Live Update: 30 Oct ’09, 4.59pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Entah betoi ke idak apa yang aku tulis kat tajuk ni. Kalau tersalah eja, maafkan le aku. Dalam mood sekarang ni, emosi aku memang kerap kali terganggu. Aku cuba jugak untuk berlagak ala-ala macho dan rileks, tapi masih tak bleh blah la…

Ada juga antara rakan-rakan memang memperakui, sekiranya berada dalam situasi aku sekarang ni… perubahan tingkah laku memang jelas ketara. Perkara remeh temeh boleh menyebabkan pergaduhan. Sekiranya “mereka itu” tahu hakikatnya, mungkin mereka akan ambik sambil lewa. Tapi macam mana pulak yang belum alami. Aku yakin ramai antara mereka cakap aku dah berubah.

Ye lah… Memang dah berubah dari beberapa faktor psikologi, pemikiran dan juga pergaulan. Tertekan dengan keadaan? Mane mungkin… Ia sebenarnya satu persoalan permasalahan yang aku sendiri pun tak terpikir akan jawapannya.

Keserabutan dan jiwa kacau sering berlaku. Antara sedar ataupun tidak. Peperangan dah lama tercetus. Aku harap mereka datang untuk tampil membantu, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Memangla pada dasarnya kesilapan juga berpunca daripada aku. Memang aku pun akuinya.

Kalau nak dipikirkan balik, kita semua pun ada buat salah kan? Tak boleh ke berbincang cara elok dan matang? Tambahan pulak beza usia antara aku dan kamu jelas ketara jurangnya.

P/S: Persoalannya… Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak timbulkan dari dulu…? Ah pening la dengan nkorang ni….