Alhamdulillah projek yang dah hampir mencecah setahun penglibatan aku dalam dunia PHP Programming dan nampaknya semakin berkembang… Dari fasa BETA… sekarang ni terus melangkah ke Fasa ke2. Untuk module kali ni…. aku menulis kod-kod PHP untuk proses transaksi sebarang produk barangan IT sama ada barang yang masuk atau pon barang yang diambik keluar. Kiranya semua direkodkan secara digital.
Masa dulu orang suka pakai STOCK Card. Kene tulis manual… Owh… itu sangat outdated nowadays. Sebelum aku berkerja dengan kampeni sekarang ni… aku dah jenuh dah dulu kerja dok tulis STOCK Card IN/Out ni. Dah naik meloya tengok stock card. Jadi aku ambil inisiatif buat online stock card supaya aku boleh check pada bila-bila masa semua IT Properties yang diwartakan bawah jagaan aku.
Konsep? Mudah… ade module product register, product editor (gambar pertama) + product transaction dan juga product enquiry (gambar kedua). Setiap satu module terdapat 2 kawalan untuk tatacara pengisian. Satu JavaScript dan satu lagi dari PHP yang aku createkan library untuk beberapa fungsi khas. Sila abaikan layout yang buruk tu… sebab itu perkara terakhir untuk projek ini.
NOTA: Boleh dikatakan sekarang ni… aku semakin seronok dan ketagih dengan PHP Coding.
megat
31/10/2011 @ 9:49 am
mantap! usaha yang tidak sia-sia. terus melangkah untuk capai yang terbaek! interface kemudian cerita, yang penting macam mana nak mantapkan sekuriti sistem yang kita buat.
lepas hebat dengan PHP boleh lah layan SAP pula hehe.
adoi dah lama tak main dengan programming, otak dah karat.
Muhamad Azman Ishak
31/10/2011 @ 10:07 am
Salam en megat. terima kasih. tapi ape pon.. aku still baru dalam dunia web progremming ni. pasal bab interface tu.. kawan aku yang buat layout. aku neh.. malas gile nak design interface. cume aku focuskan pada workflow dengan security jer.
SAP? sebelum ni memang dah pernah pakai untuk ERP System pon. cume kampeni sekarang blom lagi buat perancangan untuk beli SAP. So initiatif untuk department aku.. aku buatkan inventory dalam PHP. haha…
Lame tak sembang dengan en megat. Harap en megat sekeluarga sihat selalu. amin!
mijie
21/10/2011 @ 11:09 am
hang memang hebat man…
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:21 pm
ape hebat-hebat ni? hang tu bukan tak bleh progremming PHP pon.. saje nganjing aku plak ar kan? *tetibe emo*
zuls
21/10/2011 @ 9:31 am
Hi Sifu, aku pun baru belajar-belajar coding PHP.
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:23 pm
kalau awak panggil saya sifu.. awak silap. saya seorang pelajar.. blom lagi jadi mahaguru. hehehe… baru sangat kenal dunia progremming php ni. masih mengumpul pengalaman. salam kenal!
wazy
20/10/2011 @ 10:01 pm
Menarik la bro,hehe ..teringin jugak nak belajar PHP Programming ni
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:24 pm
eh… blajar la… rugi dowh tak blajar.. lagi beh dari mIRC script cakap kauuu… cube terai sekali… konfem kau ketagih broo
Bukit Gambang
20/10/2011 @ 4:37 pm
boleh upah bro azman la lepas ni..
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:25 pm
hahaha… boleh boleh… meh meh… nak buat utk projek semester? mai mai.. haha!
Cikgu Hairul
20/10/2011 @ 6:49 am
Owh sungguh ku kagum
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:25 pm
sila jangan kagum… ini projek permulaan. semua masih baru. salam ceria cikgu!
Eizil
20/10/2011 @ 12:13 am
Lepas ni lerh aa tunjuk ajarku sifu… 😀
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:27 pm
ahhh ye…. hang tu mahaguru aku… mane bleh lawan