Live Update : 7 Oct ’09, 11.28pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – Dari Nokia N95

Bukan setakat sedih, tapi ditokok tambah juga rasa kecewa. Tujuan aku menulis entri ni adalah berkaitan dengan ISP aku yang kerap bermasalah lewat kebelakangan ni. P1-Wimax adalah ISP yang baru saja aku cuba beberapa bulan yang lepas. Sama juga nasibnya seperti semasa aku menggunakan Celcom Broadband satu ketika dulu.

Mungkin ada yang berkata: “internet slow pun, tapi dapat waived”. Harap maklum sekalian ISP, bukan pengecualian pembayaran yang aku minta, tapi aku nakkan servis yang telah dijanjikan melalui iklan yang kamu canangkan tu.

Pada aku, tadak masalah untuk membayar kadar bulanan yang mahal. (bukan nak bongkak) tapi servis dan kualiti kau biarlah kena pada kadar bayarannya. Kerap kali kerja-kerja dalam talian aku terjejas gara-gara “congested issue” seperti yang cuba ditegakkan oleh penaip twitter Wimax iaitu: @P1W1max

Kalau tak silap aku, daripada permulaan aduan aku buat, sampai sekarang ni masih juga tidak menampakkan hasil. Apa yang aku terima hanyalah mohon maaf dari pihak terbabit. Mintak maaf masa Raya hari tu dah la, ni dah nak masuk dua bulan masalah aku tak selesai lagi, tapi dok nak mintak maaf tak abis-abis. Sapa yang boleh tahan kan?

P/S : Kalau nak ikut kira, panjang lagi aku nak taip. Tapi cukup la aku katakan, pihak Wimax seolah-olah tidak membuat apa-apa tindakan tentang permasalahan aku. Buktinya? Cuba kamu tanya @P1W1max, ada pihak mereka mengeluarkan email memohon maaf secara rasmi mengenai “congested isue”-nya tu? Huh… Bertuah la…

P/S2 : Nak login WP-Admin pun makan masa, jadi… Entri terpaksa ditaip menggunakan handpone untuk melepaskan perasaan…