Syukur, tiada kata-kata lain yang mampu aku ucap, yang boleh aku gantikan perasaan aku ni sengan sesuatu. Alhamdulillah berkat kesabaran, penat pelah, dorongan keluarga, berkat restu mak ayah… Pengorbanan isteri… Akhirnya aku dapat apa yang aku idamkan dalam kerjaya aku.

Lepas ni, nampak gayanya aku makin kesebokan kota lah dengan tanggungjawab baru yang bakal digalas. Satu pencapaian yang aku rasa berbaloi dengan pebgorbanan aku hari ni. Ye, aku manusia… Lambat laun aku merasakan jugak tak puas. Tapi, tak bererti aku tidak bersyukur. Kerana tiada wujudnya tolok kesyukuran dapat diukur. Hanya Yang Maha Esa sahaja mengetahui.

Syukur Ya Allah berkat kurniaan dan limpahan rezekimu. Tak ku sangka, aku kini berada diantara mereka dan bersaing disekeliling manusia yang sangat profesional dalam kerjaya. Alhamdulillah….

Thanks,
Azman Ishak.