Akhirnya, FotoBesar kini berwajah baru.
Akhirnya, FotoBesar kini berwajah baru.

Dari sehari ke sehari aku nak tulis pasal template FotoBesar ni. Satu-satunya template wordpress yang aku develop dan evaluate dari masa ke masa. Sebelum aku bercerita pasal fotobesar ni lebih lanjut lagi… kat sini aku nak offer kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki template ini, aku akan bagi diskaun khas. Harga asal adalah RM260.00 dan sekarang adalah harga PROMOSI iaitu RM220.00.

Perkara yang anda perlu tahu apabila membeli template ini:

  • Template ini sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa oleh aku.
  • Setiap pembeli akan diberi layanan kemaskini secara percuma selama sebulan. Ianya merangkumi:
    • Keselamatan/Patch Update
    • Kemaskini CSS
    • Kemaskini Fungsi terbaharu (jika ada permintaan).
  • Selepas sebulan, akan tamat tempoh kemaskini percuma, tapi bagi mereka yang nakkan jugak kemaskini, nkorang boleh bayar kat aku monthly commitment sebanyak RM30.00 aku kenakan setiap seorang setiap bulan jika ingin terus melanggan servis.

Ape lah sangat kan? RM30.00 jer sebulan. Kelebihan nkorang bayar monthly commitment ni, nkorang boleh request fungsi terbaharu untuk aku buat kemaskini supaya ianya menjadi fungsi terbina dalam. Lupakan semua plugin-plugin tu. So amacam? Menarik? Kiranya macam nkorang membeli saham Template FotoBESAR versi3.0 (IPO FOTOBESAR) dari aku la… maka nkorang berhak bersuara.

Ciri-Ciri Ditawarkan

  •   Mempunyai dua pilihan paparan utama (katalog dan megazine)
  •   6 Pilihan warna tema yang boleh ditukar sesuka hati
  •   Responsive, mesra pelayar telefon bimbit, tablet dan wide screen
  •   Mempunyai “Template Option” untuk memudahkan pengguna
  •   4 jenis tetapan “Featured Post”
  •   Ubah latar belakang dan logo
  •   Tetapan iklan disediakan pada halaman tetapan template.
  •   Tetapan membuat pengubahsuaian CSS tanpa perlu ganggu CSS Core.

Ciri-Ciri Unik

  •   Mempunyai dua internal view (FOTOBESAR dan NORMAL VIEW)
  •   Maksimum imej pada paparan internal view FotoBesar = 1080px
  •   Maksimum imej pada paparan internal view Normal View = 680px
  •   Contact Form plugin terbina dalam
  •   About Author plugin terbina dalam
  •   Social Media Share plugin terbina dalam
  •   Peta Laman (Site Map plugin) terbina dalam
  •   Costom Comment Threaded plugin terbina dalam

Lain-Lain

  •   Support selama 1 bulan untuk personal coacing menggunakan template ini.
Nkorang yang kaki iklan tu? Tak perlu runsing... dah ade setting, tinggal masukkan code je.
Nkorang yang kaki iklan tu? Tak perlu runsing… tinggal masukkan code je.

Setiap pelanggan yang membayar monthly commitment, akan diberi layanan sama rata. Kalau ada REQUEST fungsi baru dari orang lain… maka yang lain juga akan menerima kemaskini yang sama! Serumpun cenggitu.

Adil? Tapi, syarat monthly commitment, nkorang tak boleh berhenti lebih dari 2 bulan berturut-tutur. Atau dengan kata lain, bulan ni bayar… bulan depan tak bayar. Kalau macam tu, nkorang secara automatik terkeluar dari program update dan tak layak untuk menerima kemaskini seterusnya.

Banyak perkara nkorang tak perlu pecah kepala untuk customize template ni
Banyak perkara nkorang tak perlu pecah kepala untuk customize template ni

Matlamat penciptaan template FotoBESAR versi 3.0 ini adalah satu template yang boleh evaluate atau berkembang. Jadi nkorang tak perlu nak bazir-bazir duit atau masa untuk beli  dan mencari template lain sebab dari template yang satu ini boleh menjadi template idaman setiap penggunanya. Just spoke out, dan aku akan cuba penuhi permintaan nkorang. Kalau aku tak mampu wujudkan fungsi seperti yang diminta, aku akan declare tak boleh buat.

Tinggal nak pilih yang mane suke atau berkenan di hati.
Tinggal nak pilih yang mane suke atau berkenan di hati.

Agak-agaklaa… kalau template wordpress, tapi nkorang mintak aku programkan jadi Transformer… memang nak makan kasut la jawab dia.

Selebihnya kalau nkorang nak baca review dari Abang Azman Ismail, nkorang boleh baca kat blog beliau di sini. Buat masa ni, FotoBesar versi 3.0 telah digunakan di blog:

NOTA: Malam ni aku baru je tambah fungsi terbaharu iaitu kebolehan menukarkan latarbelakang dengan pattern imej. Latar belakang nkorang tidak lagi putih melepak, malah nkorang boleh bubuh pattern kain batik kalau nkorang kreatif.