Sambil sambil kamu semua layan blog ni, sekali lagi satu entri datang dengan penghayatan bermuzik. Hayati jer lagu dari OTAI kita iaitu Bro Love a.k.a Razzi Rahman – Penulis dan Penyanyi. Untuk pengetahuan semua, beliau sekarang ni dah menubuhkan Band yang diberi nama Razzi.Muz.Ik. Kombinasi nama daripada:- Razzi Rahman + Muzamil Shaikh Osman + Irfan Khairi.

Mencari Cinta & Memahami Rindu

Sekarang baru nak paham apa erti rindu eh…? Sebelum ni? Mungkin sebelum ni tak paham, dan dengan alasan yang sama agaknya untuk kerap putus cinta. Yelah.. malas nak gossip hal orang lain. Aku rase elok kita kongsi bersama perkara ni. Tak terlalu sulit untuk diceritakan menganai soal hati dan perasaan kepada orang lain melalui penulisan. Kiranya ade sedikit sikap keterbukaan pada penulisan aku untuk entri pada kali ni.

Kalau dulu??? Erm.. tak pernah plak nak mengkaji pasal perkara ni. Jadi ape beza dulu dengan sekarang ni? Ah.. aku tak tahu pulak kamu semua macam mana. Bercinta dulu baru berkenalan??? haha.. susah beb.. Sememangnya agak kusut untuk dihuraikan perasaan sekarang ni. Oh lupa pulak… entri pada kali ni pon sememangnya susunan tatabahasa agak tak berapa normal dari biasa. Aku rasa lebih santai sekiranya menggunakan bahasa yang agak pasar.

Masih ade agaknya yang tercari-cari cinta. Pada aku la:-

“Cinta sememangnya perlu dicari sebab ianya adalah naluri manusia itu sendiri”

Itupon kalau kena pada gayanya. Kesederhanaan amatlah penting dalam berkawan ni… jangan terover, jangan terpesong, jangan mengongkong. (Banyak pulak jangannye)