Salam ceria dan salam bahagia kawan-kawan. Saya masih lagi dalam mood yang amat moody dengan keadaan. Namun perkara tersebut tak boleh nak dijadikan sebagai alasan untuk menjadi manusia yang malas. Kalau nak pikir masalah, semua orang ada masalah. Cuma yang berbeza adalah macam mana dia nak menangani masalah tersebut. Dah dah.. jangan nak serabut sangat. Kene kuat semangat kalau nak berjaya.

Kali ini saya nak kongsikan kiriman email dari rakan kita yang bertanya mengenai beberapa perkara pasal WordPress dan plugin. Kiriman email ini datangnya dari Saudara Fadzli.Com

Soalan Pertama – Macam mana nak buat smilies kat blog.

Ok… pertama sekali apa yang anda perlu adalah seperti biasa log-masuk ke dalam dashboard WordPress anda. Seterusnya ke bahagian Plugin –> Dan pasang plugin ini –> WP Grin. Jangan lupa untuk aktifkan ok.

Langkah seterusnya agak sedikit sukar. Tapi tak sukar mana pun. Sila masuk ke CPanel anda atau Direct Admin. Ini bergantung kepada perkhidmatan Hosting anda. Sekiranya anda dari ServerFreak, sila login ke CPanel dan Direct Admin sekiranya dari FIVIO.

  • Cara login Direct Admin FIVIO: http://url-domain-anda.com:2222
  • Cara login CPanel ServerFreak: http://url-domain-anda.com/cpanel

Kemudian daripada sini, sila ke folder:- /public_html/wp-includes/ kemudian edit file function.php. Pesanan saya, sila buat salinan file ini terlebih dahulu. Dikhuatiri berlaku kesilapan secara tidak sengaja.

Sekarang ni kita akan tambah fungsi smilies ke dalam function.php tersebut. Sila cari perkataan ini:-

if ( !isset( $wpsmiliestrans ) ) {

$wpsmiliestrans = array(

Seterusnya tambah perkataan di bawah  ini di bawah perktaan merah tu.

‘:bagus:’ => ‘bagus.gif’,
‘:bangge:’ => ‘bangge.gif’,
‘:bongkak:’ => ‘bongkak.gif’,
‘:bye:’ => ‘bye.gif’,
‘:cinta:’ => ‘cinta.gif’,
‘:duet:’ => ‘duet.gif’,
‘:gersang:’ => ‘gersang.gif’,
‘:gile:’ => ‘gile.gif’,
‘:hehe:’ => ‘hehe.gif’,
‘:kelip:’ => ‘kelip.gif’,
‘:kenyit:’ => ‘kenyit.gif’,
‘:lawak:’ => ‘lawak.gif’,
‘:lawak-gile:’ => ‘lawak-gile.gif’,
‘:marah:’ => ‘marah.gif’,
‘:muah:’ => ‘muah.gif’,
‘:nanges:’ => ‘nanges.gif’,
‘:pelik:’ => ‘pelik.gif’,
‘:segan:’ => ‘segan.gif’,
‘:sembang:’ => ‘sembang.gif’,
‘:sengeh:’ => ‘sengeh.gif’,
‘:takut:’ => ‘takut.gif’,
‘:tention:’ => ‘tention.gif’,
‘:tunggu:’ => ‘tunggu.gif’,
‘:wek:’ => ‘wek.gif’,
‘:wtf:’ => ‘wtf.gif’,
‘:matila:’ => ‘matila.gif’,

Contoh adalah seperti pada gambar di atas ini.

Ok… seterusnya adalah muat naik fail-fail smiley. Smilies yang saya gunakan adalah dari Yahoo Messanger. Ianya kecil dan comel. Anda boleh muat turun di sini. Seterusnya pindahkan kesemua fail-file smiley ini ke hosting anda di dalam folder (CPanel atau Direct Admin) –> /public_html/wp-includes/images/smilies/

Ok… dah siap. Harus di ingat. Setiap kali anda menaiktaraf WordPress anda. Fail Function.php ini akan di-OVERWRITE sama sekali. Pastikan anda mempunyai backup Smilies Function anda ok. Cuba lah periksa kotak komen anda sekarang. Ini adalah cara traditional. Saya tidak menggunakan Plugin untuk kaedah ini. Sebab ia menjadikan saya malas untuk belajar PHP. Harap maklum.

Soalan ke dua adalah:- Macam mana nak bubuh CommentLuv kat blog.

Untuk soalan ini, saya memang menggunakan plugin CommentLuv. Anda boleh dapatkan plugin tersebut di sini. Tapi CommentLuv ini tidak akan bermakna sekiranya blog anda adalah Nofollow (tak mesra link follower). Anda boleh dapatkan plugin DoFollow di sini pula.

Soalan ketiga adalah:- Macam mana nak tambah “anda mungkin meminati…”

Dalam perkataan lain adalah “Related Post”. Antara lain tujuan fungsi ini adalah, sebagai cadangan bahan bacaan lain kepada pembaca anda yang mungkin berminat untuk mengikuti cerita anda yang lain. Cerita yang berbeza, tapi mungkin ada kena-mengena dengan topik yang baru anda utarakan dalam catatan terkini. Untuk itu, anda boleh menggunakan plugin ini.

Nota: Harap saya menjawab soalan Saudara. Sekiranya rakan-rakan yang lain ingin berkongsi maklumat atau ingin bertanya sesuatu mengenai Blog terutamanya WordPress, anda boleh ajukan soalan atau cadangan anda ke alamat email admin[@]azmanishak.com atau anda boleh gunakan Kotak Aduan Rakyat yang saya sediakan di sidebar sebelah kanan tu. Terima Kasih Semua.