Live Update: 5 Aug ’10, 12.16pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Cantik, memang teramat cantik. Dari zaman sekolah dulu lagi saya suka lukisan warna air macam ni. Siap beli buku tutorial hokey pasal minat dengan teknik ni. Lagipun masa tu, warna air adalah medium pewarna murah berbanding teknik Oil Painting yang mesti nak carik canvas kalau nak melukis. Leceh betul…

Dah lama tak buat lukisan watercolor ni. Jari jemari nak pegang berus pun rasanya dah parkinson dek sindrom keypadlock. Ini adalah punca bermain twitter di telefon bimbit. Ibu jari tangan kiri kadang-kadang bergetar macam tekan keypad secara automatik. Bahaya kan? Betul ni… Tak tipu. Amat tak selesa bila saya nak menaip di komputer…

Nota: Ibu jari… Ibu segala jari. Kalau nikmat ibu jari ni tuhan tarik, baru taw… Meskipun ibu jari itu satu dan jari lain empat. Takkan lengkap pegangan anda tanpa ibu jari yang satu itu….