Negaraku.Net - Gathering Berbuka Puasa Bersama Blogger Malaysia
Negaraku.Net – Gathering Berbuka Puasa Bersama Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua. Sebenarnya entri ni adalah entri penutup untuk Majlis Berbuka Puasa Negaraku.Net. Meskipon aku bukanlah salah seorang daripada Ahli Undangan Negeri mahupon Ahli Parlimen Bukit Gantang.. aku rase sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengelola majlis, ini adalah rumusan daripada majlis yang telah dirancang dan dijalankan dengan jayanya.

Secara amnya dari majlis ini mereka yang bertungkus lumus untuk mejayakan adalah:-

Eddie aka NoktahHitam

Yam aka Life4Hire

Otaimer dSLR – Sham aka Aeropama

P/S : Wajah mereka aku pikir tak payah la nak berahsia lagi. Sebabnya kamu semua semua pon dah sedia maklum penyebaran gambar porno mereka pada entri kawan-kawan lain yang lepas. Betoi kan?

Perancangan sememangnya telah dibuat rapi untuk Gathering – Part1, tapi apakan daya, masalah komunikasi antara tuan empunya kedai dengan pihak pengelola. Tapi bagi aku ianya sudah melonjak ke 98% berjaya atau kata orang success. Salam dan tepukan gemuruh untuk pihak urus setia (macam ucapan sukan sekolah plak~)

Ok lah… antara gambar-gambar menarik yang mungkin ada yang kamu dah tengok dalam blog ni pada Live blogging yang lepas.. maka sekarang aku rumuskan kembali. Sedikit sedutan yang mungkin ada susun atur yang kita terlepas pandang. Dari pandangan aku sendiri dapat aku rasakan.. ini GATH yang betoi-betoi HOLIAUUU pernah aku datang… muahahaha~ Memang best berbakul-bakul… Terima kasih kawan!!!

Otaimer dSLR sedang membincangkan sesuatu.
Otaimer dSLR sedang membincangkan sesuatu.
Semangkuk Tom Yam untuk mengubat hati Kreuger yang terbakar.. hahaha~
Semangkuk Tom Yam untuk mengubat hati Kreuger yang terbakar.. hahaha~
Aiseyyymennnn... awek aku merajuk pulak... - Qiilans87 & KillVern
"Aiseyyymennnn... awek aku merajuk pulak..." - Qiilans87 & KillVern
Murid-muris semua... sila beratur yer... Baik cikguu...
Murid-murid semua... sila beratur yer..." "Baik cikguu..."
Nerahaku.Net - Gath Ayam golek - Part2
Negaraku.Net - Gath Ayam Golek - Part2
Si Comel yang kerap menjadi tumpuan ramai terutama gadis jelita... pewiittt~
Si Comel yang kerap menjadi tumpuan ramai terutama gadis jelita... pewiittt~

Oh… aku tak berapa nak larat untuk menceritakan satu persatu perihal dalam gambar di atas. Rumusan yang dapat aku katakan… memang Gath terbaik. Harap-harap selepas ni pihak urus setia NegaraKu.Net akan mengadakan Gathering Raya Bersama Blogger… sebabnya kedengaran sahutan daripada Twitter sebentar tadi.

P/S : Apa yang seronok masa dah berkumpul ramai-ramai macam ni? Sudah tentu perkongsian ilmiah terhasil secara terbuka… masing-masing berkongsi pengalaman yang ada. Untuk aku pula, taida apa input yang mampu disampaikan… kecuali gelak tawa seronok bersama rakan-rakan blog.