
Macam biasa, siapa yang mengajar kita, layaknya dia bergelar guru atau cikgu. Bagi aku, macam tu lah adat kita menuntut ilmu ni. Setiap kali nak menuntut ilmu, tak kira la… kita pernah belajar sebelum ni ke… tapi, bila masuk je kelas… anda adalah pelajar dan orang baru. Sila kosongkan cawan masing-masing supaya dapat menikmati secawan teh yang segar.
Bebudak sekarang… menang kene cerita tentang adab nak menuntut ilmu. Depa ni tak paham konsep atau bagaimana pon aku tak pasti. Kalau kita cerita bahasa kias-kias… idak la mereka paham macam mana nak menterjemahkan kedalam minda mereka tu. Ini situasi yang dihadapi oleh penulis masa kini. Cakap biaq terang habaq hang!

Pada aku, aku cukup respek dengan Cikgu Arif Kasir ni. Ilmunya dalam bidang fotografi sangat-sangatlah membuatkan aku rasa diri terlalu kecik. Dah lama aku ikuti setiap post yang berkaitan fotografi dari Cikgu Arif…Β semuanya buatkan aku mulut ternganya. Tak boleh jadiii….
Tak mau cakap banyak, terus aku set aku bersama krew AI MEDIA NETWORK (Potia, Dikbee dan Bang Azman) kitaorang turun bertapa “Ilmu Apungan Cahaya” hahaha…. bukan bukan… Ilmu kesenian memahami cahaya. Hangpa ingat lekeh ka? Ianya sangat teknikal dalam fotografi dan perkara wajib dipelajari.

Kalau nak aku ikutkan, bayaran kelas berbanding ilmu yang aku perolehi… sebenarnya aku cuma mampu kata, aku terkesima dengan limpahan dan lambakan ilmu yang cuba dikongsi oleh Cikgu Arif Kaser. Apa yang menjadi masalahnye adalah, otak aku boleh HENG sebab overwhelming ilmu yang dicurahkan. hahaha.

Seriesly…. berbaoi. Mungkin… pada sesetengah orang RM300 atau RM250 per class itu adalah mahal.. tapi in return apa yang anda dapat, adalah sangat lumayan. Ini bukanlah catatan membodek, sebaliknya aku nak share dengan pembaca yang kalau nak menuntut ilmu berkualiti, memang perlukan pengorbanan. Kalau nkorang tanye aku pasal kelas dari Cikgu Arif, aku akan sarankan nkorang pergi kalau nkorang boleh pejam mata dengan yuran tersebut.
Nota: Untuk makluman, terdapat beberapa lagi siri jelajah kelas Human Interest PhotographyΒ & Photo Retouch dari Cikgu Arif. Kepada kamu yang berminat, boleh add beliau di Facebook. Dan katakan kepada dia, yang nkorang berminat nak jadi student. Sila mention, nkorang dapat info dari blog aku. Tau… itu kata laluan dia. :p



30/11/2014 @ 3:07 pm
gambar second last tu power.
perlu lebih menuntu lagi tentang niche2 lain. π
30/11/2014 @ 10:14 pm
seronok sebenarnya belajar human interest. ramai jugak yang dah memang dalam bidang fotografi wedding, join kelas ni. untuk more improvement.
PhotoBlogger – Siri ulangkaji pelajaran : Memahami Arah Cahaya | AzmanIshak.Com
25/10/2014 @ 1:33 am
[…] kami untuk Human Interest Photography tidak terhenti setakat habisnya kelas bersama Cikgu Arif Kasir. Kalau kamu nak tahu, setiap peserta […]
21/10/2014 @ 9:43 pm
Gambar last tu memang masyukk lah…
21/10/2014 @ 1:11 pm
gambar last dah macam potret n very profesional.thumb up
21/10/2014 @ 2:17 am
Suka baca pengalaman orang-orang hebat sebab auranya pasti teresap sekali.
Nak jadi model jugak, boleh? hehehe… takdelah, gurau jer π
20/10/2014 @ 7:17 pm
Wah, cantiknye. Saya memang tak ade asas fotografi ni. Gambar-gambar ni perfect je untuk saya. Terbaik!
16/10/2014 @ 2:49 pm
suka dengan gambar merenung tu.. mantap!
25/10/2014 @ 8:02 am
terima kasih encik mus
16/10/2014 @ 7:35 am
insyaAllah. nanti nak join gak. Disebabkan sudah ada jadual yang disediakan oleh Cikgu Arif ini. cuma kena set masa yg sesuai ngan jadual kerja serta sediakan duit yurannya
25/10/2014 @ 8:01 am
heheheh betul tu… kene sediakan masa dan ongkosnya π
14/10/2014 @ 11:14 pm
ok..memang terbaik..bulan Januari ni baru aku nak pegi kelas..ke Kelantan nampaknya π
25/10/2014 @ 1:38 am
kat kelantan, rasanya ada rakan karib cikgu arif kaser ada buat kelas kat sana. so boleh join kelas tu. kalau area KL, memang cikgu arif yang handle. kalau tak salah… macam tu la citernye π
14/10/2014 @ 4:01 pm
Cubaan pertama je dh mcm ni punya cun, sm mcm kimi, hope nk join kelas ni satu hari nnti …
* jeles tgk gmbr2 ni *
25/10/2014 @ 1:37 am
kalau ada modal… pi la kelas tu nizam.. series tak nyesal.
14/10/2014 @ 10:37 am
ok. terbaiklah bang. sila sampaikan kepada kami yang kubis ni pula ya. hehehehehehe
14/10/2014 @ 12:14 pm
rasanya saya masih belum mahir.. perlu pergi kelas dua 3 kali lagi… π insyaallah.. yang mana saya faham.. saya akan sampaikan.
14/10/2014 @ 9:40 am
Dah nampak hasilnya. Bukan main mantap lagi. π
14/10/2014 @ 12:35 pm
terima kasih. masih try n error. π
13/10/2014 @ 11:39 pm
Pasang azam, suatu hari nak join. Dia ajar editing sekali ke? Pakai photoshop?
13/10/2014 @ 11:43 pm
ye betul…. ada ajar editing. aku takut student je tak tertadah ilmu yang dikongsi. aku ni pon dapat tempias-tempias pon dah rasa sangat besar nikmat dah. ahaha.
13/10/2014 @ 11:32 pm
Pergilah tuntut ilmu kepada kawan2 yang rasa dah puas main gambar biasa2..belajar 1 langkah kehadapan. Tak rugi kalau pergi kelas yang berbaloi dengan apa yg diajar π
13/10/2014 @ 11:46 pm
betul kan bangman.. rasa tak puas… jom kita masuk hutan lagi. hahaha. kali ni, antara kita-kita je. main redah.