Hijau itu segarkan mata by aimedianet

Hijau itu segarkan mata, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.

Ehhh… Jangan salah paham. Sebenarnya aku ni tersangat-sangatlah mengantuk dipagi hari. Bangun agak awal hari ni sebab wife kerja shift pagi. Kebiasaannya kalau wife bekerja pada hujung minggu, konfem aku akan lepak je dalam kereta kat kawasan parking. Sementara nak tunggu dia balik.

Dari melangut sambung membuta, capai henpon dan carik modal untuk update blog. Ini lah dia liveblog yang aku cukup suka. Tak perlu pun nak pecah kepala korek isu semasa atau politik terkini.

Kalau nak buat isu terhangat, kalau rasa agak blur, tanye saja SIRI: what is the lattest keyword on the internet… Nah, nanti SIRI siap bagi taw termasuk statistiknye sekali hahaha. Mudah kan? Ada teknologi ditangan, kalau tak pandai guna, tak boleh blah jugak.

Eh dah sarapan? Ape plan hari ni?

Thanks,

Azman Ishak.