Assalamualaikum dan Salam Ceria untuk rakan-rakan sekalian. Bagi yang masih tercangang-cangang nak baca sumber berita hapah pon tak tau… apa kata kali ni, saya bawakan anda untuk bersama-sama menyelongkar satu lagi laman web berkonsepkan Aggregator atau E-Berita. Laman web ini diberi nama Central MyEbuzz. Ianya merupakan salah satu lagi cawangan dari MyEbuzz.Net. Hasil dan gandingan usaha anak tempatan menjadikan laman web ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan semua peringkat masyarakat.

Dalam laman ini, pihak admin telah membahagikan berita kepada beberapa kategori, antaranya adalah:-

  1. News (Berita Utama)
  2. Technology (Perkembangan Teknologi)
  3. Business/Economy (Semua yang berkaitan dengan Ekonomi)
  4. Sports (Sukan)
  5. Politics (Hal ehwal Politik)
  6. Entertainment (Hiburan)
  7. Interesting (Highlight perkara-perkara menarik sepanjang hari)

Saya difahamkan konsep kewujudan Central MyEbuzz ini duwujudkan bagi mengklasifikasikan berita-berita online termasuk laman Blog kepada NICHE yang mudah dicapai oleh lapisan pembaca. Pada masa ini sesi pendaftaran secara manual (anda mengisi borang pendaftaran) masih lagi ditutup.

Manakala kepada pengusaha Laman Web Berita sama ada secara LIVE atau berkonsepkan NICHE tertentu, anda digalakkan untuk mendaftar dengan Central MyEbuzz dengan menghantar email separa formal kepada pihak Admin. Pihak admin akan menilai kriteria yang bersesuaian dengan NICHE blog yang anda ingin daftarkan. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sekiranya berminat, anda boleh mula buat permohonan anda di akaun Twitter @myebuzz ataupun kepada:- central[AT]myebuzz.com.

Jom baca apa yang di-“HIGHLIGHT”-kan dari meja pengarang Central MyEbuzz kali ni… jom jom…