Yeayyy... seperti biasa, mencalonkan diri sendiri... hahaha tak malu!
Yeayyy… seperti biasa, mencalonkan diri sendiri… hahaha tak malu!

Nampaknya semakin lama, semakin banyak agensi yang mengiktiraf profession blogger ni. Cuma barangkali masih ada yang tak tahu macam mane nak optimumkan kontest-kontest sebegini sebagai alat penjenamaan blog masing-masing.

Ada juga antara rakan-rakan yang aku tengok masih lagi takut-takut nak turut serta. Barangkali masih beranggapan yang mereka masih baru, rasa macam tak layak dan sebagainya. Untuk aku, apa yang aku boleh pesan… ketepikan semua perkara di atas. Adat bertanding, mesti ada menang dan mesti ada kalah. Mengalah dulu sebelum bertanding memang tak dapat apa-apa. Lebih baik mencuba dari menyesal kemudian. Jelas? Faham? Anda dah rasa yakin dengan kata-kata itu?

Login je pakai Facebook. Memang sangat memudahkan.
Login je pakai Facebook. Memang sangat memudahkan.

Jadi oleh itu, mari bersama-sama saya sertai sesi pencalonan Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award 2013. Cara mendaftarnya amat mudah kerana laman web ini menyediakan perkhidmatan log-masuk menggunakan akaun Facebook. Jadi anda tidak perlu lagi mengisi segala borang. Sebaliknya, data peribadi anda boleh dikemas-kini setelah selesai proses pendaftaran automatik.

Jom la join sekali.. ape ada hal. Tak perlu nak fikir-fikir lagi. Cuba dulu.. kalah atau menang, belakang kira. Janji… nama website/blog kita dah duduk dan diindex kat laman web Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award. Ok!