Makin lama… makin ketagih plak bermain-main dengan macro mode. Hasil gabungan Lens Samyang 85mm f1.4 bersama extension tube memang tak mengecewakan. Gambar kat atas ni aku cuma gunakan extension tube step 01x. Untuk pengetahuan bagi peminat macro fotografi, tapi menjaga budget poket, pelaburan ke extension tube memang berbaloi-baloi. Baru RM30.00 dah boleh dapat hasil macro yang mencapai tahap kepuasan hati disamping mengekalkan lens kesayangan. Tak perlu upgrade lens macro pon. Pakai kitlense pon boleh!

Boleh semak kat sini untuk extension tube. Aku beli pon dari sini. Untuk lens Sony Alpha atau minolta AF lens, ade kaedah cara penggunaannya sebab extension tube yang berharga RM30.00 tu tadek electronik sensor. Sila tinggalkan komen kalau nak tau macam mana nak guna ye.