Mus
03/05/2014 @ 6:23 am
Teracun juga nak try low key ni.. biasa main high key jer..
Spiderman tu mmg best bro.. gambar cantik.
Azman Ishak
03/05/2014 @ 12:33 pm
terima kasih encik mus. sebenarnya fotografi macam ni agak rilek. sebab kita duduk depan subjek dan dalam rumah atau bilik je. lama macam mana pon tak pe.