Mungkin ada yang dah mulakannya dan mungkin juga ada yang belum mengetahuinya. ReTWEET Button ini terletak dikebanyakkan blog yang menggunakan WordPress Self Hosting. Perkara ini telah menjadi amalan En. Denaihati dan rakan-rakan yang lain di blog ni. Ada juga saya tengok blog dari Blogspot yang menggunakan ReTWEET button ini. Bagi pengguna WordPress Self Hosting, anda boleh pasang plugin ini. Ianya dinamakan Tweet Meme. Bukan Memei yang dalam TV tuh eh…

Apa yang menariknya tentang budaya ini adalah kadang-kala sesuatu kemas-kini anda di twitter mungkin tak sempat nak dibaca ekoran dari rentetan sela masa yang kita ada. Dengan cara belas ikhsan rakan-rakan yang rajin, kemas-kini di blog anda insyaallah akan disampaikan dengan hanya satu klik yang mudah. Jangan tak tau, ini juga sebagai salah satu cara yang anda menghormati dan menghargai penulis tersebut. (Kod Etika Blogger)

Mungkin ada yang yang sudah memasang butang ini, tapi masalahnye perletakkan butang tersebut secara azali (default) oleh plugin tersebut mungkin tidak kena pada tempatnya. Jadi di sini anda boleh mengalih kod butang ReTWEET tersebut dengan daya kretiviti anda sendiri. Tapi saya sarankan anda tak perlupon pasang plugin ini, tapi sebaliknya salin je kod dibawah ini. Di ingatkan, supaya anda hostkan sendiri kod javascript ini terlebih dahulu.

Gantikan URL tweetmeme ini:- http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js dengan URL yang telah saya hostkan:- http://sites.google.com/site/warirc2/download/button.js Tapi sekiranya bandwidth file tersebut dah nazak, saya terpaksa padamkan dari hosting saya. Ok, salin je code di bawah ni:-

<p align=’right’>
<script type=”text/javascript”>
tweetmeme_url = ‘<?php the_permalink() ?>’;
tweetmeme_source = ‘azmanishak‘;
tweetmeme_service = ‘bit.ly’;
</script>
<script type=”text/javascript” src=”http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js“>
</script>
</p>

Letakkan kod tersebut di dalam index.php anda (wordpress). Tempat yang paling cantik adalah selepas Tajuk entri anda. Kat mana ye? Β Carik jer kod dibawah ni, lepas tuh tampal (paste) ditempat yang saya warnakan merah tu.

<h3><a href=”<?php the_permalink() ?>” rel=”bookmark” title=”<?php the_title(); ?>“>
<?php the_title(); ?></a></h3>

<p align=’right’>
<script type=”text/javascript”>
tweetmeme_url = ‘<?php the_permalink() ?>’;
tweetmeme_source = ‘azmanishak‘;
tweetmeme_service = ‘bit.ly’;
</script>

<script type=”text/javascript” src=”http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js”></script>

</p>

<div><?php the_time(“j F ‘y”); ?>
<?php edit_post_link(‘Edit This Entry.’, ”, ”); ?> under <?php the_category(‘, ‘) ?>.
<?php the_tags(‘Tags: ‘, ‘, ‘, ‘<br />’); ?></div><div><?php the_excerpt(); ?></div>

Sila gantikan nama akaun twitter saya kepada akaun anda ok. Lepas tuh jangan lupa simpan template yang anda dah alter tu ok. Ok dah siap pon. Jadi kan.. kalau anda rasa entri ni macam best… apa kata klik la kat perkataan tweet kat bawah neh. Terima kasih ye.

Nota: Susah jugak nak masukkan simbol-simbol HTML masa menulis entri berbentuk totorial ni. Saya terjumpa cara cepat di sini:- Centricle.Com. Terima kasih kepada Pakcik Google yang menemukan saya dengan web tersebut.