Nak mencari hotel pada masa sekarang ni memang dah tak susah macam dulu. Teringat lagi satu ketika dulu kalau, kalau nak bermalam luar dari kawasan, agak jenuh jugak la nak terpaksa telefon hotel untuk buat tempahan. Masa tu kalau siapa yang ada kemudahan kad kredit je boleh tempah. Susah gile kan? Tapi sekarang ni, tak perlu nak bazirkan masa nak telefon berbagai, bak kata orang, semua urusan dihujung jari.

SatuLagi.Com - Pernah dengar? Meh sini nak cerita.
LagiSatu.Com – Pernah dengar? Meh sini nak cerita.

Ini aku nak bagi tau kawan-kawan semua, LagiSatu.Com merupakan salah satu portal untuk memudahkan para pengguna yang ingin mencari kemudahan penginapan hotel. Bukan saja di Malaysia, malah seruluh dunia. Sebagai salah sebuah portal carian, seharusnya satu-satu laman web itu perlu memudahkan pengguna untuk membuat carian. Dann…. perkara ini lah yang membuatkan aku tertarik dengan rekaan serta konsep yang digunakan oleh LagiSatu.Com dalam memudahkan penggunanya.

Masuk-masuk je portal ni, dah jumpa kotak carian. Secara automatiknya memang tak membuang masa pengguna. Berbanding dengan laman carian hotel yang lain (sesetengahnya), pengguna terpaksa mencari hotel yang mereka nak menginap berdasarkan kategori, negeri dan bajed.

Secara amnya, pada laman utama LagiSatu.Com ni, telah dioptimasi dengan penggunaan jQuery sepenuhnya. Pengguna yang baru pertama kali sampai pun boleh tahu nak guna. Bak kata orang, “idak la teraba-raba” nak mencari sana sini dalam portal carian, sampai sesat.

Main klik-klik je. Tak perlu lagi nak scroll-scroll macam dulu.
Main klik-klik je. Tak perlu lagi nak scroll-scroll macam dulu.

Daripada kotak carian, masukkan saja destinasi seperti bandar dan negeri, kemudian, portal ini akan memberi beberapa destinasi cadangan untuk anda pilih. Seterusnya, klik saja pada kotak tarikh, dan tandakan tarikh mula masuk dan tarikh keluar. Dah, tekan butang “Search”. Tak perlu nak susah-susah “scroll” pilih tarikh, dan sebagainya. Sistem jQuery yang digunakan sangat pantas. Sebagai seorang pembangun laman web, aku sangat kagum dengan SatuLagi.Com dari segi ni.

Tak perlu lagi macam dulu, nak kena bukak empat lima jenis website hotel.
Tak perlu lagi macam dulu, nak kena bukak empat lima jenis website hotel.

Elok lepas hasil carian dipaparkan, ini satu lagi perkara menarik mengenai LagiSatu.Com iaitu sistem PERBANDINGAN HARGA. Yup, on-the-spot kita boleh tahu perbandingan harga diantara portal-portal tempahan hotel yang lain. Jadi, perkara ni dah sekali lagi menjimatkan masa!!! Kita sebagai pengguna, tak payah dah nak bukak dua-tiga laman web hotel yang lain. Harga perbandingan dah dipaparkan. Bukan setakat menjimatkan masa, malah menjimatkan duit dengan adanya sistem yang macam ni.

Seterusnya, daripada paparan hasil carian, kita diberi pilihan sebegitu banyak pilihan. Mungkin kita hanya mahukan hotel yang diberi rating yang tinggi sahaja untuk dipaparkan? Tiada masalah, kerana pada sisi portal ini terdapat “filter” yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Selain daripada fungsi “rating stat filter”, dalam portal ini juga kita boleh menapis carian yang keluar berdasarkan bajed, nama hotel yang ingin kita menginap (terus), tapisan berdasarkan kemudahan infrastruktur yang ditawarkan oleh pihak hotel, contohnya seperti kolam renang, SPA dan macam-macam lagi. Kemudian, kita juga boleh menapis data carian berdasarkan agent hotel manakah yang kita kehendaki.

Dah tau harga yang mana lagi murah? Siapa yang nak bayar mahal kan? Memang urusan untuk buat perbandingan harga dah dipermudahkan bila guna LagiSatu.Com ni. Pada pandangan aku, portal yang sebenini memang sangat membantu pengguna tak kira lah dari segi penjimatan masa ataupon penjimatan duit. Jadi apa kata nkorang pulak? Mungkin lepas ni, LagiSatu.Com dah boleh jadi “default” search hotel portal kalau nkorang nak pergi bercuti ­čśÇ

Nota: Rasa macam nak bawak crew-crew AIMN untuk pergi bercuti lah, erm.. ada tak hotel yang nak taja penginapan kami nih? Kalau ada, kami sangat-sangatlah berbesar hati.. hehehe.