Dah dua tiga hari aku perhatikan timeline. Scanning setiap blog yang mengemaskini rentetan peristiwa pasal serangan penggodam terhadap portal kerajaan. Bukan aku nak cakap sokong ataupon nak kata padan muka walaupon hakikat sebenar memang nak cakap macam tu pon. Perkara ni pon lahir atas dasar pandangan peribadi. Ada pro dan ada kontra. Semua orang ada pendapat diaorang jadi ini pendapat aku.
Selepas penutupan laman filesharing aku meninjau kawasan sekitar pasar malam. Tujuan tak lain tak bukan.. nak beli mende makan la. Namun perkara yang amat memeranjatkan aku adalah… ada segelintir peniaga pasar malam dengan senang hati menjual CD/VCD/DVD Cetak Rompak. Kau tengok la sendiri… kau tak boleh nak hentikan cetak rompak. Tutup satu lubang… sepuluh yang tumbuh.
Penjualan VCD/DVD cetak rompak sekarang ni dah mula ada tapak kembali di pasar malam. Sebelum ni aku tengok… depa cuma berani menjaja dengan bakul perut (VCD/DVD yang dibubuh kat dalam bakul yang digantung diparas perut) Itu jer.. sekarang.. bukan main lagi. Bukan la niat aku nak dengki kat mereka yang menjaja sedemikian.. kalau cakap kat mereka pon… “Saya cuma nak carik rezeki encik… saya bukan merogol atau membunuh pon… cuma merompak.. itu pon cetak rompak”
Mungkin untuk mereka yang advance… perkara mengenai sekatan terhadap laman sesawang file perkongsian tu memang tak menjadi satu masalah. Bukan satu ancaman pon. Tapi mari aku bawak nkorang semua berfikir sekejap. Dengan kelajuan internet 5MBps, aku boleh download sekurangnya 3 cerita berkualiti Blue Ray sehari. Di mana file tu paling koman pon ada la dalam 4-6GB (ambik purata jer la… kecoh!)
Satu hari dapat tiga cerita.. kemudian dalam masa 30 hari… agak agak aku boleh dapat 90 cerita mungkin… kalau satu cerita di darab dengan harga DVD cetak rompak pasar malam RM8.00 = RM720.00 sebulan peniaga VCD/DVD cetak rompak boleh dapat dari seorang kaki movie untuk satu bulan. Buta-buta jer… Kau nampak atau tak? Kalau laman perkongsian file ni tak ditutup… aku dah merugikan Lanun Cetak Rompak ni sebanyak RM720.00. Itu kiraan kasar… baru kira aku sorang…. Kau pernah buat kajian terperinci ke? Kalau tak pernah.. jangan nak sembang.
Tengok sekarang.. apa dah jadi. Bila laman perkongsian file dah kena block… penggemar filem murah.. akan carik balik alternatif lama… iaitu dengan mengguntungkan Lanun Cetak Rompak VCD/DVD tu. Aku cakap kat nkorang la kan… tak guna pon nkorang block. Rata-rata pengguna internet kat malaysia ni.. tak berapa ramai pon yang advance untuk mendonwload dari laman Torrent.
Sekalipon mereka pandai nak download dari laman torrent.. masa untuk donwload satu cerita bapak la lama gile kalau pakai BERUKBEN. Boleh mencecah sampai berminggu-minggu untuk satu cerita. Dalam masa tu… hasil jualan tiket wayang… dah pon balik modal. Korang tak rugi ape-ape pon kalau nak dibandingkan dengan DVD Cetak Rompak. Hari ni keluar wayang.. besok dah boleh beli kat pasar malam.
Ok… ini adalah pendapat aku jer la. Terpulang kalau MCMC masih nak block atau nak ikut pandangan aku. Berbalik pada tajuk aku. Ianya bukan satu amaran… tapi itu bukti rakyat masih berkuasa terhadap kerajaan yang mereka pilih. Aku berseru kepada pemimpin kesayangan aku supaya kotakan janji yang mengatakan kerajaan tidak menyekat internet.
Nota: Mujur laman paveret aku masih lagi tak ditutup. Ah… mane bleh citer kat sini. Aku nak lokek.. nak makan sorang ok! Bhahaha…
Nota 2: Hari ni tadek gambar.
Nota3: Erm… itu aku blom lagi bukak cerita pasal 1.8Juta tu… tunggu… tunggu…
sayacomel
25/06/2011 @ 10:18 pm
emm..benda nih..payah nak cakap..ada baik dan buruknya. Tapi betul, ini juga petanda yang kita sayangkan negara kitta..
nescafeais.com
24/06/2011 @ 10:23 am
Rakyat dah bukak mata….pasal skmm tu..baru ni ada yang kantoi langgan web lucah pakai E-Mail kerajaan,lulz security dedahkan(aku ada wat entry sal tu)..yang laman web download beria sangat diorang block..laman web lucah diorang wat diam plak…
adamfaiz
23/06/2011 @ 10:37 am
marahkan nyamuk kelambu dibakar… kalau semua nak block, serupa x de internet
Nine
21/06/2011 @ 10:34 am
mendalam suhgguh ayat2 dalam entri ini hehe…
wazy
21/06/2011 @ 2:33 am
Aha setuju jugak
memang ada pro dan kontra dalam bab ni
LuthfiMY
19/06/2011 @ 8:47 pm
ada pro and con..
eiman
19/06/2011 @ 9:24 am
barang baik mesti kongsi sama kawan2.. apa laman faveret tu? (dalam panjang2 entri tu ayat last jugak yang menjadi perhatian)
H3r0
18/06/2011 @ 6:30 pm
Bila buat keputusan tak fikir panjang camtu la. Jangka pendek…
Jgn buat isu 1.8 juta, nnti masuk dalam kot… He he he…
Apa pun, kita masih ada platform utk bebas bersuara…
Jgn makan sorang2, makan ngan aku je. Apa website yg boleh masuk lg tue.. He he..
Ali ridha
18/06/2011 @ 5:15 pm
janji hanya tinggal pada janji.
teringat aku tentang janji insuran.
kata nak beri pampasan.habuk
pun tak dapat.
arynet
18/06/2011 @ 5:12 pm
tudia, pakcik sudah bersuara.. tapi betul, berapa ramai sngt yg tau nak download2 movie ni kan. sebab rasa mcm tak berbaloi kot nak tgk kat panggung. tak de feel nak tgk. kalau cerita bagus2 ok la juga kan. huh, apa yg aku merepek ni. keke.