Live Update: 9 Oct ’10, 8.39pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Ketika mana Maha Pencipta memberi tahu para malaikat akan kehidupan manusia di bumi, malaikat berkata: "Tidakkah penuh seisi bumi itu dengan keturunan Adam?" Lantas Allah berfirman: "Kamu tidak mengetahui apa yang telah aku rancangkan, kerana itu ku ciptakan KEMATIAN"

Lebih kurang macam tu la firman Allah dalam Al-Quran. Maafkan saya terlupa surah apa. Kalau tau, sila nyatakan. Kalau salah, harap perbetulkan… Hermmm… Buat masa sekarang ni, ramai yang masih sedih atas pemergian Allahyarhamah Puan Azizah, ibu mertua saya. Sanak saudara, adik beradik, ipar duai dah semua ada. Meninggal dalam 6.40ptg tadi.

Masih lagi terpinga-pinga… Blur… Tapi hakikat itu adalah hakikat. Ianya telah berlaku. Semoga ruh ibu Azizah dipelihara Allah. Amin…

Nota: "Al-Fatihah…"