Salam ceria dan salam mesra untuk rakan-rakan semua. Dah lama saya tidak berkongsi sesuatu dengan anda di sini bukan? Sejak dua menjak ni, selepas beralih ke kerja baru ni, saya amat jarang sesangat nak bersosial dalam internet ni. Bukan ape, sekarang ni tengah kalut nak menjayakan projek MEGA kat tempat kerja. Untuk kali ini saya nak berkongsi bersama anda satu tools yang saya gunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja membuat MENU laman web cara mudah dan cepat.

Perisian ini diberi nama Open cube Visual CSS Quick Menu didatangkan secara percuma. Perisian ini adalah khusus untuk pengguna Windows. Meskipun begitu saya telah mencubanya di UBUNTU tanpa ada sebarang masalah. Untuk memuat turun perisian ini, anda boleh dapatkan di Laman OpenCube.

Secara ringkasnya mengenai perisian ini, dianya digunakan untuk membina MENU bagi laman-laman web ataupun juga untuk blog yang ingin dijadikan CMS persendirian. Cara menggunakannya teramat mudah dengan hanya memilih template yang disediakan, kemudian anda boleh mengedit semula dari template tersebut. Tidak perlu lagi kusutkan kepala untuk mencipta menu interaktif jika anda kurang mahir menggunakan CSS.

Nota: Projek terbaru adalah mencipta Helpdesk Portal dan Computer Info & Management Services daripada WordPress.