Spiderman Poster 2014 - Potia kata... boleh hantar invoice kat Marvel... hahaha Eh? Marvel ke Capcom?
Spiderman Poster 2014 – Potia kata… boleh hantar invoice kat Marvel… hahaha Eh? Marvel ke Capcom?

Tajuk gempak tak hingat kat. Dah alang-alang nak membina jenama pada kata kekunci tertentu, jadi apa salahnya jika buat tajuk sedemikian? Tak salah… ok kita tinggalkan bab tajuk. Hari minggu yang teramat tidak berapa nak layan. Sebabnya kepenatan pada hari Khamis pergi Dataran Merdeka untuk tangkap gambar.

Lepas tu, aku tanye kawan-kawan sealiran… masing-masing kata, minggu ni, depa nak peram. Tak mau keluar rumah. OK FINE! Hahahaha… jadi aku pon macam biasalah, mempraktikkan skill yang ada dirumah je. Daripada bermain kamera dan speedlight… sampaikan melukis freehand menggunakan WACOM dan Photoshop. Dalam pada tu, sempat jugak aku bawak keluarga lepak kedai mamak petang ni. Meskipun makan kalut tak hengat sebab anak dah tak mau duduk diam.

Jadi untuk tema minggu ni, aku ulang-kaji pelajaran “Pencayaan dan juga speedlight” Hasilnya pada gambar nombor satu perenggan pertama tu. Gambar hok tu, aku dah adjust contra, brightness, sharpness semua jadah tu kat Lightroom. Seterusnya, aku masukkan dalam Illustrator untuk meletakkan text.

Karekter yang mula terbayang dalam kepala untuk prektis adalah cikgu Fotografi aku, Tarmizi Shukri
Karekter yang mula terbayang dalam kepala untuk prektis adalah cikgu Fotografi aku, Tarmizi Shukri

Lepas dah bosan dan dah takdak subjek…. aku terus je capai pen Wacom…. sebabnya terlintas idea? Tadi siang, masa aku melintas-lintas kat timeline dalam Facebook, aku ternampak sorang brader ni share ARTWORK dia dalam group. Jadi aku pon agak kagum jugak la dengan freehand sketch dia. Lepas tu dia kata, sekarang ni dah banyak tutorial dalam youtube. Tak macam zaman dulu. Haahh kan? PLING… terus aku GOOLGE SKILL… dannn… inilah antara hasilnya.

Elok lepas aku screen shot dan post ke instagram, si Roslan Nazri plak kata suruh buat gambar dia.
Elok lepas aku screen shot dan post ke instagram, si Roslan Nazri plak kata suruh buat gambar dia.

Apakah yang dimaksudkan dengan karikatur atau dalam bahasa Inggerisnya adalah: Caricature:-

A caricature is a rendered image showing the features of its subject in a simplified or exaggerated way. – Sumber WIKI untuk carian Caricature [sila klik pada pautan ini]

Sebenarnya ini adalah diantara skill yang dah lama aku tak gilap. Kesian… rasa sayang untuk ditinggalkan begitu saja. Sekurang-kurangnya, boleh jugak buat anak ralit tengok abah dia melukis. Orang kata, kepandaian melukis ni adalah bakat semula jadi. Aku agak tak berapa nak setuju.

Dah alang-alang sangat... aku pon ngetest plak muke partner aku, si Ikram Baharum. Hahahahaha....
Dah alang-alang sangat… aku pon ngetest plak muke partner aku, si Ikram Baharum. Hahahahaha….

Mungkin betul dan mungkin tidak. Contoh tidak adalah aku sendiri. Aku dilahirkan bukan pandai melukis. Dan aku tak pernah terpikir untuk minat melukis. Sampailah masa sekolah  rendah dulu, kawan aku, dia anak cikgu pendidikan senidia sangat pandai melukis komik. Dari sini timbul minat aku untuk melukis karekter kartun dan komik. Dari minat seterusnya mengasah bakat. Kannn…. nampak dak?

Boleh nampak perbezaan dia kan? Bila dah semakin prektis… detail dia semakin baik. Itu sebab aku kata, perkara yang berasaskan kesenian macam ni.. nak kene selalu prektis.. Kalau tak.. still tu lari….Susah pulak nak kejar. Perhatikan gambar lakaran dari satu sampai ke tiga… ada perbezaan di situ. Itu pon kalau perasan hahaha. Ok bye. Besok nak kerja, jadi malam ni izinkan acik masuk bakul dulu!