Live Update: 18 Nov ’09, 3.19pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Ditutup??? Tak mungkin kot… Aku sayang teramat sangat kat domain ni. Walaupon tak se-pemes blog orang lain, tapi untuk aku, banyak memori tercatat kat sini. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, domain aku akan tamat tempoh pada penghujung bulan hadapan. Begitu juga dengan hosting. Aku sedang tercari-cari hosting yang sesuai untuk domain aku. Cadangan pertama adalah dari SepakuHOSTING. Tapi masalah aku bila nak transfer domain. Aku ni agak kurang mahir bab ni.

P/S: Masih juga tecari-cari hosting lain yang sesuai. Minta jasa baik kamu sekiranya berkelapangan untuk memberi tunjuk ajar dalam pemindahan domain dan hosting ye. Terima kasih Malaysia~