AzmanIshak.Com

Amaran: Blog ini adalah blog orang dewasa je.

  • Home
  • Info
  • Peribadi
  • Galeri
    • Anak
    • BigPicture
    • Fotografi
  • Promosi
  • Tips
    • Info
    • Komputer & Informasi
    • Blog & Tutorial
  • Sitemap
  • Hubungi Saya
  • AIMEDIA
  • 19/04/2018
You are here: Home / Fotografi / BigPicture / Hotel De Art Shah Alam, hotel yang berdekatan dengan i-City

Hotel De Art Shah Alam, hotel yang berdekatan dengan i-City

28/04/2014 by Azman Ishak 20 Comments

Hotel-The-Art-Shah-Alam-50

Pertama kali jugak menjejakkan kaki kat hotel ni.

Alhamdulillah, minggu lepas aku berpeluang untuk bawak keluarga pergi bercuti hujung minggu. Keluar dari kawasan kota. Sungguh lepak bila dapat berjauhan dari kalut hidup kat bandar ni. Destinasi kami pilih minggu lepas adalah di Hotel De Art Shah Alam.

Ruang pakir dan juga kawasan kejiranan yang diyakini selamat

Ruang pakir dan juga kawasan kejiranan yang diyakini selamat

Dalam banyak-banyak lokasi, kenapa dekat Hotel De Art Shah Alam yang aku pilih? Mesti ramai heran. Seperti biasa, kriteria aku dalam pemilihan tempat penginapan untuk aku bercuti, aku mesti pastikan beberapa perkara wajib:

  1. Parking yang mudah diperolehi
  2. Kawasan parking yang lapang, dan mudah untuk dipantau
  3. Kawasan parking yang tidak dikenakan bayaran
  4. Kawasan penginapan dekat dengan kawasan makan
  5. Tidak terlampau sibuk atau terlampau kosong.

Dan lagi… dan lagi… kalau hendak aku ceritakan kriteria aku, boleh aku katakan, lokasi Hotel De Art Shah Alam memang antara hotel yang berada dikawasan yang strategik. Sampaikan kemudahan klinik swasta pon ada terletak di kawasan berdekatan. Kebetulan anak aku Amirul Azhar batuk teruk malam dinner aku bersama keluarga, terus je aku bawak pergi klinik. Siap ada perkhidmatan untuk sedut GAS. Dapatlah Azhar nyenyak tidur malam tu kat hotel. Kalau tak, batuknya buat hati aku risau.

Lobi hotel yang sangat meriah.

Lobi hotel yang sangat meriah.

 

View Hotel De Art Shah Alam in a larger map

Bercerita sikit mengenai Hotel De Art Shah Alam ni, jika nkorang perhatikan daripada peta yang aku sertakan kat atas, lokasi dia memang dekat dengan UITM Shah Alam. Aku ni tadek la pakar jalan sekitar Shah Alam. Untuk menyampaikan kat kawasan ni pon, aku pakai waze. Tapi, sungguh ternyata mudah nak jumpe.

Selain dari UITM Shah Alam, Hotel De Art ni jugak dekat dengan I-City, kawasan membeli belah sekitar Shah Alam… dah tu apa lagi yang nkorang nak. Owh tak lupa juga berdekatan dengan Wet World. Semua dalam kawasan kejiranan yang berdekatan. Jadi aku nasihatkan, sapa yang bercadang nak bercuti di Shah Alam, boleh la rancang perjalanan nkorang.

Ini adalah bilik untuk aku dan keluarga aku menginap

Ini adalah bilik untuk aku dan keluarga aku menginap

Dari kawasan luar masuk ke dalam hotel… sewaktu bukak pintu adalah satu ekspressi suprise awalan yang kebiasaannya bagi pengunjung hotel. Memang ternyata aku “impress” dengan hasil dekorasi dalaman Hotel De Art Shah Alam ni. Feeling yang menggambarkan “bilik itu menyambut tetamu” memang dapat dirasakan. Memang well perform.

Aku difahamkan Hotel De Art Shah Alam ni mempunyai 58 buah bilik. Dan dengan jumlah ini juga mereka mendekorasikan bilik-bilik mereka ini kepada 58 tema yang berlainan. Disebabkan ini juga nama De Art itu tercipta barangkali.

Bersama keluarga dan Crew AI MEDIA NETWORK. Acik sambut besday!

Bersama keluarga dan Crew AI MEDIA NETWORK. Acik sambut besday!

Sebenarnya juga pada hujung minggu lepas, kebetulan keluarga abang ipaq dari Kedah nak mai rumah sebab nak hantar anak pergi masuk askar di Port Dickson. Tapi disebabkan kami dah plan nak menginap kat Hotel De Art Shah Alam ni dah lama, maka aku tempahkan la juga bilik untuk mereka sekeluarga. Kebetulan jugak minggu lepas kan masih dalam krisis air, jadi risau jugak la kalau ada tetamu nak datang bermalam di rumah.

Mujur la pakej Family Room pon tak mahal. Untung dapat bawak keluarga abang ipaq mai jalan-jalan sekali. Dah alang-alang diaorang nak datang. Bukan senang diaorang nak singgah ke Kuala Lumpur, kalau tadak hal ape-ape.

Ini kalau ada anak perempuan ni... aku tak tahu lah macam mane jadi. hahaha

Ini kalau ada anak perempuan ni… aku tak tahu lah macam mane jadi. hahaha

Memang nampak santai habis la bilik ni kan?

Memang nampak santai habis la bilik ni kan?

Selain daripada tu, kalau nak tahu, terdapat jugak bilik yang berkonsepkan Hello Kitty. Aku rasa, kalau ada anak perempuan… konfem aku booking bilik ni untuk dia dengan mama dia je. Untuk anak lelaki, dah tentu la ikut abah dia… bersantai kat bilik Star Wars… hahahah. Kan? Macam menarik je konsep Hello Kitty.

Antara sebab aku kata  mereka mempunyai perkhidmatan yang bagus, dilobi ada jual makanan ringan. Kot kot tengah malam lapaq.

Antara sebab aku kata mereka mempunyai perkhidmatan yang bagus, dilobi ada jual makanan ringan. Kot kot tengah malam lapaq.

Selain daripada terdapat kemudahan seperti TV, meja tulis, perkhidmatan internet (Wifi) secara percuma untuk pengunjung, tetamu Hotel De Art Shah Alam ini juga akan mendapat 10% diskaun sekiranya anda menunjukkan kad hotel semasa anda pergi menjamu selera di Hailam Kopitiam yang terletak di bawah hotel ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut pasal Hotel De Art Shah Alam ni:

Hotel De Art Shah Alam,
Jalan Kristal AS7/AS,
Section 7 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No. telefon : 03-5518 0975
Website : http://hoteldeart.com.my

Sila klik pada pautan ini untuk melihat foto-foto berskala penuh dan berevolusi tinggi, Hotel De Art Shah Alam. Eh nanti kejap, sebelum nkorang nak pi layan koleksi foto tu, apa kata kita tengok dulu Video khas sepanjang Ai Media Network dan crew buat liputan kat sana tempoh hari.

Link to this post!

Filed Under: BigPicture, Blogger, Fotografi, Info, Promosi Tagged With: hotel bajet, hotel de art, hotel de art shah alam, hotel harga berpatutan, hotel hello kitty, hotel kemas, hotel menarik shah alam, hotel murah, hotel murah di shah alam, hotel sekitar shah alam, hotel star wars, lokasi hotel di shah alam, review hotel, review hotel de art shah alam, review hotel shah alam

About Azman Ishak

Seorang bapa kepada dua orang Amirul. Amirul Amin dan Amirul Azhar. Merupakan seorang yang suka kepada jenis-jenis bahasa pengaturcaraan kompleks. Sangat meminati bidang fotografi dan menjadikan blog ini sebagai platform untuk memperkembang dan menajamkan bakat yang sedia ada.

Comments

  1. sahrina says

    21/10/2014 at 7:10 pm

    nak tanya harga hotel ni kalau dalam 3hari2malam berapa eh?

    Reply
  2. titan says

    18/10/2014 at 6:49 pm

    deco dia comel tak hingat.

    leh la try nanti dengan bini. haha
    titan´s last blog post ..Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 November 2014My Profile

    Reply
    • Azman Ishak says

      19/10/2014 at 11:18 pm

      sila terai.. hehehe carik la thema yang romentik skit untuk yang baru berkawin :p

      Reply
      • mia says

        02/07/2015 at 4:28 pm

        bilik hello kitty tu 1 malam berapa ye?

        Reply
  3. azahairi says

    18/08/2014 at 7:59 pm

    Salam ,
    Memang plan nak pi Shah Alam tapi masih tercari2 hotel yang sesuai …..harga dia macam mana ok ker ????

    Reply
    • Azman Ishak says

      18/08/2014 at 8:14 pm

      wsalam bro. pada saya… untuk orang kebanyakkan macam saya ni.. harganya dah berpatutan untuk semalaman atau dua malam tu.. konsider ok la. kalau nak sampai seminggu… memang pengsan. nama pon hotel.

      harga dia tadek la sampai ribu-riban sehari. cume ratus je. sepadan dengan persembahan biliknye.

      Reply
  4. mai has says

    22/07/2014 at 12:20 pm

    saya selalu lalu sini.terkejut!tak sangka kat dalamnya cantik betul!

    Reply
  5. Hazman Fadzil says

    09/05/2014 at 4:06 pm

    Memang lokasi yang bagus la hotel nie…. keliling pun banyak kedai makan…. jalan ke depan sikit dah boleh jumpa jakel , icity dan restoran bisik bisik yang best

    Reply
    • iffa says

      25/09/2014 at 9:05 pm

      nak tanya dari hotel ni dengan i-city berapa jam..dan hotel yang betul2 dekat dengan i-city apa ye

      Reply
      • Azman Ishak says

        25/09/2014 at 10:45 pm

        jarak perjalanan hotel ni ke i-city ambil masa 5 minit kalau naik kereta. memang betul2 dekat la.

        boleh klik pada google map kat sini kalau nak tengok:

        https://www.google.com/maps/dir/I-City+Jalan+Multimedia+7%2FAh+I-city+Shah+Alam+Selangor+Malaysia/Jalan+Kristal+As7%2FAs,+Seksyen+7,+40000+Shah+Alam,+Selangor,+Malaysia/@3.0694382,101.4864917,16z/data=!4m12!4m11!1m3!2m2!1d101.483293!2d3.064585!1m5!1m1!1s0x31cc5257e829ec25:0x5748880b29e3ff59!2m2!1d101.489503!2d3.076056!3e0

        Reply
  6. akubiomed says

    30/04/2014 at 12:29 pm

    Hiasan dalaman yang menarik dengan pelbagai tema. Boleh pilih ker?

    Reply
  7. Melor says

    29/04/2014 at 7:52 am

    Lobi hotel ni cantiknyaa…… tak pandan bila kita lihat dari luar bangunan.
    Selalu lalu depan hotel tapi tak sangka dalam hotel cantik mewah macam tu

    Reply
  8. Kujie says

    29/04/2014 at 7:48 am

    kami sekeluarga ni mmg kaki jalan dan biasanya mmg dok hotel dalam range harga mcm ni….hotel ni mmg antara hotel highly recommended hotel untuk sesiapa yang berurusan di Shah Alam.

    waktu malam meriah….waktu siang ada tasik untuk beriadah, seberang jalan saja.

    gambar acik tu diluar skop tu…. patut entri khas gilang gemilang..hahahaha

    Reply
  9. Mus says

    28/04/2014 at 4:38 pm

    nampak mewah hotel ni bro

    Reply
    • Azman Ishak says

      28/04/2014 at 4:44 pm

      ye, nampak cam mewah. tapi jangan khuatir. masih mampu orang macam kita kalau nak menginap sehari dua 😀

      Reply
  10. Hairul Azni says

    28/04/2014 at 1:24 pm

    Cantik la hotel ni bro..boleh masuk dalam list ni kalau bercuti di kawasan berhampiran Shah Alam..

    Reply
    • Azman Ishak says

      28/04/2014 at 5:07 pm

      series bro. kalau dah alang-alang bercadang nak berehat hujung minggu di shah alam, kalau nak pergi hotel, better singgah sini. harga pon berpatutan.. dan pada kadar mampu.

      Reply
  11. Azman Ismail says

    28/04/2014 at 10:11 am

    Hotel terbaik untuk yang nak bercuti ke Shah Alam, murah, cantik selesa.

    Reply
    • Azman Ishak says

      28/04/2014 at 4:58 pm

      test ape jadik tah?

      Reply

Trackbacks

  1. Hotel De Art Shah Alam, hotel yang berdekatan dengan i-City says:
    28/04/2014 at 10:54 pm

    […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Hotel De Art Shah Alam, hotel yang berdekatan dengan i-City […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Arkib Artikel Terdahulu

SPONSOR!


Google PageRank Checker

Komen Terkini

  • iphone anda tidak dapat diaktifkan karena server aktivasi tidak dapat dijangkau - Raszain.com on Bagaimana menjejaki iPhone anda yang telah hilang.
  • Eratuku on Info : Fungsi “simpan dahulu dan baca kemudian” daripada Facebook
  • SheritaChief on Bagaimana menjejaki iPhone anda yang telah hilang.
  • Faisal Amirul on Bertanya khabar…
  • NAJWA on Kembara hari Sabtu – Kuala Lumpur ke KLIA

Pilihan Kategori

  • Anak (98)
  • BigPicture (76)
  • Blog & Tutorial (20)
  • Blogger (117)
  • Broadband (8)
  • Broadband (2)
  • Fotografi (153)
  • Hiburan (13)
  • Info (42)
  • Komputer & Informasi (35)
  • Live Posting (400)
  • Motivasi Diri (127)
  • PHP SQL (7)
  • Promosi (94)
  • Rawak (4)
  • Seni Rekaan & Grafik (9)
  • Tutorial (17)
  • Wordless Wednesday (25)

© 2018 · Hakcipta Terpelihara · AzmanIshak.com since May 2007 · Tajaan Theme oleh AI MEDIA NETWORK