Live Update: 14 Jul ’10, 11.14pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Kalau dulu zaman kecik-kecik, masa nak dapat adik, ada jugak mak kena tahan kat wad malam-malam buta. Saya nak ikut jugak, tapi abah tak bagi. Rupanya, baru sekarang ni tau perkara tu berlaku pasal apa.

Pada usia bayi hampir mencecah 8 ke 9 bulan, ibu akan diberi jadual kiraan pergerakan bayi. Kalau kiraan tak cukup sepuluh, maka wajib suami menghantar isteri dengan kadar segera ke hospital yang didaftarkan untuk bersalin. Ini bagi rutin pemeriksaan. Jangan biar jika kiraan tidak mencukupi. Sebaliknya segeralah berjumpa doktor.

Saya bermalam di PPUM la nampak gayanya malam ni. Tunggu laporan dari doktor untuk buat pengesahan. Doa moga-moga selamat semuanya, ibu dan anak. Amin….

Terima kasih kerana sudi membaca blog picisan neh. Dari semasa ke semasa bakal mempunyai kejutan… Secara live??? Erk…. Bergantung pada situasi dan keadaan.

Nota: Sekarang baru faham kan pengorbanan ibu dan ayah. Ini adalah tanggungjawab. Jangan masa bercinta je bukan main… Bila dah dapat, isteri kemana, nkorang kelain… Tak elok macam tu tau!