Salam ceria dan salam mesra semua. Agak lama jugak Azman Ishak tidak menulis sesuatu artikel mengenai perisian-perisian yang macam best kat sini. Apa kata kali ni, sambil melepak kat rumah pada hujung minggu, kita buat satu Flash Slide Show dengan cara mudah dan cepat. Flash Slide Show Maker merupakan pilihan aku sejak dulu untuk menghasilkan slideshow dalam bentuk flash (*.swf). Lupakan seketika pelajaran Flash yang telah kamu pelajari masa di IPT kerana apa yang aku nak pakarkan pada kali ni macam WOW cenggitu haha~

Pasti ramai diantara kamu yang mempunyai gambar kenang-kenangan untuk diabadikan sebagai tatapan satu masa nanti bukan? Sebelum aku mula merepek panjang, apa kata kamu cuba dulu muat-turun perisian tersebut di sini. Selepas selesai proses pemasangan perisian ini, kamu sudah boleh terus memuatkan gambar-gambar kesayanganĀ  untuk dijadikan Flash Slide Show yang nampak macam gempak *konon-konon ar*


Contoh di atas aku gunakan gambar Majlis Perkahwinan aku pada 7E2009. Erm.. masih baru.. masih hangat.. hahaha (tiada gambar lucah di sini harap maklum) Harus di ingat, sekiranya besar fail gambar yang kamu load ke dalam projek kamu, maka saiz fail flash-nya (*.swf) juga akan besar. Bergantung kepada kesesuaian dan citarasa kamu ya. Aku cuma membuat tutorial contoh yang mudah saja di sini sebagai langkah pengenalan.

Apa yang kamu perlu buat daripada sini adalah, cari sahaja di mana letaknya folder-folder gambar kamu. Seterusnya terdapat butang ADD. Sekiranya kamu ingin memilih satu persatu, anda boleh juga melakukannya dengan meng-KLIK gambar yang dikehendaki bersama-sama kekunci [CTRL] *semua orang pon tahu rasanya, saja nak panjangkan ayat. haha~

Pergi ke File Explorer dan cari folder di mana anda simpan gambar-gambar kesayangan anda. Dah jumpa folder tersebut? Sebelah kanannya adalah ruangan di mana gambar tersebut akan dipaparkan. Seperti biasa. Sama juga fungsinya seperti Window Explorer. Jangan takut ye adik-adik… tak sesat punye. Pada ruangan ketiga (3), kamu boleh memilih gambar yang kamu suka. Jangan lupa menekan butang ADD ataupon nak masukkan semua gambar dalam folder ni, sila tekan ADD ALL ok~

Setelah selesai memilih gambar yang dikehendaki, sekarang tiba masa untuk kamu menetapkan jenis Slide Transaction. Sebagai contoh, aku mengesyorkan kamu untuk memilih Fade-In untuk tujuan foto album. Transaction jenis ini akan menampakkan gambar tersebut diubah-ubah dalam susunan yang amat teratur dan tidak berserabut. Sesudah memilih jenis Transaction, anda boleh menetapkan untuk di aplikasi kepada semua slide ataupon satu persatu. – APPLY atau APPLY to ALL

Langkah seterusnya adalah langkah untuk memilih jenis tema (template) yang kamu suka. Terdapat banyak jenis tema-tema yang agak menarik. Daripada simple sehinggalah kepada yang Advance. Kalau malas nak berfikir panjang, aku sarankan kamu gunakan sahaja tema yang telah disediakan. Tapi sekiranya kamu kreatif, apa kata cuba fungsi ADVANCE yang terdapat bersebelahan dengan butang BASIC.

Dan yang terakhir adalah proses PUBLISH. Daripada paparan ini, beberapa tetapan boleh kamu buat. Sama ada output tersebut ingin dipaparkan dalam FLASH (*.swf) atau dalam bentuk multimedia CD/DVD ataupon memuat naik fail flash tersebut ke dalam akaun SkyAlbum.Com (jika ada).

Selesai semua tugas? Masih belum… jadi bagaimana kah caranya anda ingin memuat file flash tersebut kedalam blog atau laman sosial anda? Caranya adalah:-

– Katakan output file anda tadi sebagai contoh – Kawin.swf
– Host-kan file ini ke dalam pembekal perkhidmatan muat-naik. Untuk aku, aku gunakan Sites.Google.Com
– Setelah file tersebut di-host-kan… sila gunakan embed code seperti contoh dibawah ini dan kemudian tampal kedalam HTML Editor pada blog anda. Teks yang berwarna merah tersebut boleh digantikan dengan link fail yang telah di-host-kan tadi ok!

<center>
<object classid=”clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000″ codebase=”http://fpdownload.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,0,0″ width=”600″ height=”400″ id=”tech” align=”middle”>
<param name=”allowScriptAccess” value=”sameDomain” />
<param name=”movie” value=”http://www.domain.com/nama-file.swf” />
<param name=”quality” value=”high” />
<embed src=”http://www.domain.com/nama-file.swf” quality=”high” width=”600″ height=”400″ name=”tech” align=”middle” allowScriptAccess=”sameDomain” type=”application/x-shockwave-flash” pluginspage=”http://www.macromedia.com/go/getflashplayer” />
</center>

Ok.. selsai lah saja tutorial ringkas aku pada hari ni. Aku rasa nak kene planing balik blog ni yang agak dah berterabur konten tak tau mana hala. Oleh itu, bermula dari minggu ini sebagai minggu permulaan… aku jadihan hari minggu adalah Hari Tutorial dan Hari Info untuk AzmanIshak. Sekiranya kamu ingin berkonngsi pengalaman dan pendapat, curahkan saja pada ruangan komen yang disediakan dibawah tanpa perlu segan silu.

P/S1: Konfem banyak typo neh.

P/S2: Minggu yang agak semak la… tengah serabut jugak nih.