Assalamualaikum dan salam ceria untuk rakan-rakan yang berada di talian. Tak kira pelusuk mana anda berada, selagi mana anda mampu menerjah ke blog peribadi ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda rakan penulis, pengunjung, pengomen, pembaca senyap dan segala istilah rakan maya yang lain yang mengenali keluarga kami, memberi semangat kepada kami, berdoa untuk kami… terharu sungguh. Sama ada secara langsung atau tidak, saya mewakili keluarga saya dengan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua serta mohon ampun sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang saya menulis di blog peribadi ini.

Nota: Muhammad Amirul Amin masih lagi ditahan di PPUM. Menunggu hasil keputusan ujian darahnya pada besok pagi. Semoga Amirul Amin cepat sembuh dari sakit kuning… -amin-

Nota2: Besok juga saya nak kene register Surat Kelahiran Muhammad Amirul Amin. Difahamkan yang paling dekat adalah di Taman Melawati. Lepas dah selesai nak balik rumah pulak siapkan sup lada hitam… hehehe banyaknye nak kene buat ni. Saya perlukan PA la…