Assalamualaikum semua. Aku rasa mungkin terlalu awal untuk aku umumkan mengenai perkara ini. Meskipon ade diantara kawan-kawan di dalam talian sudah pon mengetahuinya. Malu ade.. segan ade… gugup ade.. macam macam perkara sekarang ni tengah bermain dalam kepala aku. Sampaikan nak menulis entri ni pon aku dok pikir apa ayat yang aku nak buat.

Aku tadek la sebenarnya nak berceloteh panjang. Entri kali ni aku cume nak buat sedikit pemberitahuan dan jemputan untuk rakan-rakan semua yang dok selalu tanye aku pasal tarikh keramat tuh. Erm.. kenapa hari ni baru nak bagi tau? Sebenarnya, dah lame bercadang nak hebahkan. Tapi kamu pepaham jer la kan.. internet aku sangat siput sejak lewat kebelakangan ni.

Untuk maklumat semua (Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik/Ibu-Ibu/Bapak-Bapak/Kawan-Kawan/Sedara-Mara/Kaum-Kerabat/Kroni-Moni/Rodong-Godong) dan sapa saja lah yang mengenali diri aku ni… pada 07 November 2009 maka akan bermulalah hijrah aku yang baru… melangkah masuk ke alam perkahwinan. Di sini aku mengambil kesempatan menjadi wakil kepada bakal keluarga mertua aku untuk menjemput kamu semua menghadiri Majlis Perkahwinan Aku dan Tersayang seperti yang tercatat di bawah ini.

Tarikh akad nikah dan kenduri.

Lokasi: Susur keluar daripada Tol Gurun, Kedah.

P/S :