Setelah hampir seminggu aku fokus buat template baru. Hasil usaha bersama-sama rakan-rakan What’sApp yang banyak bagi idea. Mijie, Kak Long, Puan Bee, Kak Kujie dan jugak Kak Yan. Biasalah AJK What’s App warga Siri Ke-3 dan ke atas.. hahaha.. dan juga warga hampir menuju ke Siri-3. Apa yang aku boleh rumuskan, hasil ni aku mengambil kira antara citarasa aku dan jugak citarasa kesemua mereka di atas.
Sehabis boleh nak buat minimal. Sekarang ni boleh dikatakan musim template ringan, minimal dan jugak responsive. Tak lupa juga… rupa bentuk mesti nak sama macam Windows 8 punya scheme. Untuk mengekalkan perkara tersebut adalah amat payah bagi aku yang sangat baru dalam bidang Themes Design. Memang ada la boleh nampak cacat celanya. Erk… tapi bagi pencapaian diri sendiri, I just proud with my self, I can create one-lah.. rather than RAP orang lain punya themes.

Banyak function untuk themes ni. Ianya adalah siri kesinambungan dari themes versi pertama aku iaitu themes PhotoBlog – Amirul Amin. Segala apa keistimewaan dari Template Amirul Amin, akan aku bawa dalam template yang baru ni, ini termasuklah, Themes Option, built in plugin “Saya telah membaca post ini”, built-in plugin tentang penulis, function BIG-PICTURE dan macam-macam lagi perkara baru yang akan aku bawak ke dalam tema ni.

Terima kasih sekali lagi untuk rakan-rakan yang banyak kasik moral support dalam menjayakan template kali ni. Tapi maaf, template ini adalah untuk pengguna WORDPRESS. Kepada rakan blogger, cepat-cepat la pindah ke WORDPRESS ya.
NOTA & Disclaimer – Rupa bentuk pada main page, ada laaaaa rupa dia macam AMANZ.My. Nak buat macam mana AMANZ… sekarang musim Window 8 TILES. Hehhehe…
NOTA2 – Owh ya… sebarang komen dan cadangan membina… amat dialukan kerana template ni masih lagi dalam proses pembangunan dari kertas putih (scratch). Salam hujung minggu.
18/03/2015 @ 3:14 pm
template yang bagus, sedikit yang memiliki kemampunan semacam itu.
20/11/2013 @ 2:07 am
macam nak seru aku balik ke wordpress je nih..,hehe,aku dah 2 tahun koma dalam blogging ni,ni tahun ni baru mula balik,tapi guna blogspot er…
kujie
11/10/2012 @ 11:59 am
Saya telah membaca post ini.
06/10/2012 @ 4:52 pm
smart siot theme ni.. aku nak jugak bleh? nanti aku tukar jadi kaler pink..
06/10/2012 @ 6:34 pm
template ni kalau premium dah ade function change color. jadi pengguna premium tak perlu nak hard coded to css lagi lepas ni.
wazy
30/09/2012 @ 5:35 pm
Saya telah membaca post ini.
30/09/2012 @ 5:35 pm
keep it up bro,kalau dah release roger2 la yek..hehe
06/10/2012 @ 10:03 am
sekarang ni tengah trial run. boleh komen ye.
27/09/2012 @ 1:59 am
wah menarik la template ni, boleh cuba tak? Hehe…
06/10/2012 @ 10:04 am
free version tak pasti lagi sama ada nak release ke tak. buat masa ni, blog ini adalah sebagai platform penguji. 😀
25/09/2012 @ 11:53 am
sempoi.. bila nak release?
p/s: bila nak menembak sama2 lagi ni.. nak gak rasa petik2 kamera power tu 🙂
06/10/2012 @ 10:05 am
release untuk free version blom diputuskan lagi bro. untuk premium version, sekarang ni dalam proses ujipandu kat blog ni.
24/09/2012 @ 3:21 pm
Aku suka theme ni ni Man..bila boleh realese? aku berminat.Kalau ko jual untuk tabung R&D pun aku nak beli.
06/10/2012 @ 10:06 am
insyaallah bang.. akan release dalam masa terdekat. buat masa ni, blog ni sebagai platform penguji
24/09/2012 @ 1:25 pm
Menarik, sekali tgk terus jatuh cinta. Haha
06/10/2012 @ 10:09 am
hhahahaha.. sila la komen layout baru ni
24/09/2012 @ 1:20 pm
kami ni bersorak tepi gelanggang je…hehehe
06/10/2012 @ 10:09 am
tak pe… pasukan sorak ade habuan nanti
Nurlaila
24/09/2012 @ 8:36 am
Saya telah membaca post ini.
24/09/2012 @ 8:36 am
Bagus sekali templatenya, kalau ada waktu dibuatkan juga mas yang versi bloggernya
nice ^__^
06/10/2012 @ 10:10 am
ngak pasti sama ada berkesempatan untuk membuat versi blogger. insyaallah. tapi tak berani janji
23/09/2012 @ 12:05 pm
huh! smart. laju jer buat eh.
tgh buat jugak. tapi sikit2. sibuk. hehehe..
06/10/2012 @ 10:11 am
aku pon buat skit skit gak bro. bile ade masa free baru buat. sila la komen ye
22/09/2012 @ 2:09 pm
Sebenarnya tak lah banyak mana sumbangan bee , menyibuk je lebih ..hehe senyum meleret tengok nama kita di atas .. apa pun tahniah dan good luck ..nanti boleh buat banyak lagi theme yg menariksss
06/10/2012 @ 10:12 am
ok sekarang sila komen.. ni dah live demo ni. hehehehehe
12/10/2012 @ 10:31 pm
Komeng kat whatsapp , kehkehkeh belagak tak ?
22/09/2012 @ 1:09 pm
Memang patut dibanggakan sebab mampu menghasilkan template ini amat menarik ini. Gembira dan seronok berpeluang memberikan komen, walaupun nak buat sendiri tak tahu. 🙂
Well done Azman!
06/10/2012 @ 10:14 am
hehehe terima kasih kak long. sila la komen. sekarang ni trial run kat blog ni. sila refresh dulu ye!
mijie
22/09/2012 @ 12:41 pm
Saya telah membaca post ini.