Perkara yang kerap menyebabkan rakan-rakan dari WordPress malas nak berkomen di Blogspot adalah kerana sistem komen blogspot yang kurang mesra pelanggan. Perkara sebegini kerap diperkatakan oleh mereka yang serius berlog. Mungkin ada yang berkecik hati dengan kenyataan ini, tapi bagi saya, lebih baik kita sampaikan sedikit info dari dok kondem blog dari blogspot itu dan ini.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk mempunyai sistem komen seperti di WordPress (pengguna Blogspot) tapi masalahnya mereka tidak tahu untuk mengubahnya. Harap dengan perkongsian kali ini, pengguna di blogspot dapat mengubah sistem komen mereka. Sekiranya berjaya, anda boleh tinggalkan komen dibawah. Kalau tak paham pon boleh la bertanya. Saya pon budak masih belajar. Kalau kita tak pandai, kita rujuk kepada yang pakar. hehe~
Sebelum memulakan perkara yang lain… sila baca Bismillah dulu dan doa penerang hati ye..
Ok dah bace? hehe.. Sekarang ni, mari kita mulakan. Sebelum memulakan proses edit template Blogger anda, anda dinasihatkan supaya mendaftar terlebih dulu sistem komen ini di DISQUS.Com. Kalau tak daftar, macam mana nak guna. Bertindak sekarang kalau anda sayangkan blog anda. Selepas proses ini kita akan mulakan proses mengedit template blogger.
Sekarang, login ke dashboard Blogger anda:- http://www.blogger.com Daripada sini, pergi ke Layout –> Edit HTML –> dan kemudiannya pilih –> Download Full Template. Tinggal kan dulu muka/helaian (page) ini. Sekarang ni… kita pergi pulak ke Login panel pada Disqus.
Selepas selesai muat-turun template anda tadi, sila ke pastikan yang anda sudah mengesahkan email anda (VERIFIED) pada sistem DISQUS terlebih dahulu. Seterusnya daripada sini sila ke URL:- http://disqus.com/comments/blogger/ Di sini kita akan membuat perubahan kepada template blogger anda yang sedia ada untuk menambahkan sistem komen tersebut. Sila klik butang [CHOOSE FILE] dan pilih file yang XML dari Blogger yang anda muat-turun tadi.
Sekarang ni setelah pilih file XML tadi, kita nak DISCUS mengimport semua komen-komen dari kita dan rakan pada entri yang terdahulu. Apa yang anda perlu buat adalah klik pada Use Disqus Comments on all blog entries. Any existing comments can be imported in. Seterusnya tekan butang Upload & continue.
Langkah seterusnya adalah menyalin semula kod yang telah dimodifikasi oleh DISQUS kedalam template blogger anda. Dari pada sini, sila salin (copy) semua kod-kod XML tersebut.
Seterusnya pergi ke Blogger –> Layout –> Edit HTML. Sebelum anda menampal (paste) sila klik dulu kotak CHECK – Expend Widget Template. Pilih (select all) dan delete semua kod yang ada pada Edit HTML, kemudian gantikan semula kod XML yang diberikan oleh DISQUS tadi ke dalamnya.
Erm.. dah siap pon.. eh.. jangan lupa simpan (save) template tu ye. Lepas tuh, anda mesti la nak tayang sapa yang komen kat blogspot anda kan? Jadi gunakan widget yang disediakan khas oleh DISQUS. Jangan takut kalau entri anda tak keluar Komen pada Komentor Widget. DISQUS kadang kala mengambil masa untuk mengemaskini kedalam sistem mereka.
Untuk mendapatkan kod widget Commentor, anda boleh ke:- http://disqus.com/comments/tools/
Nota: Mata saya masih lagi rasa bengkak di sebelah kiri neh. Tapi dah pergi klinik dan ambik MC. Kalau duduk pejabat, alamatnya kene pakai spek itam la. Kang orang kata macam panca sitara plak. Hadoi ai~
06/10/2017 @ 10:49 am
I see you don’t monetize your page, don’t waste your traffic, you can earn extra
bucks every month because you’ve got hi quality content.
If you want to know how to make extra money, search for: Mrdalekjd methods for $$$
21/09/2017 @ 11:59 pm
Do you have a business idea and need a loan to accomplish your goals? Stop worrying, we are here to provide all the financial help you need. Email us today to request a free quote. Email us today: hamzakumarfinance@gmail.com
25/03/2017 @ 12:26 pm
Pretty section of content. I just stumbled upon your web site and in accession capital to assert that I get in fact enjoyed account your blog posts.
Anyway I’ll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.
25/03/2017 @ 4:11 am
Excellent blog here! Also your web site loads up fast!
What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my website loaded up as fast as yours lol http://bit.ly/2lZh8pz
24/03/2017 @ 9:33 pm
This article presents clear idea designed for the new users of blogging,
that really how to do blogging and site-building.
16/09/2012 @ 3:39 pm
Salam kenal,,sangat bermanfaat. thanks
17/09/2011 @ 10:43 pm
sekarang guna wp.. dulu guna blogspot, itu pon xguna yg ni.. sbb dah beralih ke wp.. hehe
04/08/2011 @ 9:33 am
thank for the tuto
26/03/2011 @ 3:26 pm
boleh ke klu intese debate buat gini ?
24/01/2011 @ 5:53 pm
salam…disqus saya problem la…xkluar bwah entry..cm xbest jer…klu ada org komen pun still tulis 0 komen..klu nk buang jer mcm mna?? hrap boleh mmbantu
26/01/2011 @ 12:47 am
ni mesti ade salah tarok coding ni.
nanti kalau ade masa kita keep contact ye.
sila follow saya kat twitter untuk memudahkan
urusan. – @AzmanIshak
01/04/2011 @ 3:57 am
saya pun ada masalah kat kotak komen disqus.
baru-baru ni adjust html. edit-edit skit.
tiba-tiba sekarang payah sangat nak boleh balas komen orang kat situ.
bro tolong la bantu.. saya taktau nak buat macam mana ni?
02/01/2011 @ 4:30 am
ramai yg komen2 kat atas cakap disqus bagus, tp dorang pakai comment luv? camne tu?
09/08/2010 @ 11:14 am
Hai…. time kasih bebanyak ye atas info ni…mmg sblm ni ada juga yg bgtau susah nk leave comment kat my blog… so skang harap dorang dah bleh komen sesenang hati kt my blog lpas gune discuss ni…. TQ so much…. :kenyit:
.-= nurya entri terkini blog ..Cara nak besarkan gambar dalam blog =-.
09/08/2010 @ 11:08 pm
hai… same same… ini semua atas usaha anda jugak.
nice.. nanti saya followup blog anda ye. rajin rajin la
singgah.. sebab saya sekarang ni dah bergelar bapak
orang… ade baby kecik ni… masa untuk online kene
kurangkan la.
20/07/2010 @ 11:07 pm
salam saudara..
memang bermenafaat entri ini
tapi rasanya pengomen saya masih
selesa dengan peti komen blogspot
saya mmg teringin nak tukar..tapi
bila saya ke blog rakan yang dulunya
byk komen selalunya di tinggalkan oleh komentar
tapi kini sejak bertukar cuma ada1-5 komen
sahaja..jadi ini menunjukkan pengguna
tipikal blogspot masih sukakan peti
komen blogspot..
.-= zulkbo entri terkini blog ..Jangan Ketuk Nanti Masuk Hospital =-.
20/07/2010 @ 5:57 pm
kalau kai wp camna???leceh lak nak ubah2..
15/07/2010 @ 3:00 pm
terimakasih infonya..^^
17/06/2010 @ 3:19 pm
nak tukar ke xnak ni???
dilema…
14/05/2010 @ 8:38 pm
disqus is the best, aku ada gunakan di blogspot aku. memang menarik dan mudah. 🙂
.-= mohdisa entri terkini blog ..Hidup Untuk Memberi : Jom Menang Acer Aspire One =-.
14/05/2010 @ 7:26 pm
hari tu time guna blogspot sempat guna js kit jer…disquss ni tak pernah guna..sebab last 2 berpindah dan beli hosting..hem bro…..tapi kan best kalau dapat buat atucara komen sendiri pada ruangan komen blogspot..gempak sedikit
.-= ishak entri terkini blog ..Tahniah hafiz hasyim : Malaysia Boleh !!! =-.
12/05/2010 @ 4:53 pm
paste kat page tu kat mne ek?? 😐 😐 😐
.-= matdin entri terkini blog ..Tag Kali Keempat =-.
12/05/2010 @ 4:58 pm
selepas kita delete kod asal dan pastekan semua kod yg baru dpt mcm langkah 2 tu dah kira siap ke? yg extra widget tu nak buat macam mana lak??
.-= matdin entri terkini blog ..Tag Kali Keempat =-.
12/05/2010 @ 5:58 pm
extra widget tu untuk diletakkan pada sidebar. contoh kita
nak tau sapa yang dah komen.. or sapa yang paling banyak
komen kat blog. masukkan dalam HTML code widget yang disediakan
kat blogger.
12/05/2010 @ 5:57 pm
paster dalam template kita — Edit HTML.
taspi sebelum tu pastikan hang dah klik Expand Widget check box tu.
12/05/2010 @ 5:59 pm
tau dlm html tu tapi kat bahagian mana?
kat atas atau bawah ape ek?
.-= matdin entri terkini blog ..Tag Kali Keempat =-.
12/05/2010 @ 6:01 pm
kat atas kat bawah??? kita letak kat sidebar je
tak penting atas atau bawah. ikut kreativiti kita je. :sengeh:
12/05/2010 @ 6:22 pm
yg tu kat add gadget ke? 🙂
.-= matdin entri terkini blog ..Tag Kali Keempat =-.
12/05/2010 @ 6:59 pm
ye betoi tu… itu kalau nak extra punye.
03/05/2010 @ 12:37 pm
aku pening lol.. aku tengah mencari komen box untuk blogspot yg mcm ala-ala wordpress.. tapi x jumpa.. byk yg susah dan merapu je aku terjumpa.. x de ke coding yg leh aku copy paste letak kat dlm coding layout aku ye ??
.-= RSD entri terkini blog ..ApaCeritaNya ?! Bertapa Jauhnya Perbezaan Ini… =-.
12/05/2010 @ 5:56 pm
kalau untuk blogspot memang kene bpakai disquss senang skit.
ikut je step kat atas tu slow slow. tak susah pon. kalau kita main paste
je.. nanti ade komen yang sebelum ni tak keluar. sebab dia tak import
keseluruhan database. :sengeh:
28/04/2010 @ 7:14 pm
salam bro..bile komen2 lama akn muncul ek?
12/05/2010 @ 5:55 pm
wsalam. komen lama boleh muncul jugak. dia akan import. sila pilih import all ye. mase nak copy code tu. lihat langkah yang Used Disquss comment on all blog entries
Tutorial Blogger.com: Cara-cara Memasukkan Fungsi Komen DISQUS di Ruangan Komen — Malaysia Web Designer | Malaysia Web Developer | Kelantan Web Designer Baloot's Blog
24/04/2010 @ 6:22 pm
[…] Baca tutorial ini: Memasukkan DISQUS Ke Blogspot […]
24/04/2010 @ 1:34 am
Baru apply Disqus…tengok la sambutannya nanti
.-= muhammad fakhruddin entri terkini blog ..Talbis Iblis 1:Minah Tudung Berfesyen =-.
27/04/2010 @ 6:30 pm
template hang dah cantik. kalau ade code read more, rasanya lagi elok. sebab tak semua reader akan baca cerita kita. readmore memang penting beb. untuk cepatkan
masa loading keseluruhan page. nanti aku cari kod macam mane nak buat readmore kat blogger.
14/05/2010 @ 7:33 pm
draft.blogger.com dah dipasang dengan readmore macam wordpress bro..tak caya bukak blogspot…dulu time pakai blogspot memang saya sibuk godek kat blog indon cara nak buat readmore pada blog blogspot…sebab time tu draft.blogger.com belum ada..sekarang ianya macam fungsi wordpress cuma kat ruangan komen tak sama
.-= ishak entri terkini blog ..Tahniah hafiz hasyim : Malaysia Boleh !!! =-.
23/04/2010 @ 8:30 am
ingat nak tulis komen
dah dok karang dlm kepala otak ni
baca discussion korang berjela2 tu
dah hilang lesap mana dah..hehe
kenapa entah, kak jie tak pernah ada masalah nk komen kat blogspot walau dia org mintak ID google
sbb ID google Kak Jie hanya letak link blog kujie2.com kat bahagian blog i follow
hanya satu link saja..jadi itulah yg akan di klik
.-= Kujie entri terkini blog ..Blog-ping Aggregator Selain Geng Blogger =-.
27/04/2010 @ 6:14 pm
entah kenapa saya lebih suke tulis nama dengan url
kalau berkomen. kalau default blogger terus pakai
google site. saya banyak manage blogspot. tolong
kengkawan.. kang habis orang sesat nak trace mane satu
blog yang betoi. :lawak-gile:
19/04/2010 @ 11:19 pm
kenyakkan blogger nak kan komen sistem macam WP
sebab ade threded system. baru la komen
tak berterabut.
kita tau sapa yang reply dan sapa yang baru komen. kan?
19/04/2010 @ 9:56 pm
orang suka sebab nampak link depa.
kalau pakai blogger punye komen..
link blog depa tak nampak, tapi
ID google je yang boleh di view kan? :wek:
19/04/2010 @ 9:51 pm
hahaha… kekadang aku kompius sama ada itu
adalah blogspot atau myspace… bling bling sangat.
penuh widget & iklan warna warni. :sengeh:
28/04/2010 @ 8:18 pm
jangan tegur.. biarkan.. hahaha nanti depa tersentap
lepas tu keluar la entri “blog aku.. .aku punye suke”
erm.. no comment! haha
19/04/2010 @ 9:40 pm
itu la pasal.. sistem pasal sistem komen
jugak la yang menyebabkan aku beralih
kepada wordpress. sebab sedap berkomen kat wp.
masa duduk kat blogger kita tak paham. tapi
sekali dah pakai wp, baru paham kenapa orang
cakap komen kat wp lagi best dari blogspot.
19/04/2010 @ 12:18 pm
blog zulseffort dot net pun pakai disqus
.-= zuls entri terkini blog ..Entrecard & First Commenter Club (FCC) =-.
19/04/2010 @ 10:01 pm
tahniah zul.. dah lama pakai eh?
cun ah. nak mengusha
19/04/2010 @ 10:34 pm
Zul dah lama dah pakai. Dari masa dia bawah blogspot lagi dah pakai. Zul ni memang pengguna setia Disquss 😉
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
19/04/2010 @ 10:58 pm
hahaha.. en rest n relaks mengganassss…
tahniah. bak mai banner 250×60 aku nak tempek
pasal menghargai komentor malam ni. nak letak
kat sidebar sebelah kanan tu
19/04/2010 @ 11:07 pm
Ahaks.. betulka ni Man..
Aku ni dah la tak dak banner saiz tuu.. Nanti aku letak jugak link hang (baru aku sedar yang aku tak paut lagi dengan hang)..
oppsss okay aku udah resize header blog aku guna photo studio. hehe… aku hantar kat hang camne ni?
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
19/04/2010 @ 11:18 pm
hantar je kat sini link baner tuh.
tak pe.. kalau WP filter aku approved.
tadek hal. bagi link blog sekali ok.
19/04/2010 @ 11:38 pm
Orait ni dia..
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
19/04/2010 @ 12:46 am
entah kenapa aku lebih selesa dgn default comment blogger
menambah sesuatu dlm blog ni akan menyebabkan load time menjadi lebih lama
.-= Wan Perlis entri terkini blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
19/04/2010 @ 1:55 pm
Salam Wan Perlis,
Pakai yang mana-mana pun okay aje janji tuan rumah selesa : ), tapi memang betul loading time agak lama sedikit.. err dekat zuls (disquss) rasa kalau lama pun dalam 2-3 saat beza 🙂
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
19/04/2010 @ 10:01 pm
stakat 1 2 saat takkan berkira. janji orang
berhajat nak komen tu selesa. kita kene
pikir jugak keselesaan pembaca kan?
19/04/2010 @ 10:00 pm
tak lambat pon. kalau lambat cume sesaat dua macam tuh.
tapi kalau tenet parah.. pakai default pon lembap jugak.
19/04/2010 @ 10:33 pm
Lol, ahaks memang betul, kalau tenet lembap.. tak yah cakap..
“tapi kalau tenet parah.. pakai default pon lembap jugak.” – quote ahli pelepas tensi di twitter
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..Saya Suka IKan PAUS @ I Love Whale =-.
19/04/2010 @ 10:57 pm
hahaha… tau tak pe beb.
internet malaysia ni variable sangat
speed dia. cakap je speed 1Mb, tapi kekadang
jadah pergi ke 200Kb pon ade. tension.
18/04/2010 @ 11:03 am
Ehhh cakap tentang mengomen di blogspot.. Ni kalau buat entri yang berkait pun menarik juga. Hehe. Setelah pengguna wordpress memberi pendapat mereka yang bertubi-tubi.. teringin gak nak buat post tentang pendapat aku dari pandangan pengguna blogger.
Berbeza-beza pendapat tu kan bagus. Berbeza pendapat tak semestinya berkelahi hanya pendapat yang lain : )
Tapi tu la, kalau buat entri tu kena buat dalam BM.. aduihhhh BM aku dah berabuk.
Ehh, CL aku tak tukar sebab semalam aku gatal2 main tukar2 DNS setting untuk domain name ka?
Selamat Hari Ahad : )
19/04/2010 @ 9:59 pm
dah tukar? apakah? haha… pandai betoi main DNS eh?
p/s: buat la satu entri. nak gak bace pasal ni
19/04/2010 @ 10:37 pm
Dah betulkan balik. Gara2 macam chiter singa yang tamak haloba. Konon2 nak dapat duit adsense for domain. LoL.. habis dns setting bertukar dan menjadi parking. Tuu punca.
p/s : tuu la fasal entri tu.. pendapat hang ada, Kak Jie ada, ada satu blogger extrems tuu pun aku dah baca (tak ingat nama sebab pendapat dia ekstrem @ fanatik).
InsyaALLAH kalau ada masa aku buat la kot. Takut2 lepas buat satu hari lepas tuu aku pindah WP. kekekeke
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
19/04/2010 @ 10:55 pm
erkk? entri mane eh? bak link nak semak semula.
aku ni kekadang main sedap je komen. haha
18/04/2010 @ 10:58 am
Ahaks ahaks..
Salam Man, haha, isu komen ni seronok kalau mengomen tapi tang tuu aku simpan dulu..
Kalau platform blogspot, boleh pilih tiga : Aku ada akaun tiga-tiga
Echo – sekarang tak percuma lagi dah, cuma aku moderatekan sistem comment aku supaya tak boleh tinggal anonymous sebab hari tuu kerap sangat tinggal anonymous sampai aku tak tahu siapa yang komen. Banyak bloggers malaysia masih tak kurang biasa dengan echo tuu yang bila komen tak tinggalkan address blog, yang dok tinggalkan link twitter atau fb atau dsbnya : ). Dulu Andy CL join dgn ECHO untuk CL tapi tetiba join venture di tarik balik.
Bagus – sync dengan blogger commenting system.
Intense Debate – syiok sebab kalau install memang ada CL. Tapi pernah jadi jugak kes missing comments dan ID ni kalau kena dah berlambak-lambak kadang2, buatkan blog kita lambat. Ada emoticons. Sistem external – ertinya tak sync dengan blogspot. Katakan kalau ID ditarik keluar, semua post2 yang lama akan tunjuk 0 komen, sebab semua komen di simpan di dalam ID dan bukan Blogger.
Disquss – Tiada CL buat masa ni. Tiada emoticons buat masa ni. Sistem komentor external juga dan tidak sync dengan blogger/blogspot.
Akhir sekali pilih la mana-mana sistem yang dirasakana sesuai. : )
18/04/2010 @ 3:40 pm
Setuju dengan Incik RestNrilekS. Hehe :kompius:
19/04/2010 @ 12:47 pm
aku pernah pakai ID dan Disqus, mula-mula pakai ID , tapi sebab komen selalu hilang, aku beralih ke Disqus,
blog-blog hebat macam mashable.com pun pakai disqus..
🙂
.-= zuls entri terkini blog ..Entrecard & First Commenter Club (FCC) =-.
19/04/2010 @ 1:44 pm
Untungnya gunakan salah satu sistem komentar di atas adalah membalas komen melalui e-mel apabila terdapatnya “Comment Notification”. Kalau WP dan Blogger commenting system ada “feature” ni memang dikira menjimatkan masa yang amat amat 😉
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
19/04/2010 @ 9:58 pm
discuss boleh import komen terdahulu. jadi
komen lame lame masih ade. :sengeh:
19/04/2010 @ 10:29 pm
Haa ah man, cam ID jugak, boleh jugak nak setting kalau nak entri lama sistem lama, mula entri baru pakai sistem baru, tapi kalau ko cabut depa tuu – entri2 baru tak kan tunjuk komen sebab tersimpan dalam Ds dan ID.
Aku ingat nak tukar ke ID – sebab ada CL –
Nak pakai Disquss – err tak dak emoticons dan CL
Echo – pakai suka sebab blog walking aku banyak yang guna echo jadi bila mengomen boleh letak gambar dan youtube.. kira komen jadi lebih interaktif di kalangan reader2 aku
Ntah le.. laa ni aku tengok terkelip-kelip je la mata tak tahu mana satu.
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..Doodle in FaceBook? Whoaho!! =-.
19/04/2010 @ 10:52 pm
alah bro.. masuk la WP. habis citer.
domain dah ade… tinggal hosting je kan?
sekarang pon dah murah. bukan zaman 90an.
dulu ye la.. mahal mende mende macam ni.
sekarang ni semua orang mampu. cume nak tak nak je :sengeh:
19/04/2010 @ 9:58 pm
waaa…. panjang giler… jarang dapat komentor
panjang berjela kat sini. terharu dowh…
tapi discuss yang aku buat intro kat atas tu
boleh export semua komen terdahulu.
jadi tak perlu risau pasal komen yang lepas akan hilang. :sengeh:
19/04/2010 @ 10:31 pm
Ahakss.. aku pun terharu sebab ada yang terharu aku komen panjang. Kadang2 aku risau nak komen panjang sebab yang lain komen pendek.
Kang depa kata menyibuk pulak.
Pakai disquss atau ID ni cam satu hala jer – lebih kurang cam kalau dah pindah ke WP, tak dak nya nak patah ke belakang tengok blogger.

.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..Blogging is No Longer Fun =-.
19/04/2010 @ 10:54 pm
aku tak pernah nak had limit komen kat sini.
asalkan related dan tak spamming ok la.
cukup bersyukur dapat komen macam ni.
dulu aku banyak masa berkomen kat blog
orang. tuh pon pasal nak kuatkan backlink.
sekarang ni masa diperuntukkan untuk keluarga.
maklum la… perhatian kene bagi lebih.
ibu mengandung la katakan.. hehe :hehe:
17/04/2010 @ 11:49 pm
Salam bro…
Blog aku tak pakai disqus tp komen lain dr blogger punya.
try tengok, cam kat blog aku ok x? ke kena tukar pakai disqus gak?
.-= h3r0 entri terkini blog ..Filem lucah dari Malaysia aka 3gp ke? =-.
19/04/2010 @ 9:56 pm
dah tengok. itu embed komen bawah entri.
macam tu pon ok gak. tapi realiti
blogger kebanyakkan nakkan ada nama
dan url supaya backlink mereka makin mantap
bila berkomen ke blog rakan. itu yang di amalkan
oleh sistem WP. blogger amalkan sistem login
dari google ID. pasal tuh tadek backlink ke blog url lain.
17/04/2010 @ 11:39 pm
bagus utk blogspot..kalau yg guna wordpress tu baik guna yg default je, xpayah nk install guna disqus
.-= khairil entri terkini blog ..Apa Boleh Buat Dengan 1 SMS =-.
18/04/2010 @ 3:41 pm
yg ni aku sokong.. wordpress user sila gunakan default comment system.. apa guna bayar hosting, bayar domain, tapi pakai luar punye comment system.. wordpress punye default dah cun ape.. :bagus:
.-= Anarm entri terkini blog ..Kematian Achik Spin mengimbau kenangan lama =-.
19/04/2010 @ 9:54 pm
WP jangan gatal nak ubah pakai mende lain kan?
hahaha… dah comey dah sistem komen WP neh.
19/04/2010 @ 9:54 pm
yup.. wordpress tak yah gatal tukar.
dah cantik dah sistem komen WP neh..
17/04/2010 @ 8:42 pm
:kompius: ..tkpelah..skrg ni tk sempat nk letak bende tu kt blog..nnti2lah..biar prg lain letak dulu…:)
.-= idalara entri terkini blog ..Bila Rindu Menggamit…. =-.
19/04/2010 @ 9:52 pm
kalau akak nak tukar, boleh bagi tau,
saya tolong. tapi kene ubah style blog akak dulu.
text terlampau kecik. suka baca. tapi saya ni
ade sikit rabun sejak akhir ni. pasal tu susah nak komen.
jangan amik hati ye
17/04/2010 @ 7:50 pm
nasib baik la ada kawan yang membantu kalau tidak bila tahun la aku dapat pakai benda ni..terima kasih sifu..hahaha
.-= papaitam entri terkini blog ..Siapa dapat pangkah banyak dia menang =-.
19/04/2010 @ 9:51 pm
jangan panggil sifu. aku budak baru belajar. :wek:
17/04/2010 @ 6:38 pm
warghh tak try lagi…nak jugak guna untuk laman blog blogspot..sebab guna intense debate je.. huhu… :sembang:
.-= zikr entri terkini blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
19/04/2010 @ 9:50 pm
intense debate lembap. discus laju skit dari intense.
22/04/2010 @ 1:08 am
owh ..betul lah tuh… :tention:
.-= zikr entri terkini blog ..Cabaran keusahawan =-.
17/04/2010 @ 1:22 pm
Hoho dah berjaya install DISQUS :hehe:
promote jap : http://wazy.inter.net.my :sengeh:
.-= wazy entri terkini blog ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja =-.
19/04/2010 @ 9:50 pm
yup.. dah usha. tahniah. dah berjaya eh?
17/04/2010 @ 1:03 pm
hm… belum mendapat hidayah lagi untuk bertukar…
19/04/2010 @ 9:50 pm
tukar beb. demi keselesaan pembaca.
kita tak boleh gak main nak sedap ikut kita je
lagi lagi blog kita dah ade pembaca.
nampak macam tadek komen. bukan sebab tadek
pembaca.. tapi sistem kita amalkan macam kurang sihat :sengeh:
19/04/2010 @ 10:06 pm
hm.. tambah berat la blog aku kang.. lagipun dieorang boleh pakai yang Name/URL :kompius:
19/04/2010 @ 10:12 pm
muhahaha… tak best sebab muke aku yang hensem ni
tak keluar masa komen. keh keh keh. :lawak-gile:
19/04/2010 @ 10:17 pm
takpe2.. nanti aku dah bertukar ke wordpress ko komen la puas2 ea… :cinta:
19/04/2010 @ 10:50 pm
hahaha perli nampak? masuk WP la.
zaman dulu aku hengat lagi.. bukan calang
orang boleh ade domain sendiri. sekarang ni,
semua mampu ada domain. cuma nak dengan
tak nak je,
17/04/2010 @ 12:58 pm
akhirnya disqus jadi pilihan rasmi untuk kotak komen di blogger.com..
cuma bro,ada blogger lain yang cakap suruh tukar…lambar sangat nak loading…ada cara nak settle kan loading yang lambat tu tak?
.-= Piston Pecah entri terkini blog ..Bola dan Gol =-.
19/04/2010 @ 9:49 pm
ok je beb. tak terasa sangat beza dia. sebab discuss
punye loading ok je. kalau lambat pon dalam sesecond
dua je. ok lagi dari langsung orang tak mau komen.
lagi haru :sengeh: