Live Update: 26 Nov ’10, 12.33pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Ok. Ini pula adalah cubaan kedua dalam review pada kali ni. Secara amnya saya masih lagi kekok untuk menggunakan Qwerty keypad. Jadi kadar untuk menaip jadi agak lambat dan sangat tidak bersesuaian ketika dalam keadaan tergesa-gesa atau kelam kabut.Pertama sekali apa yang saya perhatikan dalam aspek penilaian telefon HTC HD7 ni adalah kepantasan menaip dalam keadaan tergesa-gesa.

Untuk seorang live blogger, bagi saya apa yang saya nampak… Keberkesanan menaip blog secara live hanya selesa apabila anda dalam keadaan rileks. Ini disebabkan oleh papan kekunci (keypad) dalam layout qwerty meskipun anda menegakkan telefon ini. Agak menjadi masalah sekiranya tersilap. Anda perlu duduk dalam keadaan selesa, baru boleh menulis. Live blogger perlukan sesuatu yang agak pantas yang boleh dicapai “sebelah tangan”. Ketidakbolehan mengubah kedudukan papan kekunci dalam kedudukan numeric merupakan sedikit masalah untuk menaip blog secara live.

Terdapat lagi satu masalah sekiranya anda menulis dalam Bahasa Melayu. Ini kerana perkataan cadangan (suggestion words) menggunakan Bahasa Inggeris dan kadangkala ianya memperbetulkan perkataan anda secara automatik. Mungkin anda menaip dalam keadaan laju, tanpa anda sedari, ada perkataan anda telah diperbetulkan dan perkara ini menjadi kesalahan perkataan ataupun ejaan. Tapi ini tidak akan mendatangkan masalah selepas anda kerap menggunakan Bahasa Melayu untuk penulisan anda. Perkataan anda tadi akan disimpan untuk digunakan semula sebagai perkataan cadangan sekiranya anda kerap menggunakannya. Hasilnya, telefon ini mengenali bahasa yang anda gunakan dan kadar anda menaip menjadi semakin cekap.

Perkara kedua yang saya perhatikan tentang HTC HD 7 dari sudut Live Blogger adalah, kepantasan mengakses aplikasi kamera. Ini adalah satu kelebihan dimana saya tidak perlu menunggu lama sebelum boleh menggunakan kamera. Perkara ini adalah satu kriteria yang saya inginkan.Kadangkala… Katakan anda rerserempak dengan sesuatu insiden…. Gambar lah yang menjadi bahan bukti tentang apa juga ingin anda sampaikan. Kegagalan atau kelewatan aplikasi kamera dijalankan menyebabkan anda telah kehilangan sesuatu yang berharga sebagai bahan bukti.

Inilah satu kelebihan HTC HD7 mengenai kepantasan mengakses aplikasi kamera. Namun begitu, tetapan atau konfigurasi kamera amat terhad. Perkara ini akan saya bincangkan dalam siri review yang akan datang.

Nota: Mungkin semasa anda membaca review yang ditulis secara live ini, anda akan dapat perhatikan ada perkataan yang tidak bersesuaian dengan perenggan… Ini bermakna kesilapan perkataan cadangan automatik telah berlaku dan saya tidak perasan dan tidak menyemaknya kembali. Harap maklum.

Nota2: (edited) Tiada perenggan sekiranya anda menulis blog dari email (HTC HD7) kepada blog menggunakan flickr. Walaupon anda telah menekan enter. Catatan ini terpaksa diperbetulkan semula. Saya akan cube cari apakah punca kepada masalah ini. Adakah disebabkan tetapan EMAIL? Kita tunggu dan lihat nanti ok.

Sent from my Windows Phone