Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Celcom Malaysia sekali lagi melancarkan promosi terbaru mereka iaitu Celcom BlackBerry Curve 9320 baru-baru ini yang bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur. Celcom BlackBerry Curve 9320 ini merupakan keluaran terbaru dalam siri keluarannya. Salah satu telefon pintar yang menjadikan anda lebih rapat dengan rakan-rakan mahupun keluarga.
Beberapa perkara penambahbaikan telah dilakukan terhadap ciri-ciri yang sedia ada, ini termasuklah butang khas (dedicated button) yang digunakan sebagai capaian pantas (easy access) untuk fungsi BBM. Pengguna tidak perlu lagi tercari-cari menu untuk menggunakan BBM.
Selain daripada itu, beberapa ciri-ciri utama Celcom BlackBerry Curve 9320 adalah seperti:-
- Menggunakan Sistem Operasi BlackBerry® 7.1
- Kebolehan capaian internet 3G/HSDPA
- Kamera 3.2mp
- Sistem GPS terbina dalam.
- Sambungan WiFi
- Butang khas BBM
- dan banyak lagi yang boleh anda semak di sini
Nikmati kadar pembelian Celcom BlackBerry Curve 9320 pada harga serendah RM388.00 dengan pakej BlackBerry Pro (5GB) tertakluk kepada terma & syarat. Dan, untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari:- http://www.celcom.com.my/smartphones
Di bawah adalah sedikit sedutan semasa sesi pelancaran Celcom Blackberry Curve 9320 baru-baru ini. Bertempat di Celcom Blue Cube, Pavillion Kuala Lumpur. Dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang rata-rata adalah peminat telefon pintar jenama BlackBerry.
Nota: Terima kasih kepada pihak penaja yang menjembut aku selaku media pelancaran. Kepada yang berminat untuk membuat cover promosi, sila emailkan kepada admin[at]azmanishak.com beserta butiran yang lengkap ya 😀
Promosi: Celcom BB Curve 9320 | AI MEDIA NETWORK
04/01/2013 @ 4:55 pm
[…] NOTA: Maklumat lanjut, sila klik pada pautan ini […]